Euforia Bola 2026
Hiburan By: Fatin Nurain May 24, 2023 @ 6:00pm

David Teo Tiada Masalah Beri Peluang Pada Pengarah Baharu

Penerbit David Teo tampil mengumumkan dirinya bakal menerbitkan tiga buah filem pada tahun ini selepas sekian lama menyepi.

Menurut pengarah Metrowealth International Group (MIG) itu, salah satu filem terbitannya bakal diarahkan oleh seorang pengarah baharu dan muda.

“Pada tahun ini saya akan keluarkan tiga filem dan perkara itu saya akan umumkan tidak lama lagi. Salah satu filem tersebut bakal diarahkan oleh seorang pengarah muda dan baru. First time dia mengarah filem.

“Saya tak kisah untuk bekerja lebih sebab sebagai penerbit saya perlu mengajar pengarah baru tentang asal usul macam mana sebab dia tak berapa tahu tentang sistem dan pengurusan. Kalau terlebih berkarya, kita akan pening.

Berani menyahut cabaran untuk menerima dan mengetengahkan pengarah baharu, David menganggap ini sebagai satu peluang untuk dirinya mencari pelapis baharu dalam bidang pengarahan.

Namun, David masih lagi belum mengumumkan gerangan pengarah muda tersebut memandangkan filem tersebut masih lagi dalam proses penyuntingan skrip.

“Pertama sekali filem ini sudah mendapat kelulusan pihak FINAS. Lagi satu konsep filem tersebut akan menampilkan elemen time travel dan cerita seram.

“Setakat ini kami tidak pilih lagi barisan pelakon untuk filem ini lagipun ia masih lagi dalam proses penyuntingan skrip supaya jalan ceritanya lebih cantik dan berkualiti untuk diarah oleh pengarah tersebut.

“Itu yang saya perlu panggil penulis skrip yang berpengalaman untuk kuatkan skrip tu. Sebelum ini saya pernah keluarkan lebih dari 15 pengarah muda.

“Lagipun saya punya pasukan sudah ada pengalaman dan mereka yang akan membantu pengarah baru itu.

“Tapi sejak dah lama berhenti, bila nak naik balik saya pun perlu turun padang untuk menjadikannya lebih teratur. Tapi untuk bab berkarya saya takkan masuk campur sebab nak tengok kemampuannya membawa sesuatu yang baru,” jelasnya.

Menyedari perkara itu mampu memberikan risiko tinggi pada syarikatnya, penerbit filem Mami Jarum tersebut tetap nekad demi melihat kelainan yang dihasilkan oleh pengarah baharu di bawah bimbingannya.

“Saya ingin membentuk generasi baru sebagai pengarah walaupun dia tiada pengalaman. Begitu juga dengan pelapis generasi pelakon baru dan penulis skrip.

“Saya anggap dia seperti pembangunan modal insan dalam industri. Kalau awak tengok separuh daripada orang dalam industri adalah mereka yang pernah bekerja dengan saya.

“Lagipun kalau saya tak buat macam ni dan industri pun takkan membangun sebab tiada pelapis baharu. Jadi, saya mesti bagi mereka peluang dengan sokongan untuk mereka,” tambahnya.

Untuk makluman, David telah melahirkan lebih daripada 15 pengarah terkenal seperti, Abdul Razak Mohaideen, Ahmad Idham, Pierre Andre, Farid Kamil, Azhari Zain dan ramai lagi.

ARTIKEL BERKAITAN: Bebas Skandal! Pernah Didekati Wanita Lain, David Teo Tepis Godaan..

ARTIKEL BERKAITAN: Tidak Simpan Dendam & Sudah Maafkan, David Teo Sedia Beri Mat Over Tawaran Berlakon

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 21 Jul 2025
Featured Fri, 30 Sep 2022
Selebriti Tue, 15 Aug 2023
TECH Thu, 1 Nov 2018

Cara Mudah Untuk “Screen shot” Panjang pada PC

Kami kongsikan cara mudah untuk membuat Long Screenshot pada PC Windows ataupun Apple. Caranya, mudah saja!

Hiburan Fri, 29 Dec 2023

Tiket Mampu Milik Serendah RM58, Kumpulan Ungu Bakal Meriahkan Pesta Muzik Kuantan

Kumpulan muzik terkenal Indonesia Ungu bersama barisan artis-artis tempatan seperti Naim Daniel, Khai Bahar, Ara Johari, Nabila Razali, Eda Ezrin dan Den Manjo bakal menggegarkan Pesta Muzik Kuantan. Bakal berlangsung pada 24 Februari 2024 di […]

Hiburan Tue, 10 Dec 2019
Featured Wed, 5 Apr 2023
error: Content is protected !!