Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi June 6, 2023 @ 11:23am

Disamakan Dengan Nobita? Ismail Izzani Tak Kecil Hati – “Saya Rasa Bangga Sebab…”

Penyanyi, Ismail Izzani mengakui tidak mudah untuk menjalankan tanggungjawab sebagai watak utama dalam drama rantaian Bukan Hanya Sekadar Cinta arahan Datuk A. Aida.

Drama yang kini telah disiarkan di slot Akasia TV3 itu mendapat pelbagai respons kurang menyenangkan oleh penonton sehingga menyamakan Ismail seperti watak Nobita dalam siri animasi, Doraemon.

Pelantun lagu Sabar itu bagaimanapun tidak memandang komen tersebut sebagai satu perkara yang serius, malah bersikap terbuka terhadap segala tohmahan yang diterimanya.

Bidang lakonan bukanlah tujuannya berkecimpung dalam industri seni, namun jelas Ismail dia berasa bangga kerana berani mengambil cabaran dan keluar dari zon selesa.

“Ini pertama kali saya memegang watak utama dalam sebuah drama, satu tanggungjawab yang besar.

“Saya dah bersedia untuk mendengar segala komen netizen. Ada yang kata muka saya tak sesuai berlakon watak Hero, dan samakan dengan Nobita.

“Nobita itu adalah watak utama dalam drama animasi popular Doraemon. Bila orang tengok drama saya teringat Nobita, saya rasa bangga.

“Saya tidak terluka apabila menerima komen seperti itu sebab saya pernah dapat komen yang lebih teruk lagi.

“Saya sejujurnya tidak memandang perkara tersebut terlalu serius dan ambil perkara positif. Saya sudah cuba yang terbaik, dan berlakon bukan cabang seni kegemaran saya.

“Saya adalah seorang penyanyi yang berani mengambil cabaran untuk memegang watak utama. Apa yang saya boleh katakan, saya dah cuba yang terbaik hasil pertolongan rakan-rakan artis,” katanya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by @ismailizzani_

Ismail ketika ditemui di Karnival Jom Heboh di Perkarangan Stadium Shah Alam baru-baru ini berkata ibunya memberi sokongan dan dorongan penuh untuk berkecimpung dalam lakonan.

“Saya dah setahun tak aktif di mana-mana platform dan masuk televisyen. Pada awalnya memang tak berani, tapi atas pujukan mama saya cuba juga,” ujarnya.

Selain Ismail sebagai teraju utama, drama Bukan Hanya Sekadar Cinta turut menampilkan pelakon dari Singapura, Sofia Dendroff dan dibantu Muaz Zabir, Daniella Sya, Syamim Farid dan Liza Abdullah.

Drama 28 episod terbitan A Aida Production Sdn Bhd itu ditayangkan setiap Isnin hingga Jumaat pada jam 7 petang, mulai 24 Mei lalu.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Fri, 27 Jul 2018

Ini Sebab Kenapa Zahirah McWilson Tolak Watak Antagonis

Pelakon Zahirah Macwilson menolak untuk melakonkan watak antagonis kerana takut dibenci penonton….

Hiburan Sat, 29 Dec 2018

‘ Kalau Saya Tahu Seronok Macam Ni, Sudah Lama…’ Anuar Zain Mengaku Seronok Guna Sosial Media

Korang dah follow ke belum? Kalau belum, cepat follow abam Nuar hari ini!

Trending Thu, 26 Apr 2018

Gaduh Punya Hal, Lelaki Tolak Kekasih Dari Tingkat 19!

Menurut keterangan saksi, pasangan kekasih itu dilihat sering bergaduh, namun tidak diketahui punca pergaduhan mereka. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sentul Asisten Komisioner R Munusamy ketika dihubungi mengesahkan pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu.

Featured Wed, 2 Apr 2025

Tak Ada Menu Wajib! Syafiq Kyle & Mimi Lana ‘Enjoy’ Rancang Juadah Raya Bersama

Syafiq Kyle dan Mimi Lana sambut syawal dengan besederhana.

Hiburan Tue, 10 Dec 2024

Jayakan Babak Daring Buka ‘Bathrobe’, Ini Penjelasan Hisyam Hamid

Hisyam Hamid memberi penjelasan mengenai babak ‘daring’ membuka ‘bathrobe’ dalam drama bersiri Marina.

Hiburan Wed, 22 Jan 2025

Bertemakan #NadaRasa, AJL 39 Janjikan Persembahan Mega 10 Finalis!

#AJL39 janji persembahan 10 finalis luar biasa!

Featured Tue, 22 Oct 2024

“Macam Mana Nak Hidup Kalau Hak Dinafikan”- Berang Isu Nafkah, Rita Rudaini Tuju Pada Siapa Tu?

Ada betulnya apa yang Rita cakapkan tu! Bukan senang nak besarkan anak zaman now😇

error: Content is protected !!