Euforia Bola 2026
Hiburan By: Fatin Nurain May 15, 2023 @ 9:45am

Wawa Zainal & Aeril Zafrel Kesal Pihak Tak Bertanggungjawab Keluarkan Produk Tiruan

Pasangan selebriti Wawa Zainal dan Aeril Zafrel mengakui kesal dengan pihak yang tidak bertanggungjawab yang mengeluarkan produk sunscreen tiruan bagi jenama yang diusahakan mereka, Wawa Cosmetics.

Perkara tersebut telah dinyatakan oleh mereka ketika live di TikTok, baru-baru ini.

Dalam perkongsian tersebut, Wawa menyifatkan perkara itu sebagai tindakan yang tidak adil selepas terkenang nasib pekerja-pekerjanya yang bertungkus lumus menaikkan jenama ini.

“Saya sebenarnya sangat down ya sebab saya sangat terkejut dengan benda ni. Saya tak sangka benda ni dipalsukan sebab kita baru nak naik, kita dah spend berjuta-juta untuk promosikan sunscreen ni. Tiba-tiba ada orang mengambil kesempatan.

“Jadi, tak adillah untuk saya punya resellers yang dah bersama dengan kami daripada lima tahun yang lepas, yang memang hari-hari buat live, berpenat untuk Wawa Cosmetic ni. Tiba-tiba senang-senang je you fake kan.

“Saya memang tak halalkan. Rezeki you tu memang tak berkatlah. Orang yang fake kan ni tak tahu ke halal dan haram,” katanya.

Dalam pada itu, Aeril juga sempat menyatakan pihak terbabit tidak akan menyesal dengan tindakannya memandangkan mereka sudahpun mengeluarkan produk palsu tersebut.

“Dia dah tahu dah benda yang dia buat tu dosa, kita cakap macam ni pun dia bukannya taubat dan buang barang-barang fake tu,” katanya.

@w4wazainal Ya allah jahatnya manusia 😭😭 ambk kesempatan. #wawasunscreen #wawazainal #aerilzafrel ♬ original sound – Wawacosmetics

Selain itu, Wawa juga sempat memuat naik perbezaan tekstur dan bau di antara sunscreen original dan tiruan menerusi sebuah perkongsian di TikTok.

Malah, dia turut menyarankan orang ramai untuk terus membeli dengan mereka yang dijamin 100 peratus original.

“Sunscreen yang ori dia sangat creamy bila blend dia meresap cepat. Kalau yang fake dia punya teksture terus keluar bila sapu macam pakai losyen badan, susah nak blend. Bau pun macam ubat gigi,” katanya.

@w4wazainal Replying to @Flo Neng DG ♬ original sound – Wawacosmetics

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Thu, 3 Sep 2020
TECH Mon, 20 Feb 2023
Hiburan Sun, 15 Mar 2026

The Fabulous Cats Lancar “Satu Syawal”, Tanda Permulaan Kepada Projek Seni Lebih Besar

Kumpulan The Fabulous Cats kembali menghangatkan industri muzik tanah air menerusi pelancaran lagu raya terbaharu berjudul Satu Syawal, hasil kerjasama dengan Luncai Emas Sdn. Bhd. Satu Syawal bukan sekadar lagu raya biasa, karya tersebut membawa […]

Hiburan Fri, 20 Feb 2026

“Ada Luka Yang Tak Boleh Disentuh Sebelum Masanya” – Erma Fatima Kembali Duduk Di Kerusi Sutradara

Erma Fatima kembali duduk di kerusi sutradara selepas lebih sedekad.

Trending Tue, 20 Aug 2019

Start Your Voting Now Because The Finalists for ABPBH 32 is Here!

The heated and long-anticipated 32nd Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) finally announced the top 5 finalists for 20 categories that’ll soon be competing!

Featured Fri, 19 Aug 2022

Pelakon Lelaki Meningkat Naik Didakwa ‘Kaki Perempuan’ & Dadah, Terlibat Jenayah Rog*l Gadis Bawah Umur?

Mak aii semua jenayah berat dia tapau eh 👀 Siapa eh agak-agak pelakon lelaki tu? 🤔

Featured Mon, 30 Jun 2025
error: Content is protected !!