Euforia Bola 2026
Hiburan By: Fatin Nurain May 18, 2023 @ 1:59pm

Sweet Betul! Jalan Berpimpin Tangan, Neelofa Kongsi Momen Manis Bersama PU Riz – “Cukup Kau Disampingku”

Pasangan selebriti Neelofa dan Haris Ismail atau PU Riz sekali lagi mencuri perhatian dalam kalangan warganet selepas melihat gelagat mereka membuat trend TikTok bersama.

Menerusi perkongsian di platform tersebut, Neelofa telah memuat naik video mereka sedang berjalan sambil memegang erat tangan suaminya.

Dalam perkongsian tersebut, momen manis itu juga turut berlatar belakangkan lagu Ragu nyanyian Rizky Febian sekali gus membuat ramai pengikutnya cair.

“My happiness? Cukup. Cukup kau disampingku,” tulisnya.

@neelofa♬ suara asli – ALT

Menjengah ke ruangan komen, perkongsian tersebut telah meraih pelbagai respons yang kagum melihat gelagat pasangan itu.

Malah, mereka juga turut mendoakan agar rumah tangga Neelofa dan PU Riz kekal bahagia selamanya.

Terdahulu, Neelofa dan PU Riz telah mendirikan rumah tangga pada 27 Mac 2021 dan dikurniakan seorang anak lelaki, Muhammad Bilal.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Sun, 30 Apr 2023
Hiburan Sat, 30 Jul 2022
Hiburan Fri, 23 Jan 2026

Impian Usia 20-an Jadi Kenyataan, Wajah Mimi Fly Terpampang Di Billboard Times Square New York

Mimi Fly pernah berangan melihat dirinya muncul di sebuah papan iklan besar

Trending Hari Ini Wed, 3 Jun 2020
Featured Thu, 16 Mar 2023
Hiburan Mon, 4 Dec 2023
error: Content is protected !!