Euforia Bola 2026
familuv By: Ad Ops March 15, 2020 @ 4:00pm

Ella menangis gara-gara panik uruskan anak

Setiap pasangan yang mendirikan rumah tangga pasti menginginkan zuriat dan cahaya mata bagi melengkapkan lagi kehidupan berumah tangga. Namun begitu, setiap rezeki sudah ditentukan Allah SWT dan tidak semua diberi peluang merasai nikmat untuk memiliki zuriat sendiri.

Bagi penyanyi yang popular dengan gelaran ratu rock negara, Ella dan suami, Azhar Ghazali, mereka reda belum diberikan rezeki untuk memiliki anak sendiri sejak mendirikan rumah tangga pada Julai 2012. Bagaimanapun, pasangan suami isteri itu bersyukur dan gembira apabila mereka dikurniakan rezeki untuk memiliki seorang anak angkat.

pelantikan ella sebagai duta Sabella baju viral tanpa gosok

Gambar: Arkib Hijab & Heels

Ketika ditemui pada majlis pelantikannya sebagai duta jenama busana Muslimah Sabella di ibu kota baru-baru ini, Ella berkata kehidupannya dan suami kini diserikan lagi dengan kehadiran Shanome Az Zahra yang berusia tiga tahun.

“Alhamdulillah, kehidupan kami sekeluarga semakin bahagia dengan kehadiran Shanome sejak setahun lalu. Dia seorang anak yang sangat comel dan pandai berdikari. Rutin kehidupan saya dan suami berubah sepenuhnya terutamanya daripada segi masa.  

ella ambil anak angkat

Kredit gambar: Instagram Shanomes

“Jika saya sibuk dengan undangan nyanyian, kami suami isteri akan bergilir-gilir menjaga dia. Keutamaan kami sekarang ialah Shanome. Walaupun sibuk, kami akan cuba mencari masa dan peluang untuk bersama-samanya,” katanya.

Berkongsi mengenai pengalaman menjadi ibu, pelantun lagu Baldu Biru itu berkata dia banyak mempelajari perkara baharu dan berasa gembira dapat menjaga anaknya itu walaupun pada mulanya agak kekok untuk menguruskan anak.

ella ambil anak angkat

Kredit gambar: Instagram Shanomes

“Kulit saya sangat sensitif dan senang luka, tapi saya nak juga merasai macam mana seorang ibu menyalin lampin anaknya. Saya pun takut jika kulit anak saya luka dan melecet, tapi saya cuba untuk lakukan dengan sebaik yang mungkin.

ella ambil anak angkat

Kredit gambar: Instagram Shanomes

ella ambil anak angkat

Kredit gambar: Instagram Shanomes

“Selain itu, pada mulanya saya memang panik kalau dia menangis tak berhenti. Saya tidak tahu nak buat apa, jadi saya pun menangis sekali. Apabila teringat semula detik itu, memang satu pengalaman yang paling manis dan tidak dapat dilupakan,” katanya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Acara Fri, 1 May 2020

Nasi kerabu imbau kenangan berbuka di kampung

Hotel Maya buat penghantaran ke rumah

Featured Wed, 10 Sep 2025

“Moga Apa Yang Berlaku Di Indonesia Jadi Pengajaran Buat Semua” – Inul Daratista

Inul kembali dengan goyang gerudinya pada konsert Disember ini!

Featured Fri, 5 May 2023

Didakwa Hamil Anak Kedua? Ini Penjelasan Ernie Zakri…

Aww! Kalau betul, kita doakan yang baik-baik saja buat Kak Ninie!

Featured Tue, 14 Apr 2020

Guna istilah popular PKP, koleksi Lebaran Larney tular!

Stay At Home Kebaya atau Lockdown Kurung Kedah, mana satu pilihan hati?

Featured Tue, 13 Sep 2022

Netizen Tuduh Jual Kuih Keria Rentung, Ini Jawapan Balas Lana Nodin

Rasanya dia tak pernah nampak kuih keria gula melaka kot? 😅

error: Content is protected !!