Euforia Bola 2026
Hiburan By: Atiqah Johari June 1, 2023 @ 8:33pm

“Malam Jumaat Clubbing Tak Anxiety Pulak” – Luah Rasa Bengang, Lana Nodin Sindir Siapa?

Pelakon Lana Nodin meluahkan rasa berangnya apabila bayaran yang diterimanya tidak setimpal dengan usaha yang diberikan bagi sebuah penggambaran.

Malah, memetik temubual Melodi, Lana didakwa ‘demand’ dan dia tampil mempertahankan dirinya.

“Siapa-siapa kalau di tempat I akan bising jugak. Kita dah berlakon dalam industri dah berapa puluh tahun, pusing-pusing dekat situ jugak. Industri tak pernah berubah termasuklah payment.

“Bila you kata I ni sendu, I ni demand it is about work… ini yang terjadi. Sepatutnya kau kena hormat pelakon yang lama. Dua juta ke aku demand?

“Masa I buat comeback I dah empat tahun tak berlakon. This is my exposure untuk my business and I don’t mind tapi kalau dia war-warkan kat orang macam ini macam ini… kau kenalah das-das dengan aku.

“Nanti aku cerita pulak macam mana kau bayar aku. Kalau kau tak ada duit kau jangan. Kau nak artis bagus suruh orang promote tapi kau bayar ciput.

“Kau nak suruh artis masuk Instagram, baju kau tak nak cari… kau bayarlah dengan setimpal. Bila orang cakap kau kata demand, apa yang kita demand? Tak ada pun belas-belas ribu lah. Tak sampai pun!,” jelasnya.

Bukan itu sahaja, Lana juga menjelaskan mengapa dia tidak hadir pada hari terakhir penggambaran dan akui kecewa dengan sikap individu tersebut.

“Itu tak sign contract. Kau nak bergaduh dengan aku padahal itu last day aku untuk shot besar, kau silaplah. Sepatutnya kau sebagai seorang yang berpengalaman habiskan aku punya job dulu pastu kau nak kutuk aku, bising dekat aku , mengata aku ke punya pasal. Aku pun puas hati scene aku dah habis.

“Bukan pasal duit tau, pasal effort aku. Aku give 200%. Bila kau buat sambalewa aku kecewalah. Last minute tu kau buat perangai, kau boleh pulak upload dalam Instagram… kau perli-perli. Aku terus call ‘apa masalah? Kau tahu tak harini scene aku? Kalau kau buat macam ni kau ingat aku ada mood nak datang shooting? Ini budak-budaklah’

“Kalau aku datang terbalik meja. Jangan sampai ke telinga I, kalau sampai telinga I…I senang je angkat telefon. Jangan main api dengan I. I will pick my battle if I will. Dia jolok sarang tebuan, bila aku dah menyengat pastu kau menggelupur.

“Belum aku bagi surat lawyer lagi. Kalau you buat hal dengan I suruh I tunggu set lama-lama memang kena lah tak payah director, aku sendiri sound.

“Aku ada anak kalau boleh nak cepat scene habis bukannya untuk tunggu kau anxiety lah. Malam jumaat kau pergi clubbing pulak tak anxiety pulak. Bila weekend je kau anxiety. Biarlah siapa makan cili,” kongsinya lagi.

Walaubagaimanapun, Lana tidak mendedahkan identiti atau memetik nama individu yang membuatnya bengang.

Sumber: MelodiTV3

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Filem Sun, 3 May 2026

Filem Pewaris Susuk Angkat Kepercayaan Lama, Seram Yang Dekat Dengan Realiti Masyarakat!

Mula ditayangkan pada 30 April lalu, perhatian penonton tertumpu kepada cara filem seram Pewaris Susuk mengangkat unsur budaya dan kepercayaan tradisional sebagai teras utama penceritaan.

Trending Sat, 12 Jan 2019

择定开工吉日!也要懂得开工开运秘笈~

当我们确定了开工的吉日后,那么在开工当天又应该要做好什么准备呢?

Hiburan Thu, 18 Jan 2024
Trending Fri, 6 Sep 2019

29 Kek Di Terima Agong Sempena Hari Keputeraan

Sebelum beredar Pasangan diraja sempat meluangkan masa & ucapan terima kasih kepada semua yang mengambil bahagian.

Featured Sun, 4 Sep 2022

Terlibat Dalam Kemalangan Jalan Raya, Ikmal Amry Sekeluarga Syukur Terselamat

Ikmal Amry dan keluarga terlibat dalam kemalangan

Trending Mon, 14 Jun 2021

Achey Simpan Hasrat Beraksi Di Pentas AJL

Pelawak dan penyanyi, Achey menyimpan hasrat agar suatu hari nanti dia dapat berkaksi di pentas pertandingan nyanyian seperti Anugerah Juara Lagu (AJL). Terkenal dengan lagu Yang Terindah dan Sakit, Achey kini muncul dengan single baru […]

Hiburan Mon, 17 Sep 2018

Munafik 2 Kutip RM 40 Juta, Syamsul Yusof Terus Demam Terkejut?

Pengarah berbakat besar ini bersyukur dan berharap mesej filem ini sampai dan menjadi inspirasi kepada pendakwah di luar sana. Alhamdulillah…

error: Content is protected !!