Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin May 15, 2024 @ 11:44am

“Tak Bersuara Bukan Bermaksud Tidak Menyokong P*lestin”- Ella Mengaku Tolak Tawaran Jenama Antarabangsa Walau Bayaran Lumayan

Susulan gerakan boikot terhadap barisan selebriti tanah air, penyanyi rock Ella menyarankan agar pengguna alam maya tidak membuat tuduhan secara melulu kepada selebriti yang didakwa menyokong produk jenama pro-Israel.

Katanya, semua pihak wajar menyelidik terlebih dahulu nama selebriti yang terlibat dalam senarai #Blockout2024 sebelum bertindak memboikot mereka.

“Selidik dahulu sebelum melemparkan tuduhan terhadap barisan selebriti yang terlibat, mungkin mereka ada sebab tersendiri,” ulasnya.

Ella berkata demikian ketika ditemui XTRA pada sidang media Konsert Jilid Rockestra Ella: Rockers Juga Manusia di Kuala Lumpur pada Selasa.

Mengulas lanjut, Ella atau nama penuhnya, Nor Zila Aminuddin, 58, menegaskan, bahawa warganet tidak seharusnya cepat menjatuhkan hukum dan memberikan kata-kata cacian terhadap selebriti tanah air yang dilihat tidak berkongsi isu penderitaan rakyat di negara bergolak itu menerusi media sosial mereka.

Menurutnya, tidak berkongsi di media sosial bukan bermaksud golongan ini tidak prihatin terhadap nasib yang menimpa penduduk di sana.

“Kalau tidak bersuara, tak bermaksud tidak menyokong Palestin. Sama perihalnya seperti konsert Jilid Akhir Ella Puteri Kota Edisi Utara yang diadakan sebelum ini.

“Kami bukan sahaja mengadakan satu segmen, tapi kami mendedikasikan keseluruhan konsert sebagai memperingati situasi di Palestin,” kongsinya.

Berpegang pada prinsip, pelantun lagu Retak itu berkongsi bahawa dia sanggup menolak tawaran lumayan beberapa jenama mewah antarabngsa walaupun diberikan bayaran lumayan.

“Ya, saya tolak beberapa tawaran jenama fesyen yang dikaitkan dengan Israel walaupun bayaran lumayan.

“Saya buat ini semua kerana prinsip saya dan saya pastikan produk yang saya wakili ada matlamat dan bersifat kemanusiaan sejagat.

“Saya juga minta pasukan saya untuk meneliti mana-mana tawaran terlebih dahulu sebelum menerimanya,”kongsinya.

Sekadar info, Ella bakal mengadakan konsert Jilid Rockestra Ella: Rockers Juga Manusia pada 9 Ogos depan bertempat di Dewan Plenari, KLCC.

Konsert yang dijadualkan berlangsung selama dua jam lebih itu dijangka akan disajikan dengan 25 buah lagu dan diiringi orkestra dibawah pimpinan pengarah muzik tersohor, Datuk Hashridz Murshim Hassim atau lebih dikenali sebagai Acis.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 29 Jan 2020
Hiburan Wed, 24 Oct 2018

Mas Idayu Sebak Menyanyi Nirmala Di Pentas DAA 4

Penyanyi serba boleh ini menulis Allahyarham Pak Ngah sentiasa dekat di hati dan pasti merindui gelak tawa Allahyarham. Al-Fatihah buat Allahyarham Pak Ngah…

Featured Mon, 16 Feb 2026

“Tolong Jagakan ‘Awak’ ” – Layan Konsert Mahalini Di Jakarta, Que Haidar Titip Pesan Minta Jagakan Fazura

Malah, gelagat selebriti itu yang dilihat sangat serasi membuatkan peminat mendoakan agar pasangan ini berjodoh.

Hiburan Thu, 19 Oct 2023

Terima Bayaran Tak Masuk Akal & Terpaksa Ajar Pelakon Baharu Hayati Watak, Didie Alias Rasa Terhina?

Agak-agaklah nak bayar murah sangat pun. Tak kaji latar belakang artis dulu ke?

Hiburan Fri, 7 Sep 2018

Ini Ujian Paling Hebat Buat Saya – Ismail Izzani

Saya tak mahu komen mengenai apa yang didakwa oleh mereka. Bila tiba masanya saya akan keluarkan kenyataan. Sabarlah ya…

Hiburan Mon, 10 Dec 2018

‘Mak…Maafkan Saya’, Air Mata Megat Jatuh Saat Tersingkir

Selamat Tinggal Megat…Kami doakan rezeki untuk Megat terus menyinar di luar sana akan dipermudahkan. Insya Allah.

Hiburan Tue, 24 May 2022
Featured Thu, 8 Aug 2024
error: Content is protected !!