Hiburan By: Izzi Farhana June 1, 2023 @ 9:38am

Ejen Ali, Pameran Anime & Pameran Kereta Fast X, Mewarnai Sambutan UlangTahun TV3 Ke-39!

Saluran TV No.1 Negara TV3 menyambut ulang tahun ke-39 pada 1 Jun 2023. Sejak mula beroperasi pada tahun 1984, TV3 Sentiasa Bersamamu dalam apa jua keadaan dan menjadi rujukan berita dan info terkini, peneman dalam suka dan duka, sumber inspirasi serta hub hiburan yang menceriakan hidup rakyat Malaysia selama 39 tahun. Khas buat penonton setia, TV3 bakal membawakan pelbagai program dan aktiviti menarik sepanjang bulan Jun!

Sambutan ulang tahun TV3 ke-39 bakal bermula di Karnival Jom Heboh Selangor Generasi Muda yang bakal berlangsung selama tiga hari di Dataran Karnival Stadium Shah Alam bermula 2 Jun hingga 4 Jun 2023 dari pukul 9.00 pagi! Penonton TV3 berpeluang untuk berkunjung ke pameran Anime dan pertandingan Cosplay, pameran eksklusif kereta Fast X, penampilan maskot Ejen Ali, Mina Mila dan Little Ammar serta dapatkan cenderahati eksklusif ulang tahun TV3 ke-39 dengan kolaborasi khas bersama Alha Alfa (gincu) dan Ameera Zaini (tudung).

Ejen Ali, siri animasi yang menjadi penanda aras di industri animasi negara meraikan ulang tahun TV3 ke-39 dengan siri terbaharunya, Ejen Ali Musim 3 bermula 25 Jun 2023, setiap hari Ahad, pukul 11.00 pagi. Bagi peminat tegar Ejen Ali, pastikan anda tidak ketinggalan untuk menonton semula Ejen Ali musim 1 dan 2 yang akan bersiaran setiap hari pukul 11.00 pagi bermula 30 Mei 2023 sebelum siaran musim 3.

Ejen Ali Musim 3 mengisahkan Ejen Ali dan rakan-rakannya Ejen muda dari Akademi MATA disatukan semula dalam sebuah pertandingan rahsia di Arena MATA. Pertandingan ini turut disertai oleh beberapa orang rekrut Akademi MATA yang dilatih oleh agensi perisik antarabangsa. Ali tekad untuk mengikuti jejak langkah ibunya untuk menjadi seorang Ejen MATA yang hebat, namun pelbagai halangan terpaksa diharunginya setelah dipisahkan dari gajet IRIS. Sementara itu, Ejen Rizwan kembali untuk membongkar ancaman baharu yang berpotensi menjatuhkan bandaraya Cyberaya.

Pada 1 Jun 2023, Istimewa Tanyalah Ustaz bermula 6.30 pagi akan membuat bacaan selawat, zikir & doa selamat bersama Ustaz Fakhrulradhi dan para pelajar tahfiz. Episod ini bakal mengupas tajuk Sentiasa Bersamamu bersama 2 panelis Ustaz Elyas Ismail serta Ustaz Jafri Abu Bakar dan dihoskan oleh Da’i Hadhari dan Da’i Aiman.

Malaysia Hari Ini (MHI) dan Wanita Hari Ini (WHI) menampilkan topik khas bersempena dengan sambutan ulang tahun TV3 ke-39 pada 1 Jun 2023. MHI bakal membincangkan tentang kerjaya di dunia animasi yang dilihat sangat berpotensi pada masa kini. Ikuti temu bual bersama Lukman Nul Hakim, seorang juru animasi Malaysia yang telah menghasilkan Alif & Sofia. Beliau bakal berbincang tentang pemilihan jurusan pereka grafik dan multimedia, kreativiti, kemahiran dan pengetahuan untuk menjadi seorang profesional di industri animasi. MHI juga menyelami jiwa dan hati peminat yang gemar membuat koleksi animasi unik. Ikuti perkongsian mereka tentang dunia anime yang berwarna – warni dan barangan koleksi anime yang bercorak terang dan berani.

Wanita Hari Ini (WHI) akan memaparkan topik-topik menarik seperti demonstrasi solekan khas Anime oleh Noor Hayati, iaitu juru solek khas, dekorasi kek ulang tahun TV3 yang bertemakan Anime dan juga perkongsian dari pencinta Cosplay mengenai minat mereka serta penampilan khas pasangan yang memilih konsep Anime sebagai tema persandingan.
Bersempena dengan tayangan filem terbaharu “Fast X’, TV3 membawakan Furious 7 pada 2 Jun 2023 (Jumaat), pukul 10.00 malam. Furious 7 menampilkan Vin Diesel, Paul Walker, Jason Statham dan Michelle Rodriguez sebagai teraju utama mengisahkan Dominic dan keluarganya terperangkap dalam haru biru apabila abang Shaw menuntut balas dendam. Mereka bukan saja perlu berhadapan dengan musuh ketat tetapi mereka juga perlu menyelamatkan satu program penting daripada jatuh ke tangan yang salah.

