Euforia Bola 2026
Featured By: Aqilah Paharuzi May 25, 2023 @ 1:43pm

Mahkamah Tolak Permohonan Lanjut Perintah Injuksi Syamsul Yusof, Cegah Puteri Sarah Beri Kenyataan Isu Rumah Tangga

Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam menolak permohonan untuk melanjutkan perintah injuksi inter-parte (kedua-dua) pihak yang difailkan oleh pengarah sensasi, Syamsul Yusof terhadap isterinya, Puteri Sarah Liyana.

Menurut peguam mewakili Sarah, Peguam Syarie Datuk Akberdin Abdul Kader berkata Syamsul memfailkan perintah tersebut pada 25 April lalu bagi mencegah Puteri Sarah daripada mengeluarkan sebarang kenyataan di media sosial atau kepada mana-mana pihak.

Jelas peguam Akberdin lagi, pihak mahkamah yang diketuai oleh Hakim Syarie Abdul Halim Abdullah memerintahkan kes tersebut berjalan secara inter-parte (kedua-dua pihak), namun Syamsul tidak hadir ke perbicaraan.

“Pada hari ini Mahkamah beri kami kelulusan untuk menjawab kes Injuksi ex-parte (sebelah pihak) buat perbicaraan pertama kali yang difailkan oleh Syamsul terhadap Puteri Sarah pada 25 April lalu.

“Perintah tersebut bagi mencegah anak guam saya daripada memberi sebarang kenyataan di pihak media dan di mana-mana platform media sosial berhubung isu rumah tangganya,” katanya.

Tambah Datuk Akberdin lagi, jangka hayat perintah injuksi tersebut bertahan untuk 30 hari sahaja dan Syamsul perlu membuat permohonan baharu sekiranya sudah luput.

“Jangka masa untuk perintah tersebut hanya selama 30 hari sahaja iaitu bermula 25 April dan akan luput pada 27 Mei ini.

“Plaintif (Syamsul) membuat permohonan untuk melanjutkan perintah tersebut secara lisan menerusi peguamnya iaitu Azmi Mohd Rais namun ditolak oleh pihak mahkamah.

“Sekiranya Syamsul mahu meneruskan perintah itu, pihaknya perlu memfailkan kes baharu,” jelasnya ketika ditemui di perkarangan Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam sebentar tadi.

Hakim Halim Abdullah membenarkan isteri pertama Syamsul itu untuk memfailkan jawapan terhadap injuksi ex-parte dan kes disambung semula pada 8 Jun ini.

@xtra_my

Replying to @Doris Blaja Semoga dipermudahkan PSL 🤲🏻🥹 #fyp #xtramy #puterisarahliyana #kes #injuksi #mahkamah #syamsulyusof #beritaditiktok #sembangentertainment

♬ original sound – XTRA – XTRA

Disoal mengenai kehadiran pengarah filem KL Gangster untuk perbicaraan kes pada pagi ini, peguam mewakilinya berkata anak guamnya memohon untuk dikecualikan.

“Peguam mewakili Syamsul memaklumkan anak guamnya minta dikecualikan untuk hadir ke perbicaraan pertama hari ini.

“Anak guam (Puteri Sarah) saya perlu hadir pada perbicaraan sebab ini adalah hari pertama dia mendapat dokumen tersebut,” ujarnya.

Pada petang ini, Sarah dan Syamsul akan hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur bagi sebutan semula kes penceraian bersama Jawatan Kuasa Pendamai (JKP).

Terdahulu, media melaporkan sesi perdamaian antara Syamsul dan isteri pertama, Puteri Sarah melalui JKP di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JAWI), di sini, pada 24 Mac lalu, menemui jalan buntu.

Pada 7 Mac lalu, Syamsul dan Puteri Sarah diperintahkan Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur supaya melantik wakil JKP dalam kes permohonan perceraian mereka.

Sebelum ini, Puteri Sarah selaku plaintif memfailkan permohonan penceraian di kaunter pendaftaran Mahkamah Syariah Kuala Lumpur mengikut Seksyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984 pada 16 Januari lalu.

Puteri Sarah dan Syamsul berkahwin pada 8 Mac 2014 dan hasil perkahwinan dikurniakan dua cahaya mata Syaikhul Islam, 6, dan Summayah, 4.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Tue, 11 Mar 2025

PU Syed Tegur Erma Fatima – “Sudah Mati Idea Gamaknya Sutradara-Sutradara Di Malaysia Ni”

PU Syed dakwa drama terbitan Erma Fatima mengandungi unsur keterlaluan

Hiburan Mon, 16 Mar 2026

“Merisik Di Media Sosial Mungkin Ada…” – Dr Fie Jawab Spekulasi Sudah Jumpa Pengganti

Dr Fie menegaskan dia tidak pernah menutup pintu hati untuk kembali berumah tangga

Hiburan Tue, 14 Apr 2026

Shakilla Khoriri Kesal, Dakwa Kebajikan Sekolah Anak Tak Diurus Dengan Baik – “Rasa Nak Pecah Dada, Jangan Paksa Aku Buka Aib!”

Shakilla memberi amaran agar tidak terus mencetuskan konflik sehingga memaksanya membuka aib pihak berkenaan kepada umum.

Hiburan Fri, 31 May 2024
Featured Sun, 20 Nov 2022
Featured Wed, 5 Nov 2025

Tawaran Lakonan Mencurah, Uqasha Senrose Mahu Fokus Karier – “Ini Semua Rezeki”

Menurut Uqasha, setiap peluang yang datang dianggap sebagai ketentuan dan rezeki daripada Allah SWT

error: Content is protected !!