Euforia Bola 2026
Hiburan By: Nurul Hana May 16, 2023 @ 4:06pm

[VIDEO] Kongsi Pengalaman Ambil Anak Angkat, Netizen Puji Kebaikan Sajat

Usahawan sensasi, Nur Sajat Kamaruzzaman atau Sajat sekali lagi meraih perhatian dalam kalangan netizen apabila berkongsi cerita mengenai pengambilan anak angkat.

Tular di laman media sosial apabila usahawan tersebut mengatakan percubaan kali pertama untuknya mengambil anak angkat gagal kerana anak tersebut telah dibawa lari oleh orang lain.

Menerusi perkongsian di Instagram, Sajat memaklumkan, cuba untuk mengambil anak angkat buat kali kedua dimana ibu angkatnya memberitahu, ada individu yang mahu memberikan anak kembar mereka untuk dijadikan anak angkat kepada usahawan itu.

“First, orang tu nak bagi, kita sampai-sampai dekat hospital Sungai Buloh, tiba-tiba anak tu tiada, hilang. Orang tu bawa lari. So, tiada rezeki lah. Sajat terus jadi malaslah nak beria nak ambil anak angkat kan.

“Tiba-tiba mak angkat Sajat call bagitahu ada orang nak bagi anak mereka tapi bukan seorang, dua orang. Kembar. Kalau nak, kena ambil dua-dua. Tak boleh ambil satu,” katanya.

@sajatperempuanfuh Cerita sajat ambil anak angkat #fyp #fypシ #sajat #nursajat #viral #fypシ゚viral ♬ Pretty song that imaged a sleeping baby – Azuline

Dalam pada itu, Sajat memaklumkan, ibu kandung kepada bayi kembar berkenaan turut mencuba pelbagai cara untuk menggugurkan kandungannya namun gagal.

Disebabkan itu, bayi tersebut mendapat kesan sampingan seperti kulit kepala terkopek sehinggakan Sajat terpaksa menggunakan susu paling mahal untuk memulihkannya.

Menjengah ke ruangan komen, video tersebut mendapat pujian dalam kalangan netizen.

Malah, ramai yang melabel Sajat sebenarnya seorang individu yang baik hati kerana sanggup menjaga dua orang anak kembarnya itu.

“Sebenarnya hati Sajat ni baik. Disebalik sisi yang tak baik tu, dia seorang manusia yang baik,” komen netizen.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Tue, 2 Mar 2021
Trending Thu, 17 Sep 2020

Arab Saudi Buka Sempadan 1 Januari 2021, Tempahan Umrah Boleh Dilakukan Mulai Sekarang

Berita terkini buat rakyat Malaysia yang ingin melakukan ibadah umrah..

Hiburan Thu, 28 Dec 2017

Joy Revfa Dah Jumpa Pengganti?

Joy Revfa Dah Jumpa Pengganti? Sebab Terima Bunga

Hiburan Wed, 2 May 2018

Diva AA Teringin Jadi Senator

Kalau tengok dia satu-satunya artis yang terpilih menjadi senator, saya tidak tahu proses dia macam mana tapi saya ada impian untuk sampai ke tahap itu…

Hiburan Sat, 14 Mar 2026
Hiburan Thu, 8 Mar 2018

Super Junior Will Comeback With Repackaged Album Soon!

The Kings of Hallyu will be back with their newest repackaged album! ELFs are you guys ready to see the boys on TV again?

error: Content is protected !!