Selebriti By: Atiqah Johari June 7, 2023 @ 9:43pm

Lebarkan Sayap Di Indonesia Sebagai Teraju Utama, Anna Jobling Bakal ‘Bertapa’ Sebulan Di Bali

Pelakon jelita, Anna Jobling berkongsi bahawa dia bakal melebarkan sayapnya ke Indonesia bagi menjalani penggambaran dalam sebuah siri terbaharu di plarform Over-The-Top (OTT), MNC TV.

Susulan itu, Anna akan menetap di Bali, Indonesia lebih sebulan atas urusan penggambaran yang mana sebelum ini dia terpaksa menolak tawaran ekoran jadual yang padat.

“Setelah beberapa projek yang Anna terpaksa tolak pada enam bulan pertama 2023, Anna sangat gembira untuk menerima dan membintangi naskhah terbitan negara seberang kali ini kerana waktu penggambaran serta watak yang ditawarkan bersesuaian, lagi-lagi Anna akan tinggal di Bali lebih daripada sebulan.

“Ini merupakan pengalaman pertama Anna bekerjasama dengan produksi Indonesia. Tambahan pula, salah seorang pelakon kegemaran Anna iaitu Pevita Pearce merupakan salah seorang pengarah drama OTT ini. Perasaan pastilah takut dan teruja, terutamanya Anna haru memperbaiki dari segi bahasa dan dialek Indonesia serta menyesuaikan diri dengan cara kerja produksi Indonesia,” ujarnya.

Walaubagaimanapun, bekerjasama dengan negara luar bukanlah sesuatu yang mudah di mana nama baik tanah air turut digalas kerana sebelum ini pernah timbul isu mengenai pelakon Malaysia bermasalah.

Ujarnya, dia akan menjaga dirinya sebaik mungkin ketika di Indonesia malah dia mengakui bahawa dia tidak akan lupa diri.

“Anna rasa dekat sana (Indonesia) dia punya industri agak berbeza dari Malaysia. Malaysia lebih konservatif dan lebih sopan. Jadi, saya akan cuba yang terbaik untuk jaga diri sebagai rakyat Malaysia sebab saya masih dari Malaysia. Anna memang takkan lupa diri,” katanya

Anna ditemui pada majlis Blooming Night with Anna Jobling yang berlangsung di Shah Alam, Selangor.

Pada perkembangan lain, pelakon drama Melur Untuk Firdaus ini tercalon dalam dua kategori utama Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH).

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Tue, 4 Aug 2020

Permohonan e-Penjana RM50 Tidak Lulus? Ikuti Langkah-Langkah Ini..

Buat korang yang tak lulus e-Penjana, wajib baca!

Drama Fri, 13 Jan 2023

Tampil Barisan Bakat Baharu, Bawah Blok Hiasi Slot Lestary TV3!

Drama bersiri Bawah Blok terbitan Tanah Beris Film Production hadir menghiasi slot Lestary TV3. Naskhah ini mengisahkan lima remaja yang tinggal di sebuah rumah flat kos rendah dan selalu menjadikan kawasan bawah blok kediaman sebagai tempat […]

Hiburan Mon, 12 Jun 2023
Hiburan Tue, 20 Jun 2023

Lafaz Cerai Hafidz, Shuhada Ditangguhkan Pada 27 Julai

Semoga urusan mereka dipermudahkan

Featured Wed, 24 Aug 2022

[VIDEO] “Beauty With Brain.. Perfect Couple!” – Sweetnya! Raysha Rizrose Belajar Bahasa Inggeris Bersama Kekasih Curi Perhatian Netizen

Eh eh, comelll je Raysha dengan Nabil ni ekk 🥰 Saling membantu, macam ni lah bagus in relationship kannn 🤩🤩

Kisah Viral Thu, 9 Nov 2023