Euforia Bola 2026
Cahaya Mata By: Aqilah Paharuzi May 24, 2023 @ 8:21pm

Maryam Durian Kimchi Keguguran Anak Kedua – “Kami Percaya Dengan Takdir & Perancangan Allah…”

Personaliti media sosial popular, Maryam Younarae atau lebih dikenali sebagai Maryam Durian Kimchi mendedahkan dia mengalami keguguran anak kedua pada 17 Mei lalu.

Isteri kepada pempengaruh sensasi Ryzal Ibrahim memaklumkan usia kandungannya ketika itu masih muda dan belum matang.

“Saya tak pernah bagi tahu mengenai perkara ini kepada mana-mana pihak. Sebenarnya, saya baru sahaja keguguran anak kedua.

“Ketika itu usia kandungan masih awal. Baby tak nampak lagi.. Baru sahaja beberapa hari saya dan Ryzal dapat tahu mengenai saya keguguran iaitu pada 17 Mei lalu,” katanya dalam nada sebak.

Berkongsi lebih lanjut mengenai berita duka itu, Maryam berkata dia mengetahui dirinya hamil dua minggu lalu selepas badannya menunjukkan beberapa simptoms.

“Saya tahu saya sedang mengandung sebab badan saya menunjukkan beberapa simptoms mengandung seperti selalu rasa nak buang air kecil, sakit perut macam nak datang haid dan makan banyak.

“Saya buat pemeriksaan menggunakan test kit pregnancy digital dan keluar double line. Tetapi selepas dua minggu saya bleeding dan darah banyak keluar.

“Ryzal bawa saya buat pemeriksaan di hospital dan doktor ambil darah saya untuk mengesahkan saya mengandung tetapi hormone dah berkurangan… Jadi saya keguguran,” katanya kepada XTRA.

Disoal mengenai punca disebalik keguguran itu, Maryam berkata berkemungkinan dia terlalu sibuk dengan pekerjaan.

“Mungkin ketika itu saya tak terlalu jaga badan dan kesihatan saya. Dalam masa yang sama saya sedang menjalani penggambaran, sibuk bekerja dan menjaga anak, Rina.

“Malah, dua bulan lalu saya terkena jangkitan shingles (kayap) dan urine infection jadi keadaan badan saya sangat teruk. Saya rasa sebab itu juga baby tak boleh survive.

“Jadi untuk masa sekarang saya perlu fokus menjaga kesihatan diri dan badan.. Eat well, rest well, sleep well,” ujarnya.

Maryam berkata demikian ketika ditemui di Suke Raya 1st Anniversary bertempat di pusat membeli belah MyTown pada Selasa.

Ryzal dan Maryam bagaimanapun akur atas ketentuan Illahi atas ujian yang diberikan kepada mereka.

Jelas Maryam, suami tercintanya Ryzal amat menantikan anak kedua semenjak usia anak sulungnya, Rina mencapai setahun.

“Bila pertama kali saya tunjuk pregnancy test kit double line kepada Ryzal dia sangat teruja sebab dah tunggu lama. Sejak Rina umur setahun dia dah tunggu anak kedua.

“Dia menangis ketika tahu saya keguguran.. Tapi suami saya percaya dengan perancangan Allah swt. Mungkin kami belum bersedia untuk ada anak kedua, perlu beri tumpuan kepada Rina… Saya percaya rezeki akan datang lagi, kami akan terus mencuba,” akhirnya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 30 Apr 2019

Rehat Mengacara Sepanjang Ramadan, Jihan Muse Fokus Berniaga Pes

Buat pertama kali, Jihan akan membuka booth di Select Fest di Singapura pada 17-19 Mei ini!

Hiburan Mon, 3 Sep 2018

Penampilan Baru Fouziah Ghous Dapat Pujian Netizen

Menerusi laman Instagram suaminya, @zhafyusof, sekeping gambar yang memperlihatkan penampilan wajah pelakon itu dengan hijab.

Featured Wed, 25 May 2022

Suasana Upacara Pemakaman Tangmo Nida Pilu, Teman Lelaki Hadir Bawa Kucing Kesayangan

Selamat jalan, Tangmo… semoga keadilan terbukti untukmu 😭

Hiburan Thu, 16 Aug 2018

Perli Siapa Tu? Faiz Roslan Muat Naik Video Masuk Tandas OKU

Faiz dilihat membuka pintu tandas OKU dan memberitahu bahawa tandas itu hanya digunakan untuk golongan LGBT sahaja

Trending Thu, 25 Feb 2021
Hiburan Tue, 15 May 2018

《原制原创大满秀》让“原制原创”与你说「520」

2018年《原制原创大满秀》将于5月19及20日,早上10时至晚上10时在蒲种IOI购物广场(IOI Mall Puchong)South Court盛大举行!

Featured Mon, 9 Mar 2026

“Apa Dia Buat Tak Kena Dari Pembahagian Royalti, Itu Duit Pencen Kami” – Lagu ‘Cinta Tersimpul Rapi’ Versi AI, Azmeer Tegas Beri Pelajaran Pada Jane In Heaven

Dr Azmeer Abu Bakar tampil menjelaskan mengenai status lagu popular di platform TikTok iaitu,  ‘Cinta Tersimpul Rapi’ yang dibuat menggunakan versi AI (Kecerdasan buatan).

error: Content is protected !!