Euforia Bola 2026
#BabyXTRA By: Aqilah Paharuzi June 2, 2023 @ 5:00pm

#BabyXTRA: Suka Berpantang Cara Tradisional Melayu, Maryam YouNarae Belajar Urus Anak Dari Youtube!

Berasal dari Korea Selatan, personaliti media sosial Maryam YouNarae atau lebih dikenali sebagai Maryam Durian Kimchi tetap memilih untuk berpantang secara tradisional. 

Menerusi segmen #BabyXTRA minggu ini, isteri kepada YouTuber popular DurianKimchi iaitu Ryzal Ibrahim berkongsi pengalaman mengandung anak pertamanya, Rina. 

Morning Sickness Sampai 7 Bulan Mengandung!

Maryam berkata dia mengalami morning sickness yang teruk sehingga usia kandungan mencecah tujuh bulan. 

“Saya tak boleh makan apa-apa. Hanya boleh makan ubi rebus, nasi dengan rumpai laut. Kepala pening dan tak boleh bangun. 

“Satu hari Ryzal nak makan nasi kukus jadi dia bungkus. Bau sangat kuat dalam kereta, saya muntah sampai rumah,” katanya. 

Berpantang Cara Tradisional – Maryam Approved! 

Budaya yang berbeza tidak menjadi penghalang buat Maryam untuk jatuh hati dengan menjalani pantang kaedah tradisional. 

Katanya, Maryam juga memperkenalkan berpantang cara tradisional kepada rakan-rakannya di Korea. 

“Saya suka berpantang cara tradisional, sangat menyeronokkan. Saya bertungku, mengurut, mandi herba dan makan makanan pantang. 

“Saya dipantau oleh pakar berpantang yang datang ke rumah kami ketika itu,” ujarnya. 

Maryam Kekok Urus Anak, Belajar Di YouTube!

Tidak mengambil kelas keibuan, Maryam bagaimanapun mengakui sedikit kekok dalam menguruskan anaknya di awal bulan. 

“Setiap maklumat tentang penjagaan anak saya ambil dari rakan-rakan dan YouTube. Selepas bersalinkan Rina, saya tak boleh tukar pampers dia.

“Saya jadi risau sebab bayi terlalu lembut. Tetapi selepas Rina sebulan saya slowly boleh urus anak saya,” tuturnya. 

Tak Lari Dari Depresi, Maryam Syukur Suami Setia Disisi

Berjauhan dengan keluarga di Korea Selatan semestinya tidak mudah buat Maryam yang mengakui diserang gangguan depresi sebelum dan selepas bersalin.

“Sebelum bersalin mood saya selalu turun naik. Tetapi selepas bersalin, hormon saya berubah dan menjadi lebih teruk. Saya ada depresi. Bila tengok Rina saya jadi happy, tapi bila tak tengok saya jadi depresi semula. 

“Saya tak ada family dan rakan-rakan. Saya seorang saja lalui semua.. Ryzal banyak bantu buatkan saya happy, bawa saya keluar…” katanya lagi.

Ketika disoal mengenai perancangan untuk menambah cahaya mata, Maryam mendedahkan dirinya mengalami keguguran anak kedua. 

ARTIKEL BERKAITAN: Maryam Durian Kimchi Keguguran Anak Kedua – “Kami Percaya Dengan Takdir & Perancangan Allah…”

Sekadar info, Ryzal dan Maryam mendirikan rumah tangga pada 2019, dan hasil perkahwinan mereka dikurniakan seorang cahaya mata, Rina pada Oktober 2021.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Tue, 2 Dec 2025

Indah Ruhaila Hamil Anak Pertama Selepas 8 Tahun Menanti

Penyanyi Indah Ruhaila berkongsi khabar gembira apabila memaklumkan dia akhirnya hamil anak pertama selepas lapan tahun penantian.

Hiburan Wed, 20 Aug 2025
Hiburan Thu, 23 Jun 2022
Selebriti Wed, 18 Mar 2026

Chef Riz Kembangkan Kerjaya Kulinari Dengan Restoran Baharu

Chef Riz terus mengorak langkah dalam dunia kulinari.

Trending Wed, 7 Apr 2021

Tak Ada Rezeki Timang Anak Ke-3, Syatilla Melvin Keguguran

Pelakon dan usahawan Syatilla Melvin mendedahkan dia baru sahaja mengalami keguguran. Menurut Syatilla atau nama sebenarnya Siti Nur Syatilla Amirol Melvin, 30, dia menerima pekhabaran terbabit ketika membuat pemeriksaan kehamilan semalam. “Sebenarnya saya baru tahu […]

Featured Sun, 22 Aug 2021

“Saman Artis Membazir, Ni Bukan Zaman Sekolah Nak Gaduh”- Shila Amzah

Penyanyi, Shila Amzah meluahkan pandangannya berikutan isu melibatkan kes saman antara selebriti yang kini hangat diperkatakan di media sosial. Menerusi laman Instagramnya, Shila berkongsi pandangannya dengan mengatakan perkara tersebut hanya membuang waktu dan wang ringgit. […]

Hiburan Mon, 27 Feb 2023
Trending Tue, 16 Jul 2019

研究证实:接吻能「帮女生减肥」、越亲人越美

研究证实:亲吻既能展现亲密,又能让身体健康,不要吝啬亲你的另一半啊~

error: Content is protected !!