Euforia Bola 2026
Featured By: Salma Syahbuddin June 12, 2023 @ 5:15pm

Shila Amzah Mengaku ‘Koyak’, Mohon Netizen Berhenti Kecam – “Kami Berdua Banyak Terima DM Pelik-Pelik”

Penyanyi Shila Amzah dan pempengaruh media sosial, Ubai MZ mengaku menerima banyak dugaan dan ujian sejak mengumumkan hubungan mereka kepada umum apatah lagi keduanya kini dalam fasa pertunangan.

Menurut Shila atau nama penuhnya, Nurshahila Amir Amzah, 32, selain kecaman dan hinaan, ada juga segelintir pihak yang berani menghasutnya dengan menghantar pesanan langsung (DM) menerusi Instagram termasuklah menentukan siapakah yang paling sesuai untuk dijadikan pasangan penyanyi itu.

Bahkan, ada yang mendoakan supaya hubungannya bersama Ubai tidak kesampaian.

“Misi mencucuk jarum? Nak kata pasal menghasut kami berdua banyak je dapat direct mesej yang pelik-pelik. Siap ada cakap patut Sha dengan si polan dan si polan, tapi kita lagi tahu pasangan kita macam mana.

“Of course akan koyak, sejak kami berkawan pun dia (Ubai) yang paling tahu.

“Ada yang sampai mendoakan hubungan ini tidak lama,” katanya ketika temu bual bersama program Melodi.

Dalam pada itu, Ubai mengaku ujian dan dugaan datang sejak dia mengambil keputusan untuk berkawan dengan pelantun lagu Patah Seribu itu.

“Jangan cakap bertunang, ujian dan dugaan kehidupan ni pun semenjak saya berkawan dengan Sha dan announce tentang hubungan kami  lagi banyak yang datang.

“Itu dan ini orang cakap, ada yang mendoakan tak lama, cuma kita doakan yang baik-baik.

“Ujian, DM makin kencang. Kalau datang job tak apa, ini datang hinaan dan kecaman, kenapa?,” jelasnya.

Meskipun sedar dengan dugaan dalam fasa pertunangan, Ubai menganggap ia sebagai ujian untuk mengukuhkan lagi hubungan mereka dan berharap agar dia dan Shila sentiasa menjaga nama baik dan tidak menyebarkan aib individu yang tidak bertanggungjawab.

“Kita tak boleh puaskan hati semua orang, jadi jaga je lah nama baik dan jangan buruk-burukkan orang yang dm kita dan jangan sebarkan aib mereka,” ujarnya.

Berkongsi mengenai tarikh majlis hari bahagia mereka pula, Shila mendedahkan perancangannya adalah pada tahun ini, namun ia bergantung kepada kesihatan ibu Ubai.

“Mengikut perancangan dalam tahun ini juga tapi semuanya bergantung kepada keadaan mak Ubai juga.

“Pasal tajaan, kami tak kisah tapi janganlah sampai kita ni jadi the face of products. Saya tidak akan menidakkan tentang kalau ada sponsored. Tapi semuanya tak akan tahu tentang hantaran yang kami beli, sebab kami akan buat hidden hantaran,” katanya.

 

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Wed, 28 Oct 2020

Pasangan Suami Isteri Yang Terpisah Akibat PKPB Dibenarkan Merentas Negeri

Buat pasangan suami isteri yang terpisah tu, kena patuh SOP juga okay!

Featured Sat, 2 May 2026

Dua Kali Gagal Dalam Perkahwinan, Sharifah Aleya Tak Tolak Jodoh – “Siapalah Kita Nak Lawan Takdir”

Sharifah Aleya mengaku tidak menolak sebarang kemungkinan jika dia ditakdirkan bertemu dengan lelaki idaman sekali gus mendirikan rumah tangga pada masa akan datang.

Events Mon, 14 Jan 2019

陈慧恬笑称自己是「大吉」亲戚!

「送Happy流动卡车」造势活动送欢乐!Orange陈慧恬笑称跟