Trending By: Maya Basir May 15, 2023 @ 12:37pm

Sering Teman Pergi Acara-Acara Hiburan, Sophia Albarakbah Tak Sorok Teman Lelaki Lagi – “I Leave It To Him…”

Pelakon cantik, Sophia Albarakbah tidak lagi menyorok status hubungannya bersama teman lelakinya yang dikenali sebagai Mr Doctor.

Baru-baru ini, Sophia juga ditemani Mr Doctor semasa majlis pelancaran Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) ke-35 di Stesen Keretapi Kuala Lumpur.

Menurut Sophia, dia terbuka jika teman lelaki ingin menemaninya ke mana-mana acara hiburan.

“Actually, I leave it to him. Kalau dia selesa, dia datang teman, kalau dia tak selesa, dia tak datang. Saya biarkan dia buat keputusan sendiri,” ujarnya.

Mengulas sama ada Mr Doctor bersedia berhadapan dengan orang ramai dan tempias dengan populariti, karakter teman lelakinya yang tenang membuatkan Sophia tidak risau dengan perkara itu.

“Dia okay dan cool je. Sepanjang kontroversi yang berlaku ni, dia sentiasa cool je. Dia lebih memikirkan tentang pesakit dia daripada perkara lain,” jelasnya.

Pelakon drama Ku Akad Kau Dengan Bismillah ini berkata, dia tidak menyangka namanya tersenarai dalam empat kategori dalam pencalonan awal ABPBH 35.

Namun, dia sangat bersyukur kerana ini merupakan kali kedua dapat menembusi pencalonan awal ABPBH.

“Alhamdulillah, saya dicalonkan menerusi empat kategori iaitu BBNU Wanita Popular, Aktres Filem Popular, Aktres TV Popular dan Couple Drama Popular.

“Jujurnya saya tak sangka. Walaupun gembira, saya tidak meletakkan harapan tinggi.

“Sekiranya peminat rasa saya layak, undilah saya. Ini memandangkan nama lain yang dicalonkan juga hebat-hebat dan layak menang.

“Jadi, kita tengoklah macam mana sama ada saya boleh layak ke Top 5 atau tidak,” katanya.

Meskipun terpalit dengan kontroversi, dia berterima kasih atas sokongan peminat yang tidak pernah mempersoal isu tersebut dan hanya melihat kepada hasil kerjanya sahaja.

ABPBH edisi ke-35 mengangkat tema Ekspresi Legasi Seni dengan membariskan dua belas (12) Kategori Utama iaitu BBNU Lelaki Popular, BBNU Wanita Popular, Penyanyi Lelaki Popular, Penyanyi Wanita Popular, Artis Kolaborasi / Duo / Berkumpulan Popular, Aktor Filem Popular, Aktres Filem Popular, Aktor TV Popular, Aktres TV Popular, Penyampai Radio Popular, Pengacara TV Popular dan Artis Komedi Popular.

Manakala, turut dipertandingkan adalah tujuh (7) Kategori Ekstra! iaitu Couple Drama Popular, Couple Filem Popular, Drama Popular, Lagu Paling Boom, Content Creator Popular, TikTokers Popular dan Video Viral Popular.

Peminat boleh membuat undian artis kegemaran masing-masing menerusi laman rasmi ABPBH di www.abpbh.com.my bermula 12 Mei sehingga 11 Jun 2023.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra