Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin November 9, 2023 @ 7:46pm

Fazura Ada Sebab Tak Nak Jual Tudung Palestin – “Ia Tak Selari Dengan Prinsip Saya”

Pelakon dan usahawan, Nur Fazura tidak berhasrat untuk melancarkan sebarang produk bertemakan Palestin dek kerana dia menganggap ia bertentangan dengan prinsipnya.

Katanya, menerusi temu bual bersama portal hiburan baru-baru ini, tindakan untuk memberikan seratus peratus profit jualan tersebut adalah agak mustahil.

“Ini pendapat saya dan buka urusan kita untuk judge dan menghukum orang, kita tak tahu niat orang tapi saya rasa pelik sikitlah.

“Bagi saya, saya boleh je keluarkan tudung Palestin tu semua tapi nak kata 100 percent profit tu… adakah nak buat macam tu kan? Kita tetap nak keluarkan modal kita dan sebagainya.

“Sebagai pengusaha mesti ada profits dia dekat situ… jadi saya refuse untuk keluarkan. Sebab kalau saya nak hasilkan tudung-tudung macam tu boleh je tapi nak kata 100 percent profit saya rasa itu tak selari dengan prinsip saya,” katanya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Media Hiburan (@mediahiburanofficial)

 

Selain itu, isteri kepada pelakon Fattah Amin ini juga memaklumkan, dia mempunyai inisiatif tersendiri untuk mengenang dan membantu rakyat di negara bergolak itu.

“Yang pasal sumbangan lain tu tak perlu saya nak bagitahu itu antara saya dengan Allah. Tapi bagi saya nak hasilkan tudung-tudung Palestin ni apa semua saya rasa itu bukan cara saya.

“Cukuplah keluaran tudung saya bertemakan Raudhah kerana ingin mendedikasikan keluaran tersebut kepada para syuhada di sana. Saya bayangkan mereka yang syahid kini berada di taman-taman syurga,”  katanya.

Mengulas lanjut mengenai isu boikot produk Zionis, pelantun lagu Sayangi Dirimu ini berpendapat, tindakan tersebut adalah wajar dan perlu diteruskan.

“Wajar. Tapi bagi saya banyak benda kita kena boikot… banyak yang pihak Zionis hasilkan.

“Apa yang kita boleh buat sekarang adalah teruskan boikot walaupun ramai yang mempertikaikan. Tapi anggap itulah kita punya jihad dan kita wajib boikot,” ujarnya.

 

Sumber: Media Hiburan

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Wed, 18 Mar 2026

Trending Raya 2026: Ini 18 Iklan Raya Wajib Tonton

Debaran nak sambut Syawal tu makin hari makin terasa! Macam biasa, setiap tahun memang ramai yang tunggu kemunculan iklan atau filem pendek Raya daripada jenama-jenama terkenal tempatan. Bukan sekadar tontonan biasa, ada yang buat kita […]

Hiburan Tue, 4 Dec 2018

《木偶奇遇记》也要拍真人版!锁定汤姆汉克斯

迪士尼积极将动画翻拍成真人版电影!日前将目标放在《木偶奇遇记》,传出锁定奥斯卡影帝汤姆汉克斯主演。

Hiburan Fri, 27 Jul 2018

Ara Johari Selesa Single

Usia semakin bertambah Ara mengakui lebih matang dalam menggalas tanggungjawab terutama dalam bidang seni.

Hiburan Sun, 21 Dec 2025
familuv Sun, 15 Mar 2020

Ella menangis gara-gara panik uruskan anak

Hidup Ella berubah 360 darjah

Featured Sun, 14 Jun 2020
error: Content is protected !!