Euforia Bola 2026
Hiburan By: SGMS Faida May 15, 2019 @ 4:29pm

Nabila Huda Bawa Anak Sambut Hari Jadi Cara Berbeza

Sambutan hari kelahiran anaknya, Keisha Laila yang kesembilan, Ahad lalu diraikan pelakon berkarakter, Nabila Huda sedikit berbeza.

Mengambil keberkatan Ramadan, Nabila membawa anak kesayangannya itu ke Kemboja untuk menyertai kembara amal dengan menyelami kehidupan masyarakat Islam di negara itu.

“Selain dapat merasai pengalaman berpuasa di tempat orang, saya mahu mendidik Keisha supaya tidak lupa membantu insan yang kurang bernasib.

“Kebetulan, saya pernah mengunjungi sebuah perkampungan di sana, jadi saya menghubungi semula kenalan untuk melunaskan misi amal ini.

“Di samping bercuti, saya berharap Keisha dapat belajar menghargai erti kehidupan dengan melihat kesusahan orang lain,” katanya.

Nabila yang berkunjung ke negara itu Isnin lalu berkata, Keisha begitu teruja mengikuti beberapa aktiviti yang disusun, termasuk penjagaan kebersihan, selain menyediakan hidangan berbuka puasa.

“Kami mengajar kanak-kanak di perkampungan terbabit kepentingan menjaga kebersihan dengan menyediakan keperluan seperti ubat membasmi kutu.

“Meskipun berdepan masalah komunikasi kerana berbeza bahasa, saya tetap berusaha memberi penerangan menggunakan isyarat dan lenggok tubuh. Alhamdulillah, mereka menerima kedatangan kami dengan tangan terbuka,” katanya.

Pelakon berusia 35 tahun itu berkata, dia juga tidak dapat melupakan pengalaman ketika mahu berangkat ke negara itu, Isnin lalu.

“Suami, Izwan Johar terpaksa menangguhkan perjalanan ke Kemboja kerana barangan yang mahu dibawa melebihi had berat yang dibenarkan.

“Dia hanya bertolak, kelmarin kerana perlu menguruskan barangan yang ditinggalkan. Memang mencabar kerana suami sepatutnya memandu ke kawasan kampung yang agak terpencil itu.

“Syukur kerana rakan baik saya, Niesa Khalil sanggup mengambil alih tugas itu dan memberanikan diri memandu dan meredah gelap untuk sampai ke kampung itu.

“Walaupun hampir bergadai nyawa, apatah lagi rombongan kami semuanya wanita, pengalaman ini akan saya kenang sampai bila-bila,” katanya.

Nabila berkata, dia puas melihat wajah penduduk kampung yang begitu berselera menjamah hidangan yang disajikan ketika berbuka puasa.

“Sudah lama saya berhasrat untuk memasak dan menjamu mereka yang memerlukan. Walaupun penat, usaha saya itu berbaloi apabila mereka begitu berselera menikmati hidangan yang disediakan,” katanya.

Bagi merasai sendiri pengalaman hidup di kawasan pedalaman, Nabila dan keluarga memilih untuk tinggal bersama penduduk di kampung terbabit.- BH Online.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sat, 17 May 2025

Elisya Sandha Timang Bayi Lelaki, Pilih Nama Bahtera Elhaq

Elisya Sandha selamat melahirkan anak lelaki pada Jumaat

Hiburan Sat, 31 Aug 2019

SAH…Nabila Fail Perceraian Terhadap Sharnaaz Ahmad

Sebelum ini, Nabila pernah memuat naik status yang menguatkan spekulasi dia dan Sharnaaz berdepan masalah rumah tangga.

Featured Thu, 28 Nov 2024
Featured Tue, 24 Aug 2021
Hiburan Fri, 7 Dec 2018

《尸杀军营》旋风式来马宣传!盼掀起丧尸潮创票房佳绩

《尸杀军营》导演和两位主演旋风式来马宣传,盼掀起丧尸潮创票房佳绩!

Hiburan Sun, 2 Oct 2022
Hiburan Mon, 13 Dec 2021

Realisasi Impian Jadi Penyampai Dengan Hot FM Radio Star

Berminat untuk menjadi seorang penyampai radio? Hot FM baru-baru ini telah melancarkan satu kempen iaitu Hot FM Radio Star! Kempen inisiatif kerjasama di antara Hot FM dan Supercube ini bertujuan untuk mencari bakat baharu sebagai […]

Hiburan Tue, 2 Jul 2024

Tak Terlibat Platform JomDonate, Nafi Seleweng Duit Dana… Aset Aisyah Hijanah Hasil Titik Peluh Sendiri

Harap semuanya sudah jelas ya, tak ada lagi dakwaan yang bukan-bukan

error: Content is protected !!