Euforia Bola 2026
Featured By: Khairil Khusyairi June 8, 2023 @ 11:07am

Keputusan Injunksi Inter-Parte Syamsul Yusof, Puteri Sarah 14 Ogos Depan

Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam pada pagi ini menetapkan tarikh 14 Ogos depan bagi keputusan inter-parte (kedua-dua pihak) injunksi yang difailkan pengarah sensasi, Syamsul Yusof terhadap isteri pertamanya, Puteri Sarah Liyana.

Peguam mewakili Syamsul Yusof iaitu Azmi Mohd Rais ditemui selepas prosiding berkata, mahkamah telah memerintahkan kedua-dua pihak memasukkan hujah sebelum 14 Ogos ini.

“Pada masa sama, mahkamah turut membenarkan injunksi dilanjutkan sehingga 14 Ogos ini dan kedua-dua pihak akan berbincang,” kata Azmi kepada media.

Dalam pada itu, peguam mewakili Puteri Sarah, Datuk Akberdin Abdul Kader berkata, anak guamnya ada memfailkan bantahan terhadap injunksi tersebut yang membabitkan. kebebasan bersuara.

Sementara itu, Akberdin mengesahkan anak guamnya juga tidak boleh mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung kes cerai dan nusyuz sepanjang kes ini berjalan.

Pada prosiding hari ini, kedua-dua anak guam tidak hadir atas masalah kesihatan dan urusan kerja.

Sebelum ini, mahkamah menolak permohonan Syamsul untuk melanjutkan perintah injuksi ex-parte (sebelah pihak) terhadap Puteri Sarah yang difailkan pada 25 April lalu.

ARTIKEL BERKAITAN:  Mahkamah Tolak Permohonan Lanjut Perintah Injuksi Syamsul Yusof, Cegah Puteri Sarah Beri Kenyataan Isu Rumah Tangga

Januari lalu, Puteri Sarah memfailkan tuntutan cerai terhadap suaminya yang juga pengarah, Syamsul Yusof selepas berdepan kemelut rumah tangga sejak lima tahun lalu di Kompleks Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan.

Lebih panas, Syamsul tampil mengejutkan ramai apabila mengumumkan dia sudah bernikah dengan Ira Kazar di Thailand sehingga mencetuskan pelbagai reaksi dari semua pihak sehingga kini.

Untuk info, Puteri Sarah dan Syamsul mendirikan rumah tangga pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata, Syaikul Islam dan Summayah.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Thu, 24 Nov 2022
Hiburan Sun, 1 Sep 2019

Ashraf Muslim Doakan Siapa Di Mekah?

Seronok betul kalau ada yang mendoakan kita, lebih-lebih lagi di hadapan Kaabah!

Featured Thu, 17 Aug 2023
Featured Fri, 14 Apr 2023
Hiburan Wed, 19 Sep 2018

Kenapa Ariana Grande Tak Muncul Di Anugerah Emmy 2018?

Pihak pengurusan Ariana memberitahu bukan hanya Ariana tidak dapat hadir ke anugerah Emmy malah kekasihnya, Pete Davidson juga… Sabarlah ya, Ariana!

Hiburan Wed, 21 Jun 2023
Featured Thu, 12 Sep 2024

“Saya Turut Gembira Apabila Mentua Pun Gembira” – Puteri Sarah 

Alhamdulillah, seronok tengok semuanya happy! ❤️❤️❤️

Hiburan Mon, 30 Apr 2018

Anak Jackie Chan Merempat Bawah Jambatan?

“Jadi itulah sebabnya kami membuat video itu kerana kami tidak tahu apa yang perlu dilakukan buat masa sekarang. Apa yang saya tahu ialah cinta kami sangat kuat tetapi kami sangat terdesak, tiada siapa di antara keluarga, sahabat atau perkhidmatan kerajaan datang menghulurkan bantuan,” jelas Ng.

Hiburan Mon, 9 Feb 2026

“Kena Kuat Untuk Anak-Anak…” – Pesanan Terakhir Along Eyzendy Buat Isteri Sebelum Pergi Selamanya Meruntun Jiwa

Menurut Hamidah, arwah suaminya sudah lama berpesan agar dia sentiasa kuat andai suatu hari terpaksa hidup tanpanya

error: Content is protected !!