Euforia Bola 2026
Hiburan By: Izzi Farhana May 31, 2023 @ 6:34pm

Cuba Seimbangkan Aktiviti Seni, Shiha Zikir Gembira Rezeki Dalam Bidang Pengacaraan Tak Putus-Putus

Selebriti serba boleh, Shiha Zikir cuba untuk menyeimbangkan fokus dalam bidang lakonan, nyanyian dan pengacaraan.

Biarpun baru sahaja muncul dengan dua single terbaharu berjudul Kalam dan Tusuk, pemilik nama Nurshiha Mohd Zikir ini turut sibuk sebagai pengacara.

Kini, wajah jelita wanita kelahiran Pulau Pinang ini akan menghiasi program I Can See Your Voice musim ke-6 di TV3 serta program Mic On Selebriti yang sedang bersiaran di Awesome TV.

“Syukur, kini saya sedang sibuk dengan bidang pengacaraan. Alhamdulillah rezeki dalam bidang ini tidak putus-putus. Begitu juga dengan bidang nyanyian dan lakonan.

“Setakat ini, saya akan cuba seimbangkan tawaran yang mendatang. Penat memang penat, tetapi saya gembira kerana saya melakukan perkara yang saya suka.

“Apa yang penting, hasil dan kualiti kerja yang saya berikan. Saya mahu memberikan yang terbaik dalam setiap tugas yang saya galas.

“Terima kasih kepada semua pihak yang memberi kerjasama dan percaya dengan kebolehan Shiha Zikir. Amanah yang anda berikan tidak akan saya sia-siakan, Insya-Allah,” kata penyanyi berusia 35 tahun ini.

Dalam pada itu, Shiha juga tidak melupakan perniagaannya yang mendapat respons positif orang ramai.

“Sibuk memang sibuk, tetapi saya tak lupa dengan bisnes Shiha Zikir Nasi Ayam. Kalau saya tidak ada sebarang aktiviti seni, sudah pasti saya akan ke restoran dan meluangkan masa di sana.

“Syukur kerana setakat ini, saya mendapat banyak respons baik dan maklum balas positif pelanggan yang datang menjamu selera. Apa yang penting, saya mahu peminat dan pelanggan yang datang ke sana pulang dengan seyuman,” katanya lagi.

Jangan lupa saksikan program I Can See Your Voice musim ke-6 yang dihoskan bersama Izzue Islam bermula Ahad ini, 4 Jun, jam 9 malam di TV3 dan Mic On Selebriti yang menggandingkan Shiha bersama Jaa Suzuran setiap Sabtu, jam 9 malam di Awesome TV.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Wed, 20 May 2020
Hiburan Mon, 14 Oct 2019

Asyik Kena Buli Je, Haneesya Lancar Kempen…

Kes buli dah umpama barah dalam masyarakat. Sampai bila??

Hiburan Wed, 11 Dec 2019

Intan Najuwa Bengang Dengan Netizen!

Jaga tepi kain sendiri dah lah ye!

#tilljannah Sat, 29 Oct 2022

“Dia Terima Aku Seadanya…” – Intan Saleh Syukur Dipertemukan Dengan Pasangan Baik

Sebelum ini, usahawan dan personaliti media sosial, Intan Saleh pernah berdepan dengan peristiwa hitam dalam hidupnya apabila perkahwinan terdahulu tidak kekal lama. Namun, setelah tiga tahun bergelar ibu tunggal, Intan berjumpa dengan pelengkap hidup baru […]

Featured Thu, 31 May 2018
Hiburan Tue, 1 Mar 2022

Pernah Meledak Dengan Pulang, Insomniacks Tak Letak Strategi Untuk Single ‘Sempurna’… Kini Berada Di Kedudukan No 1 Carta RIM!

Kumpulan Imsomniacks yang dianggotai oleh Iqie, Iskandar, Daniel dan Gavin kini muncul dengan single terbaharu berjudul Sempurna. Sempurna yang mengisahkan mengenai perasaan seseorang saat kehilangan sesuatu yang dianggap sempurna ini ditulis oleh keempat-empat ahli kumpulan […]

Trending Mon, 25 Feb 2019
error: Content is protected !!