Euforia Bola 2026
Featured By: Atiqah Johari May 9, 2023 @ 9:12pm

“Jangan Jatuhkan Maruah Sendiri” – Papar Video Menari Dengan Isteri, Individu Wanita Tegur Tindakan Pendakwah Bebas

Baru-baru ini, seorang individu wanita menegur tindakan seorang pendakwah bebas yang bergelar Dai susulan memuat naik video menari bersama isteri.

Menerusi hantaran individu itu di TikTok, individu itu menegur tindakan pendakwah itu kerana memaparkan perkara yang tidak sepatutnya kepada umum walaupun hubungan mereka adalah suami isteri.

Kata individu itu, video romantis yang dipaparkan bukan budaya Islam dan untuk tidak menjatuhkan maruah sendiri sebagai seorang yang membawa watak islamik.

“Bila FYP dai menari sama isteri, ada yang support, ada yang kecam… tapi ramai orang tak tahu dan salah faham, siap ada yang ship siap ada yang sokong.

“Ye, suami isteri halal nak bua tapa sahaja tapi tak semua perlu dipaparkan.

“Have haya’ please dan itu bukan budaya orang Islam lepastu kaitkan Nabi pun main kejar-kejar dengan Aisyah tapi adakah baginda buat dekat paparan umum.

“Ni bukan judge tau tapi that is why selalu cakap penting cari lelakii yang faham agam serta beramal dengan agama,” tulisnya.

Bukan itu sahaja, individu itu turut melabelkan lelaki bergelar suami sebagai dayus kerana rela membiarkan isteri melakukan maksiat dan tidak menegurnya.

“Tak semestinya dai, ustaz ke even hafal quran pun belum tentu dia faham agama.

“That is why cakap, lelaki ni kalau dia rela bini dia buat maksiat pun tak tegur, dia boleh jadi dayus.

“Macam I cakap la, as orang yang bawa watak islamik jangan jatuhkan maruah sendiri. Nobody perfect tapi we know tu dosa.

“We know tu datangkan fitnah, why still buat? Pernah tengok para habib bermesra dengan bini dia dekat umum, pernah tak? Tak ada kan,” katanya lagi.

Walaubagaimanapun, individu itu tidak memetik mana-mana nama dalam hantarannya tersebut.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 28 Dec 2018
Events Fri, 27 Jul 2018

Jurnal Minggu Ke-2 : #daiTV3 Singkap Kehidupan Di Sebalik Tirai Besi

Dan, apa yang menariknya bukan layanan istimewa yang bakal-bakal dai’ kita ni dapat ya, mereka juga tidak terlepas dari mendapat layanan sama seperti penghuni tirai besi ini. Jom kita saksikan klip menarik #daiTV3 minggu ini!

Featured Mon, 13 Mar 2023

Tahniah! Michelle Yeoh Aktres Asia Pertama Menang Anugerah Oscar

Tahniah! Tan Sri Michelle Yeoh menang Oscar

Featured Fri, 17 Mar 2023

“Perempuan Tu Masih Kacau!” – Dedah Telah Fail Cerai, Jalaluddin Perjelas Konflik Rumah Tangga Musa Hassan

Abang saya tak pernah abai nafkah isteri dan anak-anak – Jalaluddin Hassan

Hiburan Sun, 31 Aug 2025

Shark: The Storm Tampilkan Kisah Gelap ‘Survival’ Bekas Mangsa Buli

Naskhah terbaharu ini menampilkan gandingan pelakon hebat!

Hiburan Tue, 17 Jun 2025
Hiburan Wed, 14 Feb 2024
Kisah Viral Sat, 22 Feb 2025
error: Content is protected !!