Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi March 4, 2026 @ 2:07pm

“Bahan Ke-4 Ni, Walau Duit Banyak Pun Tak Boleh Beli” – Peminat Dakwa Khairul Aming Bersuara Selepas Resipi Ringkas Che Sayang Kitchen Dikecam

Personaliti media sosial dan usahawan terkenal, Khairul Aming menyelitkan pesanan ringkas namun sarat makna menerusi video resipi chocolate mousse segera yang dikongsikan baru-baru ini.

Peminat mula berspekulasi dan mendakwa Khairul Aming tampil mempertahankan rakan seperjuangannya, Che Sayang Kitchen, selepas segelintir netizen mengkritik resipi masakan yang dikongsikan sebagai terlalu ringkas dan tidak asli.

Meskipun tidak menyebut nama mana-mana pihak ketika berkongsi resipi chocolate mousse segera itu, Khairul Aming sempat menyelitkan pesanan mendalam.

“Ini resipi chocolate mousse segera yang hanya memerlukan empat bahan. Tiga bahan boleh dibeli di kedai.

“Tapi satu lagi bahan, walaupun kita ada banyak duit sekalipun, kita tetap tak boleh beli.

“Video ini bukan video profesional, bukan untuk dijual di restoran, dan bukan juga untuk mereka yang mempunyai akses kepada semua bahan atau peralatan industri.

“Video ini dibuat supaya kita boleh cipta satu momen di rumah dengan memasak menggunakan apa yang kita ada,” katanya.

Mengulas lanjut, Khairul Aming berpendapat resipi yang mudah dan ringkas sebenarnya memberi ruang kepada orang ramai untuk mencuba memasak, selain menjadi peluang mencipta kenangan bersama insan tersayang.

“Ada yang buat resipi ini sebagai kenangan dengan anak-anak sebelum mereka meningkat dewasa.

“Ada juga yang memasak bersama keluarga atau rakan-rakan kerana bukan mudah untuk mengumpulkan semua orang dalam satu masa.

“Ada yang mungkin tak cukup bahan, tak cukup ilmu, atau tak mempunyai peralatan lengkap.

“Tapi tak mengapa, kita buat sahaja dengan apa bahan yang ada,” jelasnya.

Di akhir pesanan dalam video tersebut, Khairul Aming menegaskan bahawa kegagalan tidak seharusnya ditakuti, sebaliknya usaha untuk mencuba adalah perkara paling penting.

“Kalau masakan tak menjadi pun tak apa. Sekurang-kurangnya kita sudah mencuba. Kalau dari awal kita fikir memasak itu susah dan mesti sempurna, macam mana kita nak tarik anak muda masuk dapur?

“Bahan keempat sebenarnya ialah usaha kita untuk mencuba,” katanya lagi.

@khairulaming

Resipi ni guna 4 bahan, 3 bahan boleh di beli di kedai tapi ada 1 bahan yang takkan boleh beli walau dengan duit sebanyak mana sekalipun

♬ original sound – Khairulaming – Khairulaming

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 14 Feb 2018

JAMAH BUKU LIMA, ALTIMET BENGANG DENGAN PRINCHIQY DINZLY?

Kali ini, timbul pula isu terbaru apabila Altimet dikatakan bengang kerana cubaan Iqram Dinzly atau Princhiqy Dinzly ingin menceroboh persembahan beliau ketika menyanyikan lagu Amboi.

Hiburan Wed, 8 May 2019

大马知名小提琴家Dennis Lau演奏会629引爆!

相继上一次在2016年的演奏会,大马著名小提琴家Dennis Lau这次将与不同风格地本地艺人合作,为大家带来别具风格的演奏会,开启新的一章!

Featured Wed, 3 Dec 2025

“Saya Harap Perkahwinan ini Adalah Penutupnya” – Erra Fazira

Erra Fazira menjelaskan, keputusan untuk kembali berumah tangga dibuat atas dasar yakin termasuklah memikirkan usia hubungan mereka.

Trending Thu, 14 Jun 2018

最强防偷伞绝招!打开狂下「蟑螂雨」吓坏偷伞贼

最近天气状况反复不定,突然就下起大雨。有时候如果遇上超没公德心的偷伞贼就更惨,不过到底有没有什么能够避免雨伞被偷呢?

Trending Wed, 14 Oct 2020
Hiburan Wed, 6 Aug 2025
Featured Tue, 7 Apr 2020
Trending Wed, 17 Oct 2018

美照都是骗人的!20张把网美呛爆的爆笑恶搞Cosplay照

来自雪梨的女演员Celeste Barber颠覆既有网美公式,用一系列仿效名模女星的拍照POSE,成为「非主流网美」。

error: Content is protected !!