Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin May 26, 2023 @ 3:32pm

“Kitab Mana Awak Rujuk? Jangan Buat Hukum Sendiri”- Ryzal Ibrahim ‘Sound’ Netizen Tegur Isu Aurat

Pempengaruh media sosial, Ryzal Ibrahim sekali lagi tampil menyuarakan pendapatnya berhubung teguran netizen menerusi muat naik di Instagram miliknya baru-baru ini.

Menerusi hantaran tersebut, Ryzal ada berkongsi sepotong video pendek memperlihatkan aksinya yang sedang bersiap namun mengenakan pakaian berupa seluar pendek yang digayakan bersama seluar legging berwarna hitam.

“Tips OOTD seluar pendek patuh syariah,” katanya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ryzal Ibrahim (@ryzalibrhm)

 

Bagaimanapun, kapsyen tersebut mengundang rasa kurang senang segelintir pengikutnya sehinggakan ada yang tampil menegur tindakan suami kepada Maryam Younarae itu.

“Kurang tepat tu, bahagian antara lutut dan hujung seluar pendek tu categorized as dibalut sahaja sebaba ketat. Hukum pakaian ketat tu lain. Kalau begitu perempuan can claim the same kalau mereka pakai legging (sahaja), tutup aurat kan? Wallahualam,” tulisnya.

Tidak berdiam diri dengan komen yang diberikan, Ryzal tampil memberikan teguran agar individu berkenaan tidak membuat hukum sendiri.

” Jangan buat hukum sendiri bang.

“Bentuk tubuh dikira sebagai aurat perempuan. Awak samakan aurat perempuan dengan lelaki, kitab mana awak rujuk?,” katanya.

Namun, individu tersebut sekali lagi tampil memberi komen balas terhadap kenyataan Ryzal berhubung perkara berkenaan.

Terdahulu, tindakan Ryzal mencuri perhatian selepas dia didakwa memperlekehkan golongan B40 apabila memuat naik hantaran di laman sosialnya, namun ayah kepada anak satu itu menjelaskan dia hanya memberi teguran dan kesedaran terhadap realiti sebenar kehidupan masyarakat kita pada hari ini.

“Sebenarnya itu realiti yang berlaku dalam kehidupan kita sekarang ini. Saya tengok content saya itu bukan hinaan.

“Video tersebut secara tak langsung sebenarnya memberi didikan cuma golongan ini mungkin sensitif dengan sindiran dan mungkin juga mereka tak dapat beza antara sindiran dan hinaan. Bila kita memberi didikan atau kesedaran patutnya berterima kasih lah,” jelasnya.

ARTIKEL BERKAITAN:“Saya Cuba Beri Kesedaran, Mereka Patut Ucap Terima Kasih” -Ryzal Ibrahim Kekal Pendirian, Enggan Mohon Maaf Isu Hina B40

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 26 Sep 2018

李幸倪新歌《侘寂》玩命!被沙活埋数小时一度呼吸困难

Gin李幸倪为新曲《侘寂》远赴台湾取景拍摄MV!首次与著名导演陈映之合作的李幸倪,MV足足拍摄了24小时,行程艰苦非常。

Hiburan Mon, 27 Aug 2018

Ini Pesan Akim Ahmad Paling Win Buat Treehill Band

Akim dilihat memuat naik kenyataan berupa komen tersebut apabila lagu terbaharu ciptaannya berjudul Terbang telah berjaya mendapat lebih 700k tontonan dilaman Youtube sejak ia dilancarkan

Hiburan Wed, 27 Nov 2019

Dilabel Lembik, Isteri Da’i Farhan Minta Hormati Keputusan

Semoga semuanya baik-baik selepas ni…

Featured Tue, 14 Apr 2026

“Kalau Unlock, Saya Tolong Lock Kan! I Have Enough Problem I Don’t Need Another One” – Fatin Afeefa Tak Tahu ‘Password’ Telefon Suami 

Fatin Afeefa mendedahkan dirinya memilih untuk tidak mengetahui kata kunci telefon pintar suaminya, Aliff Awang atau lebih dikenali sebagai Opai.

Hiburan Mon, 10 Jul 2023

Elizad Terharu Tunku Permaisuri Agong Usap Perut Sambil Doa Kurnia Zuriat

Insya-Allah semoga ada rezeki buat Elizad dan suami ❤️

error: Content is protected !!