Featured By: Khairil Khusyairi May 12, 2023 @ 5:30pm

Bekas Isteri Hidup Susah Bersama 3 Orang Anak, Dakwa Cliff Umar Tak Beri Nafkah – “Biarlah Dia Mati…”

Bekas isteri penyanyi, Cliff Umar iaitu Zurini Hasbullah, mendedahkan dia kini hidup dalam keadaan kesusahan selepas mereka berpisah sejak 7 tahun lalu.

Lebih tragis, Zurini mendakwa Cliff juga tidak memberi nafkah sekali gus menghiraukan anak-anak yang disahkan mengidap autisme dan disleksia.

Zurini yang kini hanya mengusahakan jualan beg kait meluahkan rasa kecewa dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Sarawak yang menarik semula bantuan kewangan bulanan.

“Nak cakap berkenaan Cliff kira kisah itu biarlah dia mati. Duit pun dah habis, dia pun dah buang masa dan rezeki dia pada benda itu. Umpamanya hidup saya ini seperti hidup pun tidak dan mati pun tidak.

“Sangat hebat cabaran hidup yang dilalui saya dan saya kena melaluinya seorang diri bersama anak-anak. Agak mengecewakan apabila Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Sarawak tarik semula bantuan kewangan bulanan RM300, manakala bantuan Baitumal pun bukan selalunya tepat pada masa dan datang tiga bulan sekali.

“Tapi wang untuk hidup dan makan hari-hari kena cari. Elaun OKU anak-anak pula diterima setiap enam bulan,” kongsi Zurini.

Zurini sedih apabila pihak JKM memberi alasan pendapatannya sekitar RM1,500 hasil jualan beg kait dan kuih-muih tidak melayakkannya untuk dibantu.

“Apa agaknya kriteria yang digunakan sehingga mereka tergamak buat keputusan ini? Sangat sedih apabila anak-anak tengok saya bertelagah dengan kakitangan JKM baru-baru ini.

“Saya menangis apabila keluar dari pejabat JKM. Saya sekarang nak berpindah dari rumah sekarang ke rumah PPR yang kenakan sewa RM200 sebulan.

“Tapi tempatnya di kawasan pedalaman jauh dari segala-galanya. Anak-anak nak bersekolah dan dapatkan rawatan lain. Tahun depan anak sulung, Alief kena masuk sekolah menengah,” katanya.

Akibat kekangan wang dan masa, Zurini juga memaklumkan anak-anaknya itu terpaksa berhenti bersekolah.

“Ia hanya buat masa ini sementara saya stabilkan hidup. Tapi cikgu kata kalau boleh janganlah. Tapi itulah, semua saya kena buat sendiri. Masa tak cukup, kudrat tak cukup dan duit apatah lagi,” katanya.

Zurini kini hanya mengusahakan jualan beg kait dan kuih-muih bagi menyara kehidupannya dan anak-anak di Kuching, Sarawak.

Terdahulu, Cliff mendedahkan dia sudah bercerai dengan isteri pertamanya Zurini Abdullah, seorang bekas pramugari pada 2016 dan berkahwin semula dengan seorang wanita yang enggan didedahkan identitinya pada 2017 dan dikurniakan seorang cahaya mata.

Sumber: Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 20 Oct 2023

“Noorkhiriah Orang Pertama Bagi Saya Tudung Untuk Berhijrah” – Ieda Moin

Allahu bestnya ada kawan yang selalu support hijrah kita

Hiburan Wed, 6 Mar 2019

Altimet Angkat Kisah Rapper Dalam ‘Pendekar Pena’

Kata Altimet, Zizi merupakan pilhan yang paling ideal untuk kolaborasi ini.

Hiburan Sun, 14 Jan 2024

Puteri Aishah Hamil Anak Pertama!

Alhamdulillah yeay, tahniah Puteri and husband! 🫶🏻

Trending Sat, 19 Jan 2019

Bayi Pramatang Lahir 17 Hari Selepas Kematian Kembar

Kuasa Tuhan, Bayi Pramatang Lahir 17 Hari Selepas Kematian Kembar

Trending Mon, 3 Feb 2020
Featured Mon, 25 Jun 2018

Mix & Match Koleksi ALDO Untuk Mirip Gaya Selebriti

Dengan barangan ALDO, anda boleh bergaya persis selebriti kesayangan anda.