Euforia Bola 2026
Hiburan By: Khairil Khusyairi August 3, 2023 @ 2:36pm

Ira Kazar Ada Post Gambar Dengan Syamsul Tapi Lepas Seminit ‘Lesap’?

Selepas berakhirnya kemelut rumah tangga pengarah sensasi, Syamsul Yusof bersama bekas isterinya yang juga aktres popular, Puteri Sarah Liyana, pastinya ramai yang menantikan perkembangan terkini Syamsul dengan isterinya, Ira Kazar.

Terbaharu, nama Syamsul dan Ira sekali lagi mejadi perhatian warganet apabila ada laporan mengatakan Ira pernah berkongsi foto bersama Syamsul sejurus selepas berita Puteri Sarah menarik saman terhadap dirinya dan keluarga disiarkan.

Namun, gambar Syamsul dan Ira tersebut telah dipadam selepas seminit ia dimuat naik kerana dikatakan ‘diserang’ netizen.

“Selepas berita Puteri Sarah tarik saman terhadap Ira dan keluarganya disiarkan, keesokannya dia ada muat naik gambar bersama Syamsul. Tapi, dalam seminit saja, selepas tu dipadam.

“Dengar kata hantaran tu mendapat kecaman netizen. Itu sebab dia padam. Tapi, ada peminat sempat buat tangkap layar,” katanya.

Hasil tinjauan XTRA ke profil Instagram pengarah filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan itu, masih tidak ada gambar mereka bersama.

Terdahulu, Syamsul atau nama sebenarnya, Mohd Shamsul Md Yusof, 39, melafazkan cerai talak satu di hadapan Hakim Syarie Akmalluddin Ilyas mengikut Seksyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984.

Untuk rekod Syamsul dan Puteri Sarah berkahwin pada 8 Mac 2014 dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua cahaya mata Syaikhul Islam, 6, dan Summayah, 4.

Awal Januari lalu, Syamsul tampil mengejutkan ramai apabila mengumumkan dia sudah bernikah dengan Ira Kazar di Thailand berwalikan bapa Ira iaitu Kazar sehingga mencetuskan pelbagai reaksi dari semua pihak. 

ARTIKEL BERKAITAN: Syamsul Yusof Akan Tarik Balik Saman Terhadap MAIWP & JAWI

ARTIKEL BERKAITAN: Belum Berhubung Dengan Anak, Yusof Haslam Mahu Syamsul & Puteri Sarah Kembali Bersatu?

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya Sebagai Anak Pun Sedih, Apa-Apapun Dia Tetap Ibu Saya” – Syamsul Yusof

Sumber: Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Wed, 16 Jun 2021
Hiburan Thu, 26 Dec 2019

Bukan Sombong Tapi…

Hurm…apa kes ni?

Trending Thu, 29 Mar 2018

Kes Dera Amah, ‘Datin’ Kejam Ke Penjara Bermula Hari Ini!

Hakim Datuk Tun Abd Majid Tun Hamzah menjatuhkan hukuman itu ke atas Rozita Mohamad Ali, 44, selepas mengenepikan hukuman dikenakan terhadapnya sebelum ini.

Hiburan Sat, 10 Jan 2026

“Izara Aishah Artis Kelas A! Saya Ingatkan Dia ‘Diva’, Tapi…” – Aliff Syukri

“Saya tak sangka Izara Aishah terima. Saya jangkakan dia ‘diva’, tapi…” – Aliff Syukri.

Featured Fri, 5 Jun 2026

“Tak Adil! Saya Bukan…“ – Imran Ajmain Ambil Langkah Berdiam Diri, Tak Baca Komen

“Saya seorang individu yang kuat, personaliti saya kuat dan tak cepat melatah” – Imran Ajmain

Trending Mon, 23 Apr 2018

Kate Middleton Selamat Lahirkan Anak Ketiga

“Kate dan anak berada dalam keadaan sihat,” menurut kenyataan istana.

Hiburan Mon, 18 Mar 2019

“Terima Saja Kenyataan Pedas A. Aida”- Ketua Pegawai Eksekutif Media Prima Berhad

Diharap lepasni isu kontroversi melibatkan kenyataan A.Aida tidak terus-menerus diperkatakan

error: Content is protected !!