Euforia Bola 2026
Gaya Hidup By: Padin May 15, 2023 @ 4:20pm

Kongsi Kisah 12 Tahun Tinggalkan Dunia Mak Nyah, Cikgu Ery Keluarkan Buku ‘Maaf Tuhan Aku Tersalah Langkah’

Bekas mak nyah yang berkhidmat sebagai guru dan kini bergelar pempengaruh, Mohd Khariri Mohamad Ramli atau Cikgu Ery berkongsi ceritanya sepanjang 12 tahun meninggalkan dunia mak nyah.

Menurut Cikgu Ery, segala kisah yang dihadapi dicurahkan dalam buku berjudul ‘Maaf Tuhan Aku Tersalah Langkah’.

“Karya yang saya ceritakan dalam buku ini sudah lama ditulis berdasarkan pengalaman masa lalu saya sebagai mak nyah. Syukur Alhamdulillah, akhirnya buku ini dapat diterbitkan juga.

“Buku ini bukan diterbitkan untuk golongan seperti saya sahaja, ia juga untuk mereka yang nak berubah, tak kisahlah mereka siapa pun. Tak kiralah mak nyah atau penagih yang nak berubah saja, tetapi semua termasuk masyarakat di luar sana,” katanya.

Tambah Cikgu Ery, ramai yang mahu berubah kembali ke pangkal jalan namun usaha mereka terbantut gara-gara pandangan buruk segelintir masyarakat yang tidak bertanggungjawab.

“Dek kerana masalah yang sama dihadapi, saya terbitkan buku merangkumi aspek menyeluruh termasuk perkongsian kepada masyarakat mengenai cara menyantuni dan berdakwah kepada golongan seperti saya atau sesiapa yang ada kisah silam.

“Saya memang tidak berniat nak menunjuk baik tetapi sekadar berkongsi pengalaman saya sendiri. Saya masih ingat, dalam proses mahu berubah, saya menerima kata-kata negatif.

“Paling terkesan di hati, saya pernah digelar isi neraka kerana saya merupakan golongan seperti ini, ibaratnya saya ini tidak layak masuk syurga. Saya menyimpan impian agar nukilan saya dalam buku ini mendapat sambutan supaya usaha dakwahnya dapat disebar luas kepada masyarakat pelbagai golongan,” katanya.

Tambah penjawat awam yang aktif dengan aktiviti kecergasan zumba serta menerima jemputan ceramah ini, segelintir masyarakat menyuntik elemen ‘kekerasan’ kepada mereka yang ingin berubah.

“Saya cuba mendidik masyarakat menerusi buku kerana segelintir masyarakat di luar sana nak golongan seperti saya berubah tetapi dengan cara memaksa dan keras. Bila mak nyah masuk masjid, mula dipandang pelik sedangkan mereka juga mempunyai keinginan mahu mendalami agama.

“Saya harap buku ini dapat membuka mata masyarakat di luar sana. Buku ini boleh dibeli terus dengan saya kerana setakat ini ia tidak dijual di pasaran. Buat masa ini, kita terbitkan 200 naskhah untuk edisi pertama.

“Alhamdulillah, respons yang saya terima sangat baik dan setakat ini sudah terima 100 pra tempahan,” katanya lagi.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sat, 9 Apr 2022

Akibat Tempeleng Chris Rock, Will Smith Dilarang Sertai Anugerah Oscars Selama 10 Tahun

Will Smith juga tidak dibenarkan untuk hadir ke mana-mana program dianjurkan lembaga akademi

Acara Sat, 29 Jan 2022

Teater Tanjong Beri Wadah Kepada Remaja & Kanak-Kanak

Teater Tanjong merupakan sebuah teater anjuran Kelab Teater ASAR Negeri Sembilan dengan kerjasama JKKN Negeri Sembilan dan disokong oleh MyCreative, Cendana dan juga PRISMA. Pementasan ini bertujuan untuk memberikan wadah buat anak remaja dan kanak-kanak […]

Featured Wed, 1 Mar 2023
Featured Tue, 20 Sep 2022
Featured Fri, 15 Nov 2024

Saling Berbalas Komen Mesra, Teman Wanita Anak Ozlynn Rindu Balik Malaysia – “Nak Pergi Dekat Awak”

Giya meluahkan rasa rindu terhadap negara Malaysia termasuklah teman lelakinya.

Featured Thu, 30 Jun 2022

Netizen Minta Sekuel Filem Mat Kilau, Ini Respons Syamsul Yusof – “Semestinya Akan Ada, Tapi…”

Wahhhh, betul ke akan ada sekuel Mat Kilau 2 ni? Terbaik! 🤩🤩

error: Content is protected !!