Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin May 25, 2023 @ 9:49am

Himpunkan Siti Badriah, Hesty Klepek2, Ani Maiyuni, Baby Shima & Ramai Lagi… Konsert Goyang Asia-Koplo Milenia Bakal Gegar Kuala Lumpur 12 Ogos Ini!

Himpunan bintang dangdut popular Indonesia dan Malaysia bakal gegarkan Konsert Goyang Asia-Koplo Milenia yang berlangsung pada 12 Ogos ini di Pusat Ekuastrian Bukit Kiara.

Konsert anjuran Mission Sight Sdn Bhd yang bakal berlangsung selama dua jam itu menampilkan Siti Badriah, Fitri Carlina, Hesty Klepek2 dan Rhena Morena dari Indonesia dan dua penyanyi dangdut yang tidak asing lagi di Malaysia iaitu Ani Maiyuni dan Baby Shima.

Turut diundang sebagai tetamu VIP pada malam konsert itu nanti ialah pelopor genre dangdut tanah air Mas Idayu, Amelina dan Ramlah Ram.

Pengarah Projek Konsert Goyang Asia-Koplo Milenia, yang mewakili Mission Sight, Riezman Khuzaimi berkata konsert ini membawa misi untuk mengintegrasikan dangdut ke dalam masyarakat moden dan industri muzik.

“Kami mahu memperkenalkan semula genre dangdut ke dalam pasaran semasa dan pada masa akan datang. Dangdut tidak sepatutnya dijadikan muzik untuk orang-orang tertentu sahaja tetapi boleh dinikmati oleh semua.

“Lihat sahaja pada zaman kegemilangan Amelina, Mas Idayu dan Ramlah Ram…lagu-lagi mereka dinikmati dan diterima semua,” katanya.

Tambah Riezman lagu, Mission Sight juga mahu memperkenalkan bakat dan pelapis baru genre dangdut.

“Di negara kita tidak ramai artis berkembang dengan genre ini (dangdut). Jadi, kami gabungkan bintang dari kedua-dua negara, Indonesia dan Malaysia untuk menggegarkan kembali industri dengan muzik dan lagu-lagu dangdut.

“Dalam pada itu, kami berasakan dengan penganjuran konsert ini nanti dapat menarik peminat-peminat dari negara serumpun seperti Indonesia, Malaysia, Singapura dan Brunei untuk menonton artis kegemaran mereka membuat persembahan.

“Secara tidak langsung acara ini dapat mengembangkan industri pelancongan negara juga dan kami beradakan ia cara pemasaran baharu untuk industri pelancongan dan muzik,” katanya.

Dalam pada itu kata pelakon, pengarah serta penerbit berusia 53 tahun itu, pihaknya sudah bersedia dengan sebarang kemungkinan termasuk dikecam dan acara tersebut dipolitikkan sesetengah pihak.

“Ya, tidak dinafikan kebarangkalian itu berlaku dan mungkin akan ada yang mendesak agar konsert ini dihentikan.

“Kami sebagai penganjur sudah memberi garis panduan kepada para artis dan mereka faham dan bersetuju untuk mematuhinya.

“Saya rasa tidak adil jika peniant dihalang untuk berhibur kerana negara kita, negara demokrasi,” katanya.

Mengulas lanjut, Riezman berkata dia terpanggil untuk menganjurkan konsert selepas melihat banyak konsert yang melibatkan artis tempatan dan antarabangsa diadakan selepas pasca pandemik Covid-19.

Ditanya mengenai karier dalam lakonan, Riezman berkata setakat ini dia mahu memberikan fokus kepada konsert terlebih dahulu.

“Buat masa ini saya mahu fokus kepada konsert ini dahulu. Sekarang saya agak sibuk berulang alik dari Malaysia ke Jakarta untuk konsert ini.

“Ketika ini saya tidak mempunyai apa-apa perancangan untuk menerbitkan sebarang drama atau filem daripada produksi saya,” katanya.

Konsert Goyang Asia-Koplo Milenia bakal menampilkan selebriti versatil Malaysia, Didie Alias sebagai hos bersama Shandrra Rose dari Indonesia.

Penjualan tiket di zom duduk bermula dengan harga di RM658 (VIP), RM598 (Power), RM458 (Zon A), RM398 (Zon B).

Sementara itu di zon berdiri pula RM358 (Zon C), RM258 (Zon D), RM158 (Zon E dan F).

Pembelian tiket boleh dibuat di www.ticket2u.com.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 29 Mar 2024
Featured Thu, 9 Jun 2022

[VIDEO] Terserempak Kereta Atas Highway, Balu Arwah Abam Sebak Kenang Memori

Allahu sebaknya… Semoga Hidayah kuat semangat dan dimurahkan rezeki selalu ❤️❤️❤️

Trending Tue, 5 Mar 2019

Paris Hilton ucap tahniah kepada Syahrini

Selamat pengantin baru Syahrini dan Reino! 

Featured Mon, 19 May 2025
Hiburan Tue, 26 Mar 2019

Usia Kandungan Masuk Enam Bulan, Sarimah Ibrahim Kongsi Gambar ‘Baby Bump’

Sarimah turut memuatnaik gambar ‘baby bump’ dan memaklumkan dia dan suami sudah siap sedia dengan nama bakal bayi mereka. Mesti comel kan!

Featured Tue, 12 Aug 2025

“Manusia Paling Bahaya Adalah Mereka Yang Cemburu Dengan Kebahagiaan Orang Lain” – Nora Ariffin

Katanya, sebagai seorang isteri, adalah tanggung jawab untuk menghargai setiap pengorbanan suami.

Featured Fri, 2 Sep 2022

Nas-T Mental ‘Koyak’, Berlubang Tangan Jadi Kenangan Manis

Kesiannya sampai berlubang tangan Nas-T 😩 Jangan lupa tengok filem Airforce The Movie: Selagi Bernyawa di pawagam!

Hiburan Sat, 26 Jan 2019

‘Menang Kalah Hal Kedua, Yang Penting Sihat’ – Sufian Suhaimi

Semoga cepat sembuh Sufian Suhaimi, ada rezeki kita boleh lihat Ada Di Matamu menang besar malam itu nanti. Siapa tahu kan?

Hiburan Tue, 24 Dec 2019

Heroin Winter Sonata, Choi Ji Woo Bakal Timang Cahaya Mata Pertama!

Lama tak nampak kemunculan Ji Woo di kaca tv kan?

error: Content is protected !!