Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi September 24, 2024 @ 12:03pm

“Saya Ajar Banduan Mengaji” – Hidup Gelap 21 Hari Dalam Penjara, Da’i Syed Syukur Dapat Berdakwah.. Janji Bangunkan Semula Kerjaya

Pendakwah bebas sensasi, Da’i Syed meluahkan rasa syukur apabila dapat menyebarkan dakwah kepada banduan-banduan lain sepanjang 21 hari meringkuk di dalam penjara.

Ketika ditemui XTRA, Syed yang hadir ke Mahkamah Tinggi Shah Alam dalam keadaan kurang sihat itu tidak menafikan pengalaman dipenjarakan digambarkan sebagai satu kehidupan yang gelap dan pahit buatnya.

“Alhamdulillah, syukur pada Allah. Pertama kali masuk penjara, tak dinafikan agak pahit dan kehidupan saya gelap.

“Kesihatan saya baik-baik sahaja. Cuma hari ini tak sihat, demam dan ada ulcer jadi tak boleh cakap banyak,” katanya.

Mengulas lebih lanjut, bapa anak satu ini turut mendedahkan dia berkesempatan untuk mengajar ilmu agama seperti mengaji dan menyambut Maulidur Rasul bersama banduan yang lain.

“Layanan mereka semua okay, Alhamdulillah. Semasa di dalam penjara saya dapat menyebarkan dakwah, diberi kesempatan untuk kongsi ilmu agama, ajar banduan lain mengaji.. dan sambut Maulidur Rasul. Saya juga dapat mengenalkan banduan tentang Nabi dan Rasul,” ujarnya lagi.

Meskipun begitu, Syed bagaimanapun mengakui ujian yang menimpanya kini memberi kesan mendalam terhadap kerjanya.

“Saya akan cuba bangunkan semula kerjaya saya dan lakukan apa yang boleh untuk menyara keluarga,” tuturnya lagi.

@xtra_my

Replying to @@AmyAbuBakar Gelap Hidup Saya – Daie Syed #fyp #xtra #daiesyed #tuduhan #kes #mahkamah #beritaditiktok #sembangentertainment

♬ original sound – XTRA – XTRA

Mahkamah Tinggi Shah Alam menetapkan tarikh 5 November ini bagi sebutan semula pelupusan kes rogol membabitkan pendakwah bebas, Da’i Syed.

Perkara tersebut dimaklumkan oleh peguam mewakili Da’i Syed, Datuk Abu Bakar Hj Isa Rahmat yang menjelaskan, anak guamnya itu dilepaskan untuk sementara waktu sehingga menunggu keputusan pelupusan kes oleh Mahkamah.

Pada pagi Selasa, Da’i Syed hadir ke Mahkamah Tinggi Shah Alam bagi sebutan kes pelupusan rayuan atas kesalahan merogol seorang wanita, lima tahun lalu di sebuah kondomonium.

Sebelum ini, Da’i Syed atau nama lengkapnya, Syed Shah Iqmal Syed Mohd Shaiful dibebaskan selepas 21 hari meringkuk dalam penjara.

Pada 30 Ogos, Syed dijatuhi hukuman penjara 10 tahun dan tiga sebatan oleh Mahkamah Sesyen atas dakwaan tersebut.

Pada 10 Disember 2020, Syed mengaku tidak bersalah atas pertuduhan merogol mangsa yang ketika kejadian berusia 23 tahun dalam bilik di sebuah kondomonium di I-City, Seksyen 7 pada 11 September 2019.

Artikel Berkaitan: Dibebaskan Sementara, Mahkamah Tinggi Menetapkan 5 November Sebutan Semula Pelupusan Kes Rogol Da’i Syed

Artikel Berkaitan: Dihenyak Bertubi-Tubi Dengan Kecaman Netizen, Hana Ismail Reda… Anggap Penagguhan Kes Suami sebagai ‘Pinjaman’ Masa – “Allah Maha Baik”

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Mon, 22 Oct 2018

Al- Fatihah…Chef Boe Sudah Tiada

Bagi penggemar hidangan barat Station 21 Sizzling Steak Bangsar, berita ini mungkin mengejutkan anda!

Featured Fri, 27 Oct 2023
Featured Wed, 11 Jan 2023

“Keputusan Bercerai Atau Tidak Selepas Balik Umrah” – Isteri Shuk Sahar

Shuk tunai umrah dengan Sera… moga yang baik-baik saja

Hiburan Sun, 15 Apr 2018

Keluar Bersama Tak Bermaksud Kami Bercinta – Neelofa

Saya akan menyokong sesiapa yang berusaha. Apabila Neelofa datang kepada saya bersama idea mengenai kempen ini, saya memberitahunya, kenapa tak buat? Saya hanya membantu Neelofa untuk merealisasikan kempen ini. Baguslah kalau begitu, bantu membantu antara satu sama lain.

Hiburan Mon, 6 Aug 2018

霍别三年Kenny G 1111重返云顶开演奏会

国际萨克斯风演奏家肯尼·基(Kenny G)霍别大马舞台三年,即将于11月11日,晚上8点30分,率领专属团队重返云顶云星剧场开办个人演奏会!

Hiburan Wed, 25 Apr 2018

Victor李俊颉全新单曲延迟推出让路投票日

Victor李俊颉阔别6年再推单曲就撞上全国大选投票日,因而决定展延单曲推出的计划,待履行公民责任后再推出。

Featured Tue, 21 Dec 2021

Finalis Lagu Cinta Kita 3 Bakal Bawa Kejutan Di Pentas Akhir

Pada Ahad yang lalu, kita sudah menyaksikan empat pasangan Lagu Cinta Kita 3 (LCK3) berjaya mara ke pentas akhir yang akan berlangsung 26 Disember ini. Empat pasangan yang akan beraksi di pentas akhir nanti ialah […]

error: Content is protected !!