Euforia Bola 2026
Featured By: Maya Basir May 17, 2023 @ 3:01pm

Didakwa Lagu Ditujukan Buat Influencer, Dalia Farhana Rasa Salah ‘Timing’ – “Saya Cipta Lagu Ketika Gembira…”

Penyanyi Dalia Farhana memberitahu lagu Langit Yang Sama sama sekali tidak ditujukan kepada mana-mana pihak yang pernah dikaitkan sebelum ini.

Memetik laporan Harian Metro, Dalia juga menjelaskan lagu itu bukan bertujuan untuk menumpang populariti sesiapa malah, lagu tersebut sudah lama tercipta.

“Saya tidak menggunakan nama sesiapa untuk mempromosikan lagu Langit Yang Sama. Mungkin ketika lagu berkenaan dilancarkan kena dengan situasi pada ketika itu. Saya rasa mungkin masalah ‘timing’.

“Saya cipta lagu itu ketika sedang gembira namun sepanjang tempoh itu menjadi bertukar jalan cerita secara sendiri. Malah, tidak pernah terlintas sama sekali hendak menumpang populariti sesiapa.

“Sudah lama sebenarnya saya cipta lagu ini iaitu pada tahun lalu lagi. Lagu ini sebenarnya diinspirasikan oleh bulan. Maka, terhasillah Langit Yang Sama.

“Saya maklum mengenai perkara ini kerana ada yang berkongsi kepada saya. Tetapi memang bukan ditujukan atau diciptakan untuk sesiapa,” ujarnya.

Terdahulu, single nyanyian Dalia menjadi kontroversi kerana didakwa ditujukan kepada pempengaruh media sosial, Ubai Mz yang sedang menjalinkan hubungan cinta dengan penyanyi Shila Amzah.

Bagaimanapun, Shila turut menafikan merampas Ubai daripada mana-mana individu.

Menurut Dalia, dia juga terbuka sekiranya terjumpa atau terserempak dengan Shila dan Ubai di mana-mana acara.

“Saya tiada masalah dengan sesiapa. Memang betul, industri ini sangat kecil dan mana-mana pun boleh terjumpa. Jangan kata di acara atau majlis, jika keluar pun mungkin terjumpa.

“Saya okay saja dan tidak akan lari,” katanya secara bergurau.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 10 Aug 2022

Didakwa Lupa Diri Selepas Capai Populariti, Ini Respons Iman Troye – “Apa Yang Berlaku Disebabkan…”

“Saya minta maaf jika ada pihak terasa dengan cara kami berkomunikasi” – Iman Troye

Featured Tue, 29 Aug 2023
Featured Tue, 9 Sep 2025

“Malulah Hidup Atas Duit Perempuan”- Hantaran Di Threads Curi Perhatian, Abby Abadi Perli Siapa?

Abby secara sarkastik berkata, individu berkenaan sepatutnya malu kerana hidup atas tanggungan dan duit perempuan.

Trending Mon, 25 Jun 2018

正妹卸妆「脸皮整片撕掉」瞬间毁容!

抖音近来在网路上掀起热潮,有许多素人大胆秀出妆前装后的惊人对比照!

Featured Thu, 10 Oct 2024

Ina Naim Mohon Netizen Jadikan Kisah Cerai Fazura & Fattah Amin Sebagai Pengajaran

Akhir zaman… apa yang berlaku jadikan iktibar kata Ina❤️🔥

Hiburan Thu, 10 Oct 2019
Trending Wed, 4 Nov 2020

Pertimbangan Pengeluaran Akaun 1 KWSP

Kita perlu penyelesaian jangka panjang..

error: Content is protected !!