Euforia Bola 2026
Hiburan By: Fatin Nurain May 11, 2023 @ 4:00pm

Dai Syed & Hana Ismail Perjelas Isu Menari Di TikTok – “Saya Yakin Benda Itu Tidaklah Berlebih-Lebihan”

Pasangan selebriti Dai Syed dan Hana Ismail tampil menjawab isu menari di TikTok bersama selepas menimbulkan rasa kurang senang terhadap segelintir warganet.

Sebelum ini, seorang individu wanita menegur tindakan seorang pendakwah bebas yang bergelar Dai susulan memuat naik video menari bersama isteri.

ARTIKEL BERKAITAN: “Jangan Jatuhkan Maruah Sendiri” – Papar Video Menari Dengan Isteri, Individu Wanita Tegur Tindakan Pendakwah Bebas

Menurut Syed, dia ingin mencipta banyak kenangan bersama isterinya dan menganggap segala perkongsian mereka itu tidak berlebihan.

“Kita tidak ingat tentang hari sebab itu kita ingat tentang kenangan. Jadi saya banyak mencipta kenangan dengan isteri saya.

“Kita mengetahui yang kenangan itu yang kami paparkan di media sosial di Instagram dan TikTok, saya yakin benda tu takdalah terlebih atau berlebih-lebihan,” katanya.

Dalam pada itu, pendakwah bebas itu turut menyatakan dia tidak pernah meletakkan diri mereka sebagai ikon Islamik seperti yang diperkatakan oleh ramai netize.

Namun, Syed menyatakan dia bersama isterinya, Hana tetap menerima segala teguran dengan berlapang dada.

“Ada yang komen mengatakan Hana ni seorang ustazah itu dan ini, mungkin mereka belum mengenali dia. Hana ni sebenarnya nak jadi cikgu, bukan belajar di Mesir pun. Dia pun dalam proses penghijrahannya, jadi kami tidak meletakkan kami seorang yang ikon Islamik.

“Bagi kami sendiri, itu tanggapan mereka. Kami memilih untuk berkongsi sebab kalau tak kongsi apa-apa momen nanti akan jadi fitnah juga. Orang akan fikir kami ada masalah rumah tangga.

“Jadi segala tanggapan mereka terhadap kami itu terserah kepada mereka. Kami pun tak boleh nak minta semua orang sukakan kita. Masing-masing ada pilihan. Apa yang boleh dikatakan, berbaik sangkalah dengan orang.

“Kami pun manusia biasa kemungkinan ada salah dan silap, kami terima teguran-teguran untuk perbaiki diri kami sendiri. Tapi kalau teguran itu sampai menghina, mencerca kami terkilan jugalah,” jelasnya.

Biarpun kerap menerima pelbagai kritikan selepas berumah tangga, Hana juga sempat menyatakan bahawa dirinya sudah bersedia dengan segala kemungkinan memandangkan dia pun sudah lama berada dalam industri.

“Alhamdulillah,  bila saya bersetuju untuk berkahwin dengan Syed, saya dah memang bersedia untuk menghadapi apa-apa kemungkinan tersebut.

“Saya pun dah dalam industri ni sudah agak lama jadi benda tu sedikit sebanyak jadi macam training laa untuk saya sebab kita tak boleh nak suruh semua orang suka kita kan. Kita berlapang dada sahaja dengan apa yang orang nak beri kepada diri kita,” katanya.

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 19 May 2023
Hiburan Tue, 17 Oct 2023

“Biar Masa & Jodoh Menentukan…” – Shila Amzah Bakal Jumpa Ibu Selepas Isu ‘Panas’ Reda

Apa-apa yang jadi pun tetap ibu kan.. Semoga dipermudahkan segala urusan Shila

Hiburan Sun, 3 Mar 2019
Hiburan Fri, 4 May 2018

Minat Seni Khat, Datuk Aaron Aziz Lancar Kempen ‘Journey To Insyirah’

Saya rasa kempen ini lebih dekat dengan jiwa saya…

Trending Tue, 20 Feb 2018

ANGKARA KEBAB, ISTERI NEKAD MINTA CERAI

Saya cuma mengenalinya dua bulan sebelum majlis diadakan dan tidak pernah menyangka betapa kedekutnya dia.

Hiburan Sat, 25 Nov 2023
Trending Thu, 21 Dec 2017

《屿你同在》赈灾活动 善款总额突破10万零吉

大马创作才子伍家辉和歌手Victor 李俊颉早前因家乡槟城水灾而发起的『屿你同在』赈灾活动,在短短的一个月内所筹获的善款突破10万零吉!

Hiburan Tue, 4 Jun 2019

‘Bukan Nak Menunjuk’- Sweet Qismina

Auwww…Memang ‘sweet’ lah Sweet Qismina ni…

error: Content is protected !!