Euforia Bola 2026
Cahaya Mata By: Maya Basir May 19, 2023 @ 6:57pm

Sempat Singgah McDonalds Tahan Sakit, Nina Nadira Selamat Melahirkan Anak Kedua

Pelakon Nina Nadira selamat melahirkan cahaya mata kedua di sebuah hospital di Subang Jaya, Selangor pada pukul 9 pagi hari Jumaat.

Memetik laporan mStar, Nina bersyukur bayi lelakinya seberat 2.6 kilogram itu dilahirkan secara normal.

“Sepatutnya masuk hospital pukul 7 pagi, namun sekitar pukul 4 pagi dah mula rasa sakit dan terus ke hospital.

“Dalam perjalanan sempat juga singgah McDonalds dulu untuk beli makanan.

“Saya tahu kalau nak bersalin perlukan tenaga, jadi makanlah dulu. Paling tidak pun dapatlah rasa sebelum berpantang.

“Syukur segala urusan dipermudahkan. Saya pun dah ada pengalaman sebelum ini, jadi semuanya dah sedia awal,” katanya.

Menurutnya, selepas berpantang dia mungkin akan memperlahankan kerjaya seni kerana mahu memberi sepenuh perhatian membesarkan anak-anak di rumah.

“Saya rasa kalau dah masuk anak kedua ni, fokus saya haruslah diberikan kepada keluarga. Mungkin akan perlahankan kerjaya seni dahulu.

“Saya mahu menjaga sendiri anak-anak dan melihat mereka membesar. Waktu bersama anak-anak dalam tempoh mereka membesar ini sangat penting,” ujarnya.

Untuk rekod, Nina dan suami, Ahmad Farhan Rusman mendirikan rumah tangga pada 29 Julai 2017 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Nina Lilyanna yang kini berusia empat tahun.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Events Sat, 29 Feb 2020

Ini Reaksi Bapa Ashraf Saat BCL Tampil Di atas Pentas

Mungkin ini juga antara sumber kekuatan BCL untuk terus kuat

Featured Mon, 18 Aug 2025

Gelagat Fazura ‘Packing’ Baju Fatima Sebelum Bercuti Ke Disneyland Raih Perhatian, Netizen Komen: “Sebaknya! Fazura Sangat Hebat”

Fazura menyorot perhatian warganet apabila berkongsi momen sedang mengemas beg pakaian anak tunggalnya, Nur Fatima Aisya sebelum berangkat ke Disneyland

Anugerah Wed, 30 Aug 2023
familuv Fri, 5 Aug 2022

[VIDEO] “Tak Pernah Tinggi Suara” – Aaron Aziz Syukur Dikurniakan Isteri Penyayang

Alhamdulillah dah 19 tahun dah perkahwinan Aaron Aziz dan isteri, semoga sentiasa bahagia disamping family tersayang.

Hiburan Thu, 9 Nov 2023

Tawaran Lakonan ‘Kontang’, Derita Penyakit Kronik, Mak Wan Berniaga Demi Menyara Hidup

Kesian Mak Wan😢 Semoga Mak Wan tabah menghadapi dugaan hidup🤲🏻

Featured Mon, 19 Dec 2022
Hiburan Sun, 19 Aug 2018

Putus Dah Lima Tahun, Chris Brown Masih Belum Move On?

Sebelum ini, Rihanna pernah memberitahu Brown bukan lagi individu penting dalam hidupnya tetapi nampaknya lelaki ini masih belum move on.

error: Content is protected !!