Euforia Bola 2026
Featured By: Khairil Khusyairi May 30, 2023 @ 5:22pm

Isu Video Bergelek Sakan Di Atas Pentas, Ifa Raziah Mohon Maaf Kepada Kerajaan Negeri Melaka – “Gerak Tari Pelaku Luar Kawalan Kami”

Hangat di media sosial apabila sebuah rakaman video aksi gelek yang berlaku ketika acara Starvendor yang berlangsung di Melaka, baru-baru ini tular dalam kalangan pengguna internet dan menarik perhatian ramai.

Perkongsian tersebut menerima kecaman hebat netizen dek kerana aksi tarian gelek yang keterlaluan serta pemakaian busana yang didakwa mencolok mata.

Terkini, Ifa Raziah selaku CEO Star Vendors Event Sdn Bhd tampil membuat permohonan maaf kepada Kerajaan Negeri Melaka dan seluruh rakyat Malaysia berkaitan video yang tidak sopan tersebut.

“Insiden tersebut adalah tidak disengajakan dan ia berlaku tanpa pengetahuan pihak Starvendors. Segala gerak tari oleh pelaku diatas pentas adalah diluar kawalan kami.

“Untuk pengetahuan semua, mereka tiada kaitan mahupun mewakili sarikat kami. Oleh itu dengan rasa rendah diri, kami ingin memohon maaf secara terbuka kepada Kerajaan Negeri Melaka dan seluruh rakyat Malaysia khususnya, diatas kekhilafan yang berlaku.

“Pihak kami akan mengambil perhatian sewajarnya atas aduan ini dan komited untuk memastikan perkara ini tidak berulang lagi di masa hadapan.

“Kami sangat berterima kasih diatas teguran yang berikan kepada kami. lanya sebuah teguran yang sangat baik untuk kami ambil perhatian.

“Sesungguhnya kami amat menyesali apa yang telah berlaku dan kami memohon maaf kepada semua pihak yang terkesan dengan isu ini,” tulis penganjur dalam sebuah kenyataan.

Bagaimanapun, pihak penganjur turut memaklumkan mereka telah dihubungi oleh pihak Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) susulah terdapat aduan daripada orang awam.

“Kami telah dihubungi pihak Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) susulan aduan orang awam kepada pihak JAIM berkaitan tarian tidak sopan dan menjolok mata di pentas StarVendors Foodstival Melaka 2023 yang berlangsung baru-baru ini.

“Kami telah menjelaskan kepada pihak JAIM bagaimana insiden ini telah teriadi,” maklum penganjur.

Lebih panas, isu tidak sopan itu turut mendapat perhatian pihak tertinggi Kerajaan Negeri Melaka selepas Exco Pelancongan, Warisan, Seni dan Kebudayaan Negeri Melaka, Yang Berhormat Datuk Abdul Razak Abdul Rahman meluahkan rasa kesal dengan kejadian tersebut.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 20 Mar 2024

“Kami Memaafkan Semua Yang Terlalu Taksub Pada Manusia Yang Belum Pasti Kebenarannya” – Ibu Aliff Aziz

Kesian dekat ibu Aliff Aziz sampai ahli keluarga yang dah tak ada dimaki

Hiburan Sat, 29 Sep 2018

MATA Menang Lagu Terbaik APM 2018, Ayda Jebat Terkejut Sampai Tersalah Cakap?

Ini merupakan anugerah pertama untuk kategori ini yang pernah saya dapat. Saya percaya muzik yang bagus boleh diterima di mana saja walaupun bukan di Malaysia.

Hiburan Tue, 24 Sep 2024
Hiburan Sun, 4 Aug 2019

刘思延自创「失恋疗愈套餐」813首播单曲 《海滩上的字》

Suzanne刘思延揪心单曲 《海滩上的字》8月13日起首播,蜜糖吐司初体验,女汉子粉红心大爆发自创「失恋疗愈套餐」!

Kisah Viral Fri, 8 May 2020
error: Content is protected !!