Drama Bonanza meraikan ulang tahun TV3 dengan menyajikan drama – drama bersiri popular di Malaysia seperti Lestary: Diva Seroja (Puteri Balqis, Harissa Adlyn, Amanda Tan, Kashika Selvan, Amira Syahira, Fasha Sandha), Akasia: Bukan Hanya Sekadar Cinta (Ismail Izzani, Sofia Dendroff, Muaz Zabir), Samarinda: Malam Zulaikha (Adam Lee, Sweet Qismina) dan Sakura: Kampung Mat Saleh (Aiman Nasir Wynne, Nelissa Nizam)

Lestary: Diva Seroja yang bakal bersiaran selama 13 episod bermula 9 Jun 2023, setiap Khamis hingga Sabtu, pukul 9.00 malam menampilkan pelakon – pelakon tanah air popular seperti Puteri Balqis, Harissa Adlyn, Amanda Tan, Kashika Selvan, Amira Syahira dan Fasha Sandha. Lebih istimewa, poster drama juga mempunyai versi Anime yang menepati konsep sambutan ulang tahun TV3 ke-39. Lestary: Diva Seroja mengisahkah sekumpulan pelajar Tingkatan 4 di sekolah swasta Sri Seroja yang dikenali sebagai geng Ratu Emoji. Mereka juga sangat aktif dalam aplikasi ‘Besties’. Guru mereka, Cikgu Suzila pula berhasrat untuk mengembalikan kegemilangan kelab kebudayaan yang terkenal dengan persembahan tarian tradisional Melayu. Jadi, Cikgu Suzila ingin memujuk geng Ratu Emoji untuk menyertainya.

I Can See Your Voice Malaysia 6 (ICSYVMY6) mengajak anda sekeluarga menjadi penyiasat pada setiap hari Ahad, pukul 9.00 malam bermula 4 Jun 2023! ICSYVMY6 yang dihoskan oleh Izzue Islam dan Shiha Zikir bakal menceriakan hujung minggu anda dengan pelbagai gelagat yang pasti menghiburkan dari panel penyiasat tetap yang terdiri daripada pelakon, penyanyi dan pelawak terkenal tanah air iaitu Jihan Muse, Khir Rahman, Baby Shima dan Ropie. Bersiaran selama 11 episod, artis jemputan perlu mengenal pasti dan membuat keputusan untuk menyingkirkan penyamar dalam kalangan 6 penyanyi misteri. Berjayakah artis jemputan mendapatkan penyanyi sebenar di penghujung rancangan?

Melodi, program infotainment paling sensasi di Malaysia, menampilkan segmen istimewa sepanjang bulan Jun, setiap Ahad, 12.30 tengah hari. Nantikan kemunculan Ejen Ali, temubual dengan salah seorang fanatik anime dan juga perkongsian selebriti terkenal tentang dunia Anime.

Majalah 3 pula membawakan kisah Fantastika Dunia Animasi pada 5 Jun 2023, pukul 9.00 malam dan akan mengupas tentang budaya Cosplay yang menjadi fenomena besar berdekad bukan saja di negara Jepun dan sangat popular dalam golongan remaja dan dewasa di serata dunia.

Platform penstriman Tonton juga menyediakan program animasi premium Jepun menerusi saluran ANIMAX. Peminat animasi Jepun dapat menyaksikan siri animasi popular seperti Tokyo Revenger, Horimiya dan banyak lagi. Selain itu, drama bersiri sensasi Perempuan Itu lakonan Mimi Lana dan Siti Hariesa juga dapat disaksikan bermula 1 Jun 2023. Drama ini mengisahkan Khalish yang bercita-cita untuk menjadi seorang peguam Syariah demi membantu dan menyokong hak pemerkasaan wanita. Khalish telah dijodohkan dengan Tengku Emir yang merupakan anak kepada kawan rapat keluarganya. Dapatkah Khalish mempertahankan hubungannya bersama Tengku Emir setelah mendapat tahu suaminya mempunyai kekasih gelap?

Di platform media sosial rasmi TV3, nantikan kandungan istimewa yang berkolaborasi dengan keluarga selebriti Sharifah Shahira, dan juga Son of A Policemen yang menghasilkan lagu medley daripada OST Ejen Ali dan Anime yang popular. Jangan ketinggalan untuk menggunakan filter animasi khas di Tik Tok dan Instagram untuk memeriahkan lagi sambutan ulang tahun TV3 ke-39.

Untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini tentang program TV3, layari https://www.xtra.com.my/ dan ikuti laman media sosial rasmi Facebook, Instagram & Twitter di @TV3Malaysia serta TikTok @TV3MalaysiaOfficial. Gunakan #TV3SentiasaBersamamu untuk menghangatkan perbualan tentang sambutan ulang tahun TV3 ke-39 di laman sosial media sepanjang bulan Jun ini.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 2 Dec 2022

Kongsi Perjalanan Perit, Meerqeen Dedah Pernah Bergaduh Dengan Bapa – “Sekarang, Dia Penyokong Utama Saya”

Rupa-rupanya complicated perjalanan Meerqeen sebelum masuk industri seni 😢 Min sebak jap bila ayah Meerqeen akhirnya bangga dengan anak dia ni 😭😭 Fly High, Meerqeen!

Events Sat, 18 Jan 2020

甘家旗扮「财神爷」吃尽苦头!直呼从影以来献出很多第一次

甘家旗从影多年以来献出很多荧幕第一次,直呼扮「财神爷」不易且吃尽苦头!

Hiburan Sat, 22 Sep 2018

Raja Ema Kekalkan Konsep ‘Manja’ Dalam Single Terbaru

Raja Ema memilih merakamkan lagu berkonsep ‘manja’ walaupun usia sudah mencecah 50 tahun. Masih comel & awet muda gitu…

Hiburan Mon, 6 Nov 2023
Hiburan Sat, 23 Feb 2019