Hiburan By: Padin February 16, 2023 @ 11:38am

Teruja Berlakon Filem Pertama, Adriana Adnan Bintangi Naskhah Seram

Pelakon dan pengacara, Adriana Adnan teruja mendapat peluang untuk membintangi filem pertama berjudul Emp4t.

Menurut Adriana, pada awalnya projek ini hanyalah sekadar drama bersiri namun akhirnya ia dikembangkan menjadi filem.

“Saya sendiri tak sangka kerana ketika ia memulakan penggambaran pada 2021, Emp4t adalah drama bersiri. Kemudian, pihak produksi membuat keputusan untuk menjadikan ia filem.

“Jadi, saya kembali ke set penggambaran untuk menambah babak-babak yang diperlukan untuk mengembangkan lagi naskhah ini.

“Saya sendiri sangat teruja kerana ini merupakan filem pertama saya. Sekian lama beraksi dalam drama, saya berpeluang untuk mengasah bakat di layar lebar,” katanya.

Adriana ditemui di majlis pelancaran filem Emp4t terbitan Lomo Pictures di Alchemist Code, The Vertival, Bangsar South, baru-baru ini.

Tambah pengacara program Hello Doktor TV3 ini, dia memainkan watak berbeza berbanding karakter yang pernah dijayakan sebelum ini.

“Menerusi filem seram arahan Silver Yee dan Ayez Shaukat Fonseka ini, saya menjayakan watak Sri, seorang wanita yang mempunyai kelebihan melihat sesuatu yang tak dapat dilihat orang biasa dengan mata kasar.

“Saya juga rasa bertuah kerana dapat bekerjasama dengan pelakon lain seperti Syafie Naswip, Alvy Joanna, Nur Farisha Amira dan ramai lagi,” katanya.

Bertemu dengan Ayez Shaukat Fonseka selaku pengarah, filem ini bakal ditayangkan pada Mei ini.

“Sebelum ini, Lomo Pictures terkenal dengan jalinan kerjasama strategik di peringkat antarabangsa seperti China, Hong Kong, Taiwan dan Singapura. Produksi ini juga pernah menerbitkan filem Haunted Hotel, Small Town Heroes dan Gila Gusti.

“Kali ini filem Emp4t memberikan dimensi berbeza. Hasil kerjasama dengan Fortunes Studios, ANT3, TNT Food dan MyBest Global Express, filem ini berkisarkan mengenai sekumpulan remaja yang memiliki pelbagai latar belakang serta konflik memiliki pancaindera keenam. Kisah remaja yang mampu melihat dan merasai alam ghaib ini menjadi premis naskhah Emp4t,” katanya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 12 Dec 2019

Taylor Swift Revealed That She Didn’t Have Much Support From Pop “Community” When She First Started

Girls compete with each other, women empower one another. WE STAN! 

Hiburan Fri, 20 Jul 2018

Gelagat Artis Malaysia Menari #KekeChallenge Memang Cool!

Inilah antara gelagat artis Malaysia menyahut cabaran #kekechallenge

Featured Wed, 3 Nov 2021

Bayi Berusia 14 Hari Maut Dalam Rempuhan Kereta Dengan Lori Tanah

Seorang bayi lelaki berusia 14 hari maut dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Kampung Gelung Gajah, Bakar Bata di Ayer Tawar pada Rabu. Menurut laporan Berita Harian, kejadian berlaku apabila Perodua Kancil dinaiki bayi berkenaan

Featured Wed, 25 Jan 2023

“Saya Tak Ada Kena Mengena Dengan Masalah Keluarga Ni…” – Janna Nick Bidas Dakwaan Punca Fyna Jebat & Madu Berkelahi

Kontroversi melibatkan kisah rumah tangga penyanyi yang juga adik kepada Ayda Jebat, Fyna Jebat masih hangat diperkatakan sehingga ke hari ini. Ia berlanjutan selepas ramai dalam kalangan selebriti yang tampil memberi pesanan agar tidak membuat

Trending Wed, 23 Jun 2021

Polis Tahan Bapa Beri Bayi Lelaki 5 Bulan Minum Arak

Selepas sebuah rakaman video 30 saat yang menunjukkan seorang bayi diberi minuman alkohol tular di media sosial baru-baru ini, pihak polis telah menahan seorang lelaki untuk membantu siasatan. Dipercayai berlaku di sebuah flat di Teluk

Trending Fri, 6 Dec 2019

Anak Krakatau Mampu Robohkan Patung Statue of Liberty AS

Ia boleh mencapai setinggi 93 meter.

Featured Fri, 19 Aug 2022

Gara-Gara Muka Tertutup Dengan Kain Lampin, Bayi Berusia 4 Bulan Temui Ajal

Allahuakbar sedihnya… Apapun salam takziah untuk keluarga mangsa 🥀

Featured Sat, 22 Oct 2022

| Live TV