Euforia Bola 2026
Events By: Aqilah Paharuzi June 17, 2022 @ 4:19pm

Didakwa Bakal Berkahwin Lagi – Syamsul Yusof Tak Hadir Tayangan Filem Sendiri, Yusof Haslam Kunci Mulut

Nama pengarah Syamsul Yusof menjadi perhatian ramai selepas timbul dakwaan yang mengatakan dirinya bakal berkahwin dengan anak kepada pelakon veteran Kazar Saisi, Ira Kaza.

Susulan gosip itu, bapa Syamsul, penerbit filem tersohor Datuk Yusof Haslam menjawab spekulasi yang bertebaran.

Yusof, 68, menegaskan dia enggan campur tangan berhubung spekulasi berkenaan dan memilih untuk mengunci mulut apabila disoal mengenai ‘restu’ seorang bapa sekiranya benar perkara tersebut terjadi.

“Perkara ini memang susah untuk diulas kerana saya perlu menjaga hati anak, menantu dan semua pihak yang terlibat.

“Benda ini kalau saya komen akan disalah tafsir, serba salah dibuatnya,” katanya.

Yusof ditemui di majlis tayangan perdana filem Mat Kilau Kebangkitan Pahlawan di GSC The Starling Mall, semalam.

Artikel Berkaitan: Yusof Haslam Harap Ira Kaza & Syamsul Yusof Tak Akan Berkahwin – “Kasihan Kepada Menantu Saya Jika..”

Tayangan perdana filem biografi epik sejarah arahan Syamsul itu berlangsung meriah.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan barisan pelakon turut hadir bagi memeriahkan acara yang berlangsung.

Namun begitu, dalam kerancakan majlis tayangan perdana yang serba gah, rata-rata media dan tetamu yang hadir tercari-cari kelibat Syamsul selaku pengarah yang tidak kelihatan, meskipun selepas tamat tayangan.

Pelbagai dakwaan timbul sejurus itu terutamanya melibatkan kontroversi yang melanda rumah tangga Syamsul kerana beberapa hari sebelum tayangan perdana diadakan, gosip hangat mengenai perkahwinannya dengan Ira heboh diperkatakan.

Susulan itu, Pengarah Urusan Studio Kembara & Penerbit filem berkenaan, Abdul Rahman Mt Dli, tampil menjawab persoalan orang ramai dengan berkata Syamsul tidak hadir kerana tidak sihat.

“Maaf, dia tak dapat hadir alasan tidak sihat, jadi itulah,” katanya ringkas.

Difahamkan, adik Syamsul, Shamin Yusof ketika ditemui media turut menjelaskan abangnya mengalami demam panas dan dinasihatkan untuk tidak hadir.

Filem Mat Kilau mengisahkan seorang pahlawan Melayu Mat Kilau bersama ayahandanya, Tok Gajah dan sahabat seperjuangan bangkit menentang penjajahan British.

Filem ini menampilkan barisan aktor dan aktres hebat seperti Datuk Adi Putra (Mat Kilau), Beto Kusyairy (Wahid), Fattah Amin ( Awang), aktor aksi handalan Indonesia, Yayan Ruhian (Toga) dan ramai lagi.

Filem terbitan Studio Kembara bakal memasuki pawagan tanah air bermula pada 23 Jun ini.

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sun, 8 Feb 2026

Lan Pet Pet Mohon Maaf Kepada Nur Fazura Isu Lawak Luc*h

Isu lawak lucah, Lan Pet Pet mohon maaf kepada Nur Fazura.

Featured Fri, 26 Jul 2024
Hiburan Thu, 7 Jun 2018

Dikecam Suara Tak Power? Janna Tak Ambil Hati

Tambah Janna, dia tidak sesekali akan membuat kenyataan ‘ Kalau Tak Suka Tak Perlu Dengar’ kerana kedengaran sebagai bongkak pula…Tak apa Janna, usaha tangga kejayaan!

Hiburan Fri, 2 May 2025
Featured Fri, 19 Aug 2022

[VIDEO] Netizen Dakwa Mia Sara Berubah Kerana Berkawan Dengan Kasih Iris Leona?

Eh, kenapa tu Mia Sara? Betul ke dah berubah sebab pengaruh rakan sebaya?

Hiburan Thu, 24 Mar 2022
Hiburan Wed, 17 Jan 2024

“Roti Pun Ada Tarikh Luput” – Ikhwan Minta DJ Radio Reda Kontrak Ditamatkan

“Saya rasa setiap stesen radio ada politik, semuanya tak sama. Mana-mana pun ada politik bukan dalam industri ini sahaja.” – Ikhwan

error: Content is protected !!