Hiburan By: Khairil Khusyairi June 21, 2023 @ 6:45pm

Syamsul Yusof Akan Tarik Balik Saman Terhadap MAIWP & JAWI

Pengarah sensasi, Syamsul Yusof dilaporkan akan menarik balik saman RM10 juta terhadap Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dan dua pegawai kanan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Menurut laporan Berita Harian, perkara itu disahkan peguam, Datuk Adnan Seman yang mewakili MAIWP selepas pengurusan kes secara dalam talian di hadapan Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi, Aisyaf Falina Abdullah pada Rabu.

“Mahkamah menetapkan 13 Julai ini untuk pengurusan kes,” katanya.

Dalam pernyataan tuntutannya, pengarah filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan itu memfailkan saman terhadap pihak berkuasa agama itu atas alasan menyebarkan fakta aib dan memalukan kepada ibunya berhubung kenyataan isteri keduanya ketika itu, Faghira Fatini atau lebih dikenali sebagai Ira Kazar, yang dipanggil memberi keterangan kepada JAWI pada Ogos tahun lalu.

Syamsul mengambil tindakan undang-undang itu melalui Tetuan Azahir Surainie & Azizan Ariff dengan menamakan Pegawai Hal Ehwal Islam di Bahagian Penguatkuasaan Jawi, Mohd Haris Abdllah; Pengarah JAWI, Datuk Mohd Ajib Ismail dan MAIWP sebagai defendan pertama hingga ketiga.

Syamsul yang juga bapa kepada dua cahaya mata itu menuntut ganti rugi teladan (tidak dinyatakan jumlah) ke atas defendan kerana didakwa dengan sengaja dan berniat jahat untuk membuka aibnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Nafi Dakwaan Persetubuhan Luar Nikah, Syamsul Yusof Maklum Ira Kazar Bakal Saman JAWI

ARTIKEL BERKAITAN: “Tindakannya Tidak Berasas Jika…” – Tak Boleh Tentukan Jumlah Saman, Syamsul Yusof Perlu Beri Bukti Difitnah JAWI

Dia juga memohon deklarasi gambar pernyataan yang mengandungi nama Syamsul dan Ira, 28, separuh tandatangan dan pernyataan bertulis adalah satu keterangan yang diambil oleh defendan atau ejennya, tertakluk kepada Akta Rahsia Rasmi 1972 dan undang-undang yang berkait.

Syamsul juga memohon deklarasi gambar pernyataan itu yang dirakam oleh defendan atau ejen adalah dokumen dalam kawalan mereka.

Ia termasuk deklarasi penyebaran gambar pernyataan itu dibuat oleh defendan atau ejen.

Dalam pernyataan tuntutannya, Syamsul berkata pada 20 Disember 2022, ibunya menghantar mesej menerusi aplikasi WhatsApp iaitu gambar pernyataan mengaibkan mengandungi nama Ira, separuh tandatangan dan pernyataan bertulis.

Mengikut dokumen yang diperoleh, gambar pernyataan itu mengandungi fakta mengaibkan dan memalukannya disebar kepada ibunya.

“Saya kemudiannya menghubungi Faghira Fatini yang saya panggil sebagai Ira Kazar berkenaan dengan gambar pernyataan itu yang diterima dan dimaklumkan oleh Ira Kazar bahawa beliau dipanggil oleh defendan ketiga (MAIWP) untuk merakam keterangan atas satu siasatan.

“Ia berdasarkan satu laporan yang dipercayai dibuat oleh isteri saya (ketika itu), Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin dan pernyataan itu dirakam oleh defendan pertama (Mohd Haris) yang Ira Kazar percaya adalah pegawai penyiasat dalam siasatan itu.

“Saya dinasihatkan peguam bahawa, keterangan yang dirakam itu adalah tertakluk di bawah Seksyen 59 Akta Prosedur Jenayah Syariah (Wilayah-wilayah) Persekutuan 1997 dan Akta Keterangan Mahkamah Syariah (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1997 yang mana pernyataan yang dirakam adalah dikategorikan sebagai dokumen persendirian dan pernyataan tertakluk kepada Akta Rahsia Rasmi 1972.

“Ira kemudiannya membuat laporan polis pada 23 Disember tahun sama,” kata Syamsul.

Akibat penyebaran fakta aib itu, Syamsul berkata, beliau dimarahi oleh ibunya dengan kata-kata yang mengguris perasaan selain mengalami tekanan perasaan dan akan memberi keterangan lanjut ketika perbicaraan kelak.

Katanya, tindakan defendan atau ejen mengaibkan dan memburukkan imej, nama serta reputasinya selaku pelakon dan pengarah filem.

“Tambahan lagi ia menambahkan tekanan perasaan atau ‘stress’ plaintif apabila diberitahu oleh Ira Kazar bahawa gambar pernyataan bertulis itu direka dan ditokok tambah oleh defendan pertama dan ejen kerana ia bukanlah keterangan yang diberikan oleh Ira,” katanya.

Sumber: Berita Harian

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Mon, 22 Oct 2018

资深艺人岳华病逝享寿76岁

香港一代传奇影星岳华传出在加拿大时间20日离世,据悉岳华近年来饱受病痛之苦,生前因为罹癌的关系身形爆瘦,辞世时夫人恬妮与女儿都在身边陪伴,友人张之玨证实岳华过世,享寿76岁。

Hiburan Sat, 30 Jun 2018

Pelakon Popular Ini Bakal Dapat Anak Kembar Di Usia 44!

Tahniah! Akhirnya penantian pelakon popular ini bakal berakhir. Khabarnya kembar lagi. Auwww, mesti comel kan?

Hiburan Sun, 16 Dec 2018
Featured Wed, 12 Apr 2023
Hiburan Tue, 7 Nov 2017

INIKAH ANAK IKAN DATO SRI VIDA?

Ahmad Iqbal Zulkefli, 23, merupakan Pentadbir Laman Sosial Pengasas Kosmetik Vida Beauty mengakui, dia tidak menolak sekiranya di takdirkan berkahwin dengan jutawan kosmetik tersebut.

Hiburan Sat, 20 Jul 2019

Akim Lawan Dengan Isterinya!

Haa gaduh ke lawan ni?

Trending Tue, 4 Sep 2018

Teh Tarik Condoms Exist?!

That’s a new way of consuming teh tarik.

Featured Mon, 21 Aug 2023

Akui Tak Perlu Baju Pelik & Naik Lori Untuk Popular, Zainal Abidin Kongsi Foto Bersama Aina Abdul.. Netizen Kritik Sengaja Cetus Kontroversi Untuk Promosi Konsert?

Ha tak ada niat pun nak sindir Aina Abdul, baik je niii 😉‘We are good and will always be’ – Datuk Zainal Abidin

Hiburan Fri, 8 Jun 2018

环映制作公司隆重开幕!今年将拍两部电影

环映制作公司(K Production)正式开幕!多位本地艺人王骏、温绍平、陈美娥、曾维山、甘家麒等人均现身站台;同时,也宣布今年将开拍两部分别有王骏和陈美娥主演的电影。