Euforia Bola 2026
Featured By: Atiqah Johari May 19, 2023 @ 7:12pm

“Usia Begini Saya Tiada Anak & Suami” – Alami Fasa Pra-Menopaus, Atilia Haron Berdepan Kesunyian & Hampir Kemurungan

Penyanyi dan pelakon, Atilia Haron membuat perkongsian mengenai dirinya yang kini sedang mengalami fasa pra-menopaus.

Melalui fasa tersebut, Atilia memaklumkan dia menjadi moody di mana sebelum ini dia seorang yang ceria malah dia juga mengambil ubat hormon.

“Saya sekarang tengah melalui proses pra-menopaus sebab itu saya potong rambut pendek sebab malam tidur berpeluh.

“So, saya ini memang seorang yang sangat ceria jadi bila jadi macam ini saya tak tahu nak handle macam mana.

“Saya jadi moody, nak bangun pagi susah sebab yelah saya tak sangka kan dah nak go through menopaus ni. Sekarang tengah pra-menopaus jadi saya pergi ke klinik ambik Hormone Replacement Treatment (HRT) di mana saya kena makan ubat,” kongsinya.

Susulan itu, memetik video temu bual Nona, Atilia atau nama sebenarnya Raja Putri Atilia Raja Haron, 49 ini memaklumkan fasa pra-menopaus yang dilalui beri perubahan dalam kehidupan.

“Saya rasa penat. Saya pula tidak pernah ada anak jadi dia punya menopaus ni lain macam sikit kalau nak dibandingkan ibu-ibu yang pernah ada anak.

“Jadi, saya kena belajar banyak dan saya tak boleh malas. Itu adalah salah satu simptom menopaus di mana kita nak baring je satu hari suntuk.

“Macam saya ni freelance, kalau tak ada kerja, saya dekat rumah tengok Netflix baring je. Sesuatu yang sangat tidak sihat jadi saya push diri saya untuk buat yoga. Itu yang banyak membantu saya jadi aktif,” ujarnya.

Bukan itu sahaja, pelantun lagu Kekanda Adinda ini mengakui dia berasa sunyi dan keseorangan serta hampir kemurungan pada usianya yang sebegini.

Walaubagaimanapun, Atilia berjaya mengharungi perasaan tersebut dengan mencari kebahagiaan sendiri.

“Dua, tiga tahun lepas saya seorang yang macam boleh jadi kemurungan kerana saya tidak mempunyai anak dan suami pada umur yang sebegini. Lonely lah kan.

“So, saya selalu macam relate dengan kebiasaan orang lain macam kita kena ada sesuatu sebenarnya tak.

“Kebahagiaan itu datang pada diri sendiri. It doesn’t matter kalau anda single ke tak ada anak ke as long as anda pandai cari kebahagiaan diri sendiri. InsyaAllah okay.

“Sekarang saya dah sedar yang macam it’s okay, kita ada ahli keluarga yang lain. Saya boleh pinjam anak Sazzy Falak, Yasmin Hani dan Dynas Mokhtar sekejap. Tak kisah im the best aunty,” luahnya.

Sumber: Nona

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 14 Apr 2026

Korban Juadah Raya, Trisha Ooi Fokus Kejohanan Tinju Di Dubai Lawan Wakil Indonesia

Trisha berkata penyertaannya dalam sukan tinju bukan sekadar suka-suka

Hiburan Tue, 3 Dec 2019

Inikah Natasha Yang Menjadi Pilihan Hati Datuk Seri Eizlan Yusof?

Tak sabar tunggu apa yang diwar-warkan bakal jadi Wedding Of The Year ini!

Trending Thu, 6 Jul 2023

Papar Sengketa Pelajar Sekolah, Bintang Cheongdam High School International Kongsi Pengalaman

Mencabar betul pengalaman Ye Rim dan Eun Saem.. Agaknya siapa pembunuh sebenar?

Trending Tue, 19 Nov 2019

Kata Hamil Tapi Hakikatnya Ada Udang Disebaliknya

Wanita Kantoi Perut ‘Diusung’ Rupanya

Hiburan Mon, 26 Aug 2019

Lebih Selesa Begini…Tasha Shilla Tolak Kontroversi

Saya mengaku tidak fikir panjang dalam membuat kenyataan sehingga memakan diri.

Featured Fri, 21 Jan 2022
Hiburan Thu, 29 Feb 2024
error: Content is protected !!