Euforia Bola 2026
Hiburan By: Khairil Khusyairi August 6, 2023 @ 1:05pm

[VIDEO] Comelnya! Syamsul Yusof Hadir ‘Support’ Hari Sukan Syaikhul & Sumayyah

Perkongsian terkini pengarah sensasi Syamsul Yusof menjadi perhatian apabila memuat naik sebuah rakaman video.

Menerusi perkongsian di Instagram (IG), Syamsul memuat naik video yang memaparkan dia hadir ke hari sukan sekolah kedua cahaya matanya iaitu Syaikhul dan Sumayyah, pada Sabtu.

Rakaman tersebut memaparkan momen-momen Syamsul yang bertopi dan mengenakan baju bercorak merakam gelagat Syaikhul dan Sumayyah ketika bersukan.

Bekas suami kepada aktres Puteri Sarah Liyana itu hadir berseorangan ternyata gembira dan tersenyum dalam memberi sokongan kepada anak-anaknya.

Lebih manis, Syamsul turut memeluk erat serta mendukung kedua anaknya itu.

Terdahulu, Syamsul atau nama sebenarnya, Mohd Shamsul Md Yusof, 39, melafazkan cerai talak satu di hadapan Hakim Syarie Akmalluddin Ilyas mengikut Seksyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984.

Untuk rekod Syamsul dan Puteri Sarah berkahwin pada 8 Mac 2014 dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua cahaya mata Syaikhul Islam, 6, dan Summayah, 4.

ARTIKEL BERKAITAN: Belum Berhubung Dengan Anak, Yusof Haslam Mahu Syamsul & Puteri Sarah Kembali Bersatu?

ARTIKEL BERKAITAN: “Dulu Saya Benci Perpisahan & Takut Untuk Melepaskan” – Puteri Sarah Liyana

ARTIKEL BERKAITAN: Ira Kazar Ada Post Gambar Dengan Syamsul Tapi Lepas Seminit ‘Lesap’?

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 14 Aug 2024
Hiburan Tue, 11 Feb 2020

‘Ampunkan Kami’- Bawa Drama ‘Politik’ Di Pentas #AJL34 , Drama Band Mohon Maaf

Ada orang kata persembahan Drama Band okay what? Siapa makan cili, dialah rasa pedas!

Hiburan Sat, 26 May 2018

Shakila Suka Ke Dapur Selepas Kahwin

Walaupun suami handal, saya tak boleh culas, tambahan pula inilah kali pertama kami berpuasa bersama!

Hiburan Thu, 31 Jan 2019

Katanya Emma Maembong, Syed Abdullah Sudah Bernikah?

Emma Maembong, Syed Abdullah Didakwa Sudah Bernikah?

Hiburan Fri, 16 Aug 2019

Lama Bercinta…Fadlan Hazim Buka Mulut Soal Kahwin

Pelakon drama Seribu Rindu ini mengenali Julie sejak zaman sekolah dan pernah menjadi teman baik.

error: Content is protected !!