Euforia Bola 2026
Hiburan By: Salma Syahbuddin May 31, 2018 @ 1:02am

Anita Sarawak Kini Hidap Kanser?

Superstar dan lagenda yang popular menerusi lagu Tragedi Buah Epal, Akhirnya Kini Pasti dan banyak lagi kini dikhabarkan sedang menghidap kanser. Namun, misteri kehilangan penyanyi ini dari industri seni tanah air mahupun antarabangsa masih belum terjawab. Sebelum ini, Anita Sarawak atau lebih mesra disapa dengan panggilan Kak Nita juga dikatakan sudah berhenti dari karier nyanyiannya dan menjual rumah beliau di Las Vegas. Malah, hubungan Kak Nita dan suaminya, Mahathir Abdullah juga sudah berakhir.

KakNita besama suaminya, Mahathir Abdullah

Kak Nita yang telahpun menyepi sejak 7 tahun yang lalu dilaporkan sedang menerima rawatan bagi sakit kanser yang dihidapinya di salah sebuah hospital swasta di Kuala Lumpur. 

Dikhabarkan, ada artis veteran yang rapat dengannya telahpun menziarahi Kak Nita. Namun tidak dibenarkan membuka mulut bagi menghormati permintaan penyanyi itu. Menurut rakannya juga, wajah Kak Nita kini amat jauh berbeza jika dibandingkan dengan Kak Nita yang lincah dan bertenaga, sehinggakan ada peminat yang tidak lagi mengenali beliau.

Apapun, kesahihan cerita disebalik kisah Kak Nita ini masih belum dipastikan lagi. Namun, apa yang penting buat semua peminat Kak Nita atau nama sebenarnya Ithnani Mohd Taib, marilah kita sama-sama mendoakan yang terbaik buat beliau.

 

Sumber : BH Online

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 12 Nov 2025
Hiburan Wed, 15 May 2019

Nabila Huda Bawa Anak Sambut Hari Jadi Cara Berbeza

Walaupun hampir bergadai nyawa, apatah lagi rombongan kami semuanya wanita, pengalaman ini akan saya kenang sampai bila-bila

Hiburan Thu, 5 Dec 2019
Hiburan Wed, 30 Jan 2019
Hiburan Sun, 19 Jan 2025

Shila Amzah Imbau Kisah Gelap Berdepan Gangguan S*ksual Di Zaman Sekolah – “Mereka Sentuh Macam….”

Lelaki itu touch and go, Shila Amzah trauma diraba ketika menuju ke sekolah

Featured Wed, 5 Apr 2023

Didakwa Kena Sidai 4 Jam, Individu Tampil Dedah Cara Kerja Janna Nick?

Alamak kes apa pulak ni? Lamanya kena sidai!

Anugerah Mon, 13 Mar 2023

Raih Kemenangan Bawa Watak G*y, Aaron Aziz Angkat Drama Yang Terjadi Dalam Masyarakat

Bukan selalu dapat tengok Aaron berlakon bawa watak macam tu.. Tahniah!

error: Content is protected !!