Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin June 5, 2026 @ 2:10pm

“Tak Adil! Saya Bukan…“ – Imran Ajmain Ambil Langkah Berdiam Diri, Tak Baca Komen

“Saya seorang individu yang kuat, personaliti saya kuat dan tak cepat melatah”.

Demikian respons penyanyi dan penulis lirik, Imran Ajmain apabila mengambil pendekatan untuk berdiam diri dan tidak membaca sebarang komen usai persembahannya di Separuh Akhir Muzik-Muzik 40 (SFMM40) baru-baru ini.

Akuinya, tindakan itu bagi menjaga ketenangan emosi serta fokusnya terhadap perkara yang lebih penting berbanding keputusan di SFMM40 apatah lagi ada yang menyamakannya dengan penyanyi antarabangsa, Sam Smith.

“Saya tak baca. Sikit pun saya tak baca. Sebab saya ada sesuatu yang lebih penting untuk saya. Saya punya hati dah sangat besar dan saya terima rezeki sampai ke tahap itu.

“Tapi, ada satu komen yang saya terbaca dan saya tergelak. Dia kata, ‘apa hal Sam Smith nyanyi lagu Seribu Tahun Lagi ini?’ seolah-olah set dan pilihan warna persembahan saya itu menyerupai gaya Sam Smith.

“Kau orang dengar lagu Seribu Tahun tu bila dalam perjalanan jauh, pasang lagu saya berulang-ulang. Saya ada 60 lagu yang lain, yang kau orang tak pernah dengar.

“Jadi bila saya nyanyi sekali tu, banyak orang cakap saya macam Sam Smith . It’s not fair sebab I am my own person. Saya seorang individu yang kuat, personaliti saya kuat dan saya lantang bercakap, cepat bertindak dan tak cepat melatah.  You don’t know me, you saw one show saja,” katanya.

Imran berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Pelancaran Spotlight KL Convention Centre di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, pada Khamis.

Menurut Imran, sebagai artis yang sudah bertapak dalam industri selama lebih dua dekad, dia perlu memahami bahawa setiap persembahan tidak akan dapat memenuhi citarasa semua pihak.

“Saya tahu saya punya kebolehan. Saya tahu apa yang boleh dan apa yang tidak boleh. Kalau saya bukan citarasa awak dan saya punya persembahan itu tidak menepati awak sebagai juri di rumah, ia tidak akan menjejaskan saya punya periuk nasi.

“Orang kata, kata-kata dan perbuatan boleh menyakitkan tubuh, tetapi kata-kata tidak mampu melukakan hati saya. Saya sudah menerima perkara yang lebih berat sebelum ini,” jelasnya.

Dalam pada itu, Imran bagaimanapun tetap bersyukur dengan perjalanan lagu, Seribu Tahun Lagi yang dianggap sebagai satu rezeki besar dalam kerjayanya apabila berjaya mara sehingga ke peringkat Separuh Akhir Muzik-Muzik.

“Saya anggap itu rezeki yang sangat besar. Saya bersyukur. Itu juga doa daripada ibu dan peminat saya.

“Ini kali pertama saya menyanyikan karya orang lain dan berjaya sampai ke peringkat semi final selepas perjalanan yang panjang,” ujarnya.

Sekadar info, Imran bakal beraksi di pentas showcase Spotlight KL Convention Centre yang dijadualkan pada 22 Ogos depan.

Selain Imran, antara selebriti tanah air yang terlibat adalah, Noryn Aziz, Aizat Amdan, Orked Farhan, Sekumpulan Orang Gila (SOG) dan Iman Troye.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 26 Sep 2023
Hiburan Sat, 26 Jan 2019

Tya Ariffin Teruja Followers Cecah Sejuta, Cayalah!

Memang seronok tengok posting Tya setiap hari, penuh dengan positiviti!

Hiburan Tue, 22 Jan 2019

Demi Anak, Jasmin Hamid Sanggup Duduk Tepi Parit

Begitulah kasih seorang ibu terhadap anaknya, sanggup lakukan apa saja termasuklah…

Hiburan Thu, 15 Aug 2019

Sabar Menanti Jodoh…

Sebenarnya saya bukanlah memilih sebaliknya…

Events Thu, 24 Oct 2019
Hiburan Tue, 6 Mar 2018

Lif Dah Siap! Tunggu Si Comel Pipi Merah Jer!

Siti terpaksa mengikuti nasihat pakar perbidanan untuk melahirkan bayi melalui pembedahan memandangkan kebiasaannya  bayi dikandung menggunakan kaedah ‘In Vitro Fertilization” (IVF) jarang bersalin secara normal.

Trending Fri, 6 Nov 2020

Malaysia Dijangka Alami Pertembungan 2 Wabak Hujung Tahun Ini

Jangan leka dan dapatkan suntikan jika perlu

Hiburan Tue, 8 Jan 2019

Michelle Yeoh: Looking Rich and NOT Crazy With Signature Emerald Ring

Michelle Yeoh wore the gorgeous ring from Crazy Rich Asians to the 2019 Golden Globes!

error: Content is protected !!