Euforia Bola 2026
Featured By: Aqilah Paharuzi May 10, 2023 @ 5:32pm

Dikritik Keluarkan Jutaan Ringgit Untuk Taja Program Hiburan Berbanding Keagamaan, Ini Respons Aeril Zafrel – “Sekadar Marketing Untuk…”

Pasangan selebriti suami yang merupakan usahawan terkenal, Aeril Zafrel dan Wawa Zainal menerima kritikan segelintir netizen apabila menaja sebuah program realiti berbentuk hiburan.

Menerusi sebuah hantaran di Instagram, Aeril memuat naik tangkapan skrin komen individu yang menganggap adalah lebih bermanfaat sekiranya pasangan itu menaja program berbentuk agama.

Difahamkan, Aeril dan Wawa yang mengusahakan jenama Wawa Cosmetics melaburkan jutaan ringgit untuk menaja program terbabit.

“Bukan nak kritik. Tapi kalau gunakan duit tu taja program mengaji dan hadiahkan pemenang naik haji itu adalah lebih afdal, pahala pun mengalir,” tulis netizen.

Tidak cepat melatah, Aeril dengan tenang membidas komen tersebut dengan mengucapkan terima kasih atas teguran yang diberikan.

“Alhamdulillah terima kasih atas teguran. Kami berdua menerima dengan hati terbuka. Terima kasih kerana saling ingat mengingati,” katanya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Wawa Zainal ®️ (@w4w4_zainal)

Jelas Aeril, tujuannya menaja program hiburan adalah sekadar mempromosi produknya, sekaligus membantu reseller yang menjana pendapatan.

“Sebagai peniaga kami memang harus keluarkan modal untuk marketing.. Mungkin ada yang tak faham sebagai seorang peniaga, marketing ini perlu. Ini adalah untuk membantu reseller kami meningkatkan jualan sekaligus membantu menaiktaraf kehidupan mereka,” ujarnya.

Menyentuh soal amalan di dunia, Aeril berkata perkara tersebut tidak perlu dikongsi di laman media sosial.

“Mengenai dengan amalan, biarlah antara saya dengan Tuhan dan bukan menjadi fokus utama kami untuk sering berkongsi atau post dekat laman sosial.

“Apa pun semoga kita sama-sama mendapat syurga Allah kerana setiap orang mempunyai cara dan tiket pintu syurga mereka tersendiri, Insya-Allah,” jawabnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Aeril Zafrel (@aeril_zafrel)

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menyokong tindakan pasangan selebriti ini.

Sebelum ini, pasangan itu mengumumkan bakal membina sebuah masjid di kampung halaman Aeril yang terletak di Johor.

Menggunakan hasil jualan Wawa Cosmetics, masjid itu mampu memuatkan seramai 700 orang jemaah.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sat, 25 Oct 2025

“Apa Salahnya Akaun Anak Saya Tu Kena Report Beramai-Ramai” – Fazura

Ini adalah kali ketiga perkara tersebut berlaku dalam tempoh dua minggu.

Featured Thu, 23 Apr 2020

Himpunan tunik Ella polos, namun tetap bergaya

Potongan sesuai untuk semua acara

Trending Thu, 19 Aug 2021
Hiburan Mon, 28 May 2018

Tak Mahulah Hero Sama Saja…

Mungkin ada hikmahnya saya dan Zul tidak menang bagi kategori itu kerana saya tidak mahu dibayangi oleh seorang hero saja.

Hiburan Wed, 23 Mar 2022
Hiburan Fri, 8 Jun 2018

‘Police Entry’ Taruhan Terbaru Elizabeth Tan

Tambah Elizabeth, selepas bernaung di bawah Warner Music, dia mula fokus dengan perancangan masa depan dalam industri.

Trending Fri, 22 Jan 2021

Neelofa Kembali Sarung Cincin Merisik Di Jari, Hubungan Bersama PU Riz Telah Pulih?

Wah, jika betul.. alhamdulillah. Tiada masalah yang tak dapat diselesaikan.

Featured Mon, 15 Jan 2018

Mandi Malam Banyak Manfaat

Ramai yang sering salah faham tentang isu mandi malam dan berpendapat amalan ini boleh memberi efek pada kesihatan badan.

Featured Tue, 24 Aug 2021
Hiburan Wed, 19 Jun 2019

Lepas Berdamai, Taylor Swift Ajak Katy Perry Jadi ‘Burger’ Dalam Muzik Video YNTCD

Selepas 13 jam tayangan video muzik tersebut telah mendapat 12 juta tontonan di YouTube.

error: Content is protected !!