Euforia Bola 2026
Trending By: Padin May 25, 2023 @ 5:50pm

Jalin Kerjasama Dengan Masterclass Buletin FM, Usanita Turut Perkasa Usahawan Wanita B40 & Angkat Perintis IKS Menerusi ‘Usanita Mall’

Usanita Sdn Bhd menyasarkan peniaga dan pengguna online, terutamanya usahawan wanita bagi membina kembali ekonomi keluarga selepas penularan wabak COVID-19.

Menerusi Usanita Mall, objektif yang mahu dicapai ialah untuk memberi pendedahan perniagaan usahawan secara digital dan mengubah strategi perniagaan yang sesuai dengan corak pembelian terkini.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Usanita Sdn Bhd, Datin Seri Adzliana Hasan, platform yang dibuka secara percuma kepada semua peniaga ini turut membawa Datuk Rosyam Nor sebagai ikon perniagaan.

Kehadiran Rosyam adalah untuk membantu para usahawan industri kecil dan sederhana (IKS) dari segi penjenamaan dan pemasaran produk.

“Selain baik untuk penjenamaan, ia boleh memastikan produk-produk yang dihasilkan mampu menembusi pasaran pada masa kini.

“Seterusnya, kami juga menyasarkan agar produk-produk yang melalui proses terbabit dapat ditingkatkan jualannya,” katanya.

Adzliana ditemui di majlis jamuan Hari Raya anjuran Usanita yang diadakan di ibu negara, baru-baru ini.

Secara eksklusif, Rosyam turut sudi memberi ruang dan peluang untuk menggunakan wajahnya pada label pembungkusan bagi 50 produk perintis Usanita bagi memberi nilai tambah kepada usahawan.

Dalam pada itu, Usanita turut mengumumkan kerjasama mereka dengan stesen radio Buletin FM.

“Alhamdullilah tahun ini cukup bermakna buat Usanita kerana kami terpilih untuk mengelolai program usahawan yang tidak asing lagi iaitu Masterclass Buletin FM.

“Masterclass Buletin FM yang dijangkan akan bermula penggambaran pada Jun nanti akan menyaksikan format yang baharu mengikut acuan Usanita.

“Kali ini, cabaran akan lebih fokus pada sesuatu bidang dalam keusahawanan seperti contoh cabaran pemasaran secara fizikal atau produk branding packaging.

“Pada cabaran kali ini juga, ada beberapa cabaran baru yang akan diperkenalkan iaitu cabaran atas lapangan,” katanya lagi.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Wed, 22 Nov 2017

Berjaya Genggam PhD Pada Usia 72 Tahun

Kata pepatah, biar cari ilmu hingga ke tembok China! sama seperti warga emas ini , sanggup sambung belajar dan mengenggam PHD pada usia 72 tahun

Hiburan Sat, 18 Jan 2025
Trending Mon, 16 Mar 2020

Konsert Khai Bahar: Dari Smule Ke Pentas Dunia Ditangguhkan, Bimbang Penularan Wabak Covid-19

  KONSERT sulung penyanyi Khai Bahar, Konsert Khai Bahar: Dari Smule Ke Pentas Dunia yang dijadual berlangsung pada 27 dan 28 Mac ini di Istana Budaya (IB), Kuala Lumpur ditunda ekoran penularan wabak Covid-19. Perkara […]

Trending Sat, 25 Jun 2022

“Dia Buat Kita Rasa Selesa Sangat” – Rasa Kehilangan, Siti Nurhaliza Kagum Dengan Adibah Noor

Siti Nurhaliza sangat terkesan dengan pemergian arwah Adibah Noor yang merupakan idolanya.

Trending Mon, 1 Jan 2018

16个“赋予灵魂”的物品 包你目瞪口呆

你相信东西也有灵魂吗?如果哪天物品都赋予生命了,大家应该都会被吓得目瞪口呆!

error: Content is protected !!