Euforia Bola 2026
Featured By: Atiqah Johari May 18, 2023 @ 8:01pm

“Tak Kahwin Ke? Tak Laku Ke?” – Sering Ditanya Soal Kahwin, Zara Zya Akui Trauma & Tersinggung Hati

Usahawan dan pelakon cantik, Zara Zya akui terkilan dengan komen warganet sehingga mengguris hatinya dan menjatuhkan air mata jika ditanya mengenai kahwin.

Sehubungan itu, memetik laporan Harian Metro, Zara atau nama sebenarnya Zainurul Razia Mohd Zainuddin membuat keputusan untuk menjauhkan diri daripada individu-individu yang menghakiminya dalam segala aspek.

Jelas Zara, soalan itu menjadikannya sensitif sejak akhir-akhir ini dan menjadi trauma untuk keluar rumah.

“Ada beberapa soalan yang mungkin sebelum ini saya ambil pendekatan untuk tidak peduli, tapi entah kenapa sejak akhir-akhir ini jadi sensitif sangat. Bukanlah saya tidak boleh ditegur langsung tetapi percakapan itu mengguris hati saya.

“Contohnya seperti tanya tiada orang yang hendak dekat saya ke? Tak kahwin ke? Tak laku ke? Soalan sebegitu yang akhir-akhir ini menyinggung saya.

“Saya gembira saja dengan hidup saya, namun apabila dihakimi dari atas sehingga ke bawah membuatkan saya sendiri trauma hendak keluar,” luah Zara.

Dalam pada itu, pelakon drama Risik Pada Hati ini mengakui kata-kata yang berbaur negatif memberi kesan terhadap kesihatan mentalnya malah menjadikannya untuk menjauhkan diri dengan orang ramai.

“Otak saya menjadi penat dengan kata-kata orang. Sehinggakan saya patah semangat untuk membuat ‘live’ dan keluar berada di tempat awam. Saya lebih suka duduk terperuk di rumah saja.

“Sukar untuk saya jelaskan, namun saya mengambil solusi tidur sebagai jalan pintas untuk melupakan masalah itu. Malah, saya juga sudah dua bulan berehat daripada berlakon.

“Mungkin selama ini orang sering melihat saya sering ketawa dan sebagainya, namun saya sendiri tidak sangka impaknya sebegini. Mungkin juga masa itu kurang sesuai,” kongsinya lagi.

Sumber: Harian Metro

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 4 Mar 2026

“Bahan Ke-4 Ni, Walau Duit Banyak Pun Tak Boleh Beli” – Peminat Dakwa Khairul Aming Bersuara Selepas Resipi Ringkas Che Sayang Kitchen Dikecam

Khairul Aming tampil mempertahankan rakan seperjuangannya, Che Sayang Kitchen selepas segelintir netizen mengkritik resipi masakan

Trending Fri, 10 Apr 2020
Hiburan Sun, 16 Oct 2022
Hiburan Mon, 16 Jul 2018

Luar Biasa! KRU Studios Terus Menyengat Dengan Wheely

Di Malaysia, kami keluarkan serentak dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris. Kami faham dengan kehendak penonton di Malaysia terbahagi dua. Satu yang lebih cenderung kepada komedi melayu dan ada yang lebih kepada komedi berbahasa Inggeris

Trending Wed, 23 May 2018

Jamal Yunos Arrested Once More

It seems like he is showing some antics again

Trending Mon, 3 May 2021
Featured Wed, 27 May 2020
Hiburan Fri, 5 Apr 2019

詹雪琳首推中文流行音产业书!教你如何用音乐找饭吃

Serene詹雪琳推出全球首本中文流行音乐产业书,教你如何用音乐找饭吃!

Eat Travel Thu, 26 Apr 2018

Kalau Nak Suami Puji Lebih, Cuba Buat Cheesekut Ini

Sedapnya cheesekut ini kalau dimakan bersama orang-orang tersayang!

error: Content is protected !!