Euforia Bola 2026
Hiburan By: Khairil Khusyairi July 6, 2023 @ 8:00pm

Pilih Stadium Malawati, Anuar Zain 40th Anniversary Concert Hadiah Buat Peminat – “Ia Nostalgia Yang Sangat Manis”

Selama empat dekad mencipta nama di lapangan seni suara, penyanyi popular Anuar Zain, 53, bakal tampil dalam Anuar Zain 40th Anniversary Concert yang dijadual berlangsung di Stadium Malawati, Shah Alam pada 28 Oktober depan.

Menurut Anuar atau nama sebenarnya, Shahrul Anuar Zain, penganjuran konsert kali ini adalah tanda terima kasih kepada peminat atas sokongan yang tidak berbelah bahagi padanya.

“Kalau boleh saya mahu ‘full house’. Konsert ini bagai tanda apresiasi dan terima kasih saya kepada peminat kerana memberi sokongan sepanjang pembabitan karier saya.

“Saya tak nafikan ada perasaan gemuruh, ia bagus sebenarnya sebab akan mengingatkan kita agar berhati-hati supaya kita tidak keterlaluan

“Saya akan menyanyikan lebih 20 buah lagu. Saya mahukan stamina yang baik menjelang konsert ini,” katanya kepada XTRA.

Anuar ditemui pada sidang media konsert berkenaan yang berlangsung di Jio Space, Petaling Jaya pada Rabu.

Disoal mengenai perancangan untuk menampilkan penyanyi undangan pada malam istimewa tersebut, pelantun lagu Cinta Harus Memiliki ini berkata belum ada kata putus mengenai itu sebaliknya mahu menghiburkan penonton yang hadir.

“Berkemungkinan ada tiga segmen persembahan yang kami bincangkan.

“Buat masa ini, penyanyi undangan masih belum difikirkan kerana masih ada beberapa perkara yang perlu diselesaikan dari segi persiapan konsert.

“Kita melihat kepada kesesuaian, kalau boleh saya tak mahu mengulang kembali apa yang saya telah lakukan pada konsert-konsert sebelum ini. Kalau ada, ia perlu sesuatu yang berbeza.

“Serba sedikit visual mengenai perjalanan sepanjang 40 tahun ada, tetapi konsert kali ini lebih kepada menghibur penonton yang hadir, cuma penceritaan tetap ada,” kongsinya teruja.

Memilih Stadium Malawati sebagai lokasi konsert meraikan 40 tahun pembabitan dalam industri muzik tanah air, Anuar berkata lokasi tersebut memberikan nostalgia manis kepadanya.

“Saya sudah mengadakan konsert di beberapa lokasi di Kuala Lumpur, tetapi Stadium Malawati memberi saya nostalgia yang sangat manis.

“Bagi saya, lokasi itu sangat praktikal kerana ia berbentuk empat segi dan sangat senang bekerja. Malah, pencahayaan dan sistem bunyian yang dimiliki sangat baik.

“Antara sebab lain saya memilih lokasi ini kerana Shah Alam adalah tempat saya tinggal dan membesar,” jelasnya.

Tiket-tiket akan mula dijual pada 12 Julai 2023 mulai jam 10 pagi di www.jiotix.asia atau hubungi talian hotline tiket di +60 11 5100 3111.

Tiket-tiket berharga RM1188 (VIP 1), RM888 (VIP 2), RM488 (Diamond) RM388 (Platinum) dan RM 188 (Gold).

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 28 Jun 2024

Suami Lebih Suka Afifah Nasir Duduk Rumah, Tak Perlu Keluar Kerja

Untung dapat suami penyayang dan sangat bertanggungjawab

Trending Wed, 10 Jul 2019

Nak Beli Rumah Tapi Kena Black List PTPTN? Ini Berita Baik Untuk Korang!

Anda akan dikecualikan daripada sekatan sekiranya hendak membeli rumah pertama.

Trending Wed, 1 Mar 2023

Konsert Moments Of Kerispatih With Sammy Simorangkir Gamit Nostalgia

Kehadiran kugiran popular Indonesia Kerispatih bersama Sammy Simorangkir pastinya antara yang paling ditunggu-tunggu seluruh peminat muzik mereka di Malaysia. Dibawakan oleh tiga penganjur iaitu 4ward, Tiger Wong Entertainment dan MHT Live, Konsert Moments Of Kerispatih […]

Featured Fri, 15 Aug 2025

“Hebatnya Doa Ni Kadang Baru Terlintas Dalam Hati, Allah Dah Makbulkan” – Neelofa

Noor Neelofa Mohd Noor berkongsi kelebihan dan kehebatan berdoa.

Trending Thu, 17 May 2018

Budak Lelaki Ini Tidur Di Atas Tingkap

‘Rimas’ Dimarah Bapa Kerana Malas, Budak Lelaki Ini Ambil Keputusan Untuk Tidur Di Atas Tingkap

Featured Sat, 31 Jan 2026

Aisyah Aziz Selamat Timang Cahaya Mata Pertama

Khabar gembira itu dimaklumkan oleh ibunya, Hafiza Basharahil

Featured Thu, 9 Nov 2023
error: Content is protected !!