Featured By: Aqilah Paharuzi May 18, 2023 @ 5:00pm

Individu Dakwa Ramai Selebriti Akan Dapat Tiket Konsert Coldplay Secara Percuma? Ini Respons Alif Satar

Sejak dua hari lalu, heboh di serata media sosial berhubung penjualan tiket konsert kumpulan terkenal antarabangsa, Coldplay yang laris terjual bagai ‘pisang goreng panas’.

Lantaran itu, ada segelintir peminat Coldplay yang meluahkan rasa berang terhadap ulat tiket yang menjual semula tiket konsert tersebut sehingga mencecah harga puluhan ribu.

Meninjau ke ruangan Instagram, tidak ketinggalan penyanyi terkenal Alif Satar mengambil kesempatan ini dengan menyanyi salah satu lagu Coldplay berjudul Fix You meraih perhatian ramai.

“Tengah beratur ke tu?” soalnya ringkas di kapsyen kepada pengikutnya yang sedang berjuang membeli tiket konsert Coldplay pada 17 Mei, semalam.

Berdasarkan pemerhatian XTRA, terdapat individu yang mendakwa golongan selebriti beruntung kerana akan mendapat tiket konsert tersebut secara percuma.

“Artis-artis mesti dapat priority kan.. Seronok la. Kami ni lemau dok beratur tapi masih tak dapat. Life is unfair like that,” dakwa individu berkenaan.

Tidak berdiam diri, pelantun lagu terkenal Lelaki Seperti Aku ini menafikan perkara tersebut.

“Siapa kata artis dapat priority? Memang tak lah….,” jawab Alif.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mereka memohon Alif untuk mengadakan konsert dengan membawa lagu-lagu Coldplay, nescaya akan mengubat hati mereka yang duka itu.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 13 Aug 2019
Trending Tue, 27 Apr 2021
Trending Fri, 29 Mar 2019

Takziah! Mayat Pelajar Malaysia Ditemui Di Hyde Park Selamat Dikebumi

Takziah kepada ahli keluarga Muhammad Hafiz Zainal

Hiburan Mon, 5 Sep 2022

“Walau Sesial Mana Ibuku…” – Luahan Hati Puteri Balqis & Ibu Buat Warganet Emosi

Allahu, banyak yang terpendam dari kecil tu! Semoga Aqish dan ibu kuat dengan dugaan ini.

Hiburan Tue, 31 Jul 2018

Amar Ahyan Mengaji Untuk Adiknya

Sempat lagi Amar Ahyan meluangkan masa bersama adiknya sebelum menjalani pembedahan mata

Featured Mon, 30 Oct 2023