Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi July 10, 2023 @ 4:47pm

Elizad Terharu Tunku Permaisuri Agong Usap Perut Sambil Doa Kurnia Zuriat

Penyampai radio dan selebriti jelita, Elizad Sharifuddin berkongsi sebuah foto dan perbualan bersama Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah di Instagram miliknya.

Umum mengetahui, Elizad dan suaminya berusaha untuk menimang cahaya mata dengan menggunakan kaedah In vitro fertilisation (IVF).

Menerusi hantaran tersebut, Elizad meluahkan rasa terharu apabila Tunku Azizah mendoakannya dikurniakan zuriat setelah lapan tahun menanti kehadiran cahaya mata.

“Elizad , saya baru balik dari Haji ni (sambil usap perut kita). Insya-Allah, ada rezekinya nanti mengandung. Ikhtiar lagi,” kata Tunku.

Dalam muat naik sama, Elizad mengucapkan terima kasih kepada beliau atas sikap prihatinnya dan sokongan sejak dulu lagi.

“I’m so touched. Gembira, terharu, happy semua ada. Terima kasih Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah atas keprihatinan dan doa dari Tuanku yang tak henti-henti dari dulu lagi,” katanya.

ud

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata rakan selebriti membanjiri komen tersebut dengan mendoakan hasratnya itu.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Wed, 18 May 2022
Trending Wed, 25 Jul 2018

Tuduhan Gugur, Ratu Naga Kini Bebas!

Ratu Naga dilepas dan dibebaskan daripada tuduhan menghantar komen yang menghina bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menerusi laman sosial, Facebook, tiga tahun lalu.

Hiburan Thu, 21 Aug 2025
Selebriti Tue, 26 Mar 2024

Isu Artis Veteran Pukul Abang Ipar, Pengurus Sahkan Shidee Direman Polis… Kes Masih Dalam Siasatan

Saya mohon orang luar tidak membuat sebarang spekulasi kerana ia hanya akan mengeruhkan lagi keadaan – Pengurus

Trending Hari Ini Tue, 2 Jun 2020
Trending Sat, 19 Dec 2020
error: Content is protected !!