Euforia Bola 2026
Hiburan By: Nurul Hana May 31, 2023 @ 12:39am

“No Respect, Menyirap Tengok Orang Bodoh Macam Ni” – Bergambar Atas Bonet, Rosakkan Barang Di Pameran Kereta… Ramai Luah Rasa Berang Sikap Pengunjung Tak Bertanggungjawab

Tular di laman media sosial Instagram mengenai pameran kereta yang diadakan di The Curve, Mutiara Damansara, Petaling Jaya, minggu lalu.

Beberapa orang pemilik kereta pameran tersebut meluahkan rasa sedih dan kecewa dengan sikap sesetengah pengunjung bersikap kurang matang yang menghadiri pameran tersebut.

Antara kerosakan yang dialami pemilik adalah ‘carbon wing’ kereta terkopak, cermin sisi patah, malah ada pengunjung yang hadir ke pameran tersebut hanyalah datang semata-mata untuk merakam video bagi tujuan ‘content’ di laman sosial TikTok dan Instagram.

“Walaupun sudah masuk tahun 2023, masih ramai lagi pengunjung yang hadir ke acara pameran / perjumpaan kereta dengan niat mahu ‘TikTok FYP’, bukan datang sebagai seorang ‘car enthusiasts’ penuh beradab.

“Pemilik kereta ini luahkan rasa sangat-sangat kecewa apabila @re_amemiya_official carbon wing end plate pada keretanya tercabut dan ada juga pemilik yang kecewa selepas carbon wing keretanya terkepak apabila pengunjung berlari kejarkan kereta-kereta yang buat ‘revving’ dan ‘Pops & Bang’.

“Masing-masing umpama kelkatu terbang kejarkan cahaya. Saling berlari antara satu sama lain, tanpa hiraukan kereta-kereta yang dipamerkan. Janji video TikTok dapat FYP.

“Sampai bila pemilik kereta perlu tanggung situasi ini — kereta cantik sempurna masuk dalam event, bila kereta keluar dari event pemilik kena tanggung kerosakan sorang-sorang?” tulis seorang individu yang meluahkan isi hatinya mengenai pameran terbabit.

Menjengah di Twitter pula, ada yang memuat naik sifat buruk anak-anak muda yang selamba duduk di atas bonet kereta yang dipamerkan walaupun sudah dimaklumkan untuk tidak boleh menyentuh mana-mana kereta di sana.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata warganet meluahkan rasa marah dengan tingkah laku mereka yang tidak bertanggungjawab dengan kereta milik orang.

Malah, ada netizen mendakwa mereka yang hadir membuat ‘kotor’ di pameran terbabit hanyalah ‘poser’ semata-mata.

“Banner dah merata, tapi banyak orang bodoh have no respect. Tapi ikut logik akallah, if you really a car enthusiast, don’t simply touch people’s car. Unless, the owner sendiri cakap, masuklah tengok. Aku yang datang, walaupun bukan owner kereta. Menyirap je tengok orang-orang bodoh macam ni.

“Terpaling minat kereta. Beria semua ni, Bila tanya ni kereta apa, cakap taktahu. AE86 pun tak kenal ke,” ujar netizen.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Thu, 23 Jan 2025

Nabil Ahmad Sekali Lagi Dikritik Netizen, Didakwa Dedah Aurat Isteri Pada Rakan

Nabil Ahmad dikritik dakwa dedah aurat ZIra Ayub kepada rakan konti

Featured Thu, 22 Aug 2019

Kebakaran hutan Amazon semakin teruk! Anda boleh bantu dengan 5 cara ini

Walaupun ia tak berlaku di Malaysia, ini tetap Bumi kita.

Hiburan Mon, 1 Oct 2018

Janji Lain Dapat Lain, Aishah Kecewa Dipermainkan Lagi?

Saya tak taulah nak nangis ke nak ketawa. Dahlah susah payah nak tuntuh hadiah, siap dengan maki hamunnya, sekarang diberitahu yang tanah yang dijanjikan bukanlah lot banglo. Tapi tanah yang lebih kecil. Sabarlah ya Kak Aishah…

Featured Thu, 5 May 2022

“Saya Pernah Sayangkan Seseorang…” – Syafie Naswip Kini Lebih Bahagia

Syafie kini lebih bahagia selepas meninggalkan hubungan toksik dengan bekas tunang.

Hiburan Fri, 24 Aug 2018

‘Kau Pun Sama’ Bukan Gimik Cinta Dengan Ernie

Dipendekkan cerita, kita perlu tahu beza gimik untuk sesuatu perkara yang apa yang patut atau sebaliknya… Fikir-fikirkanlah ya netizen sekalian!

error: Content is protected !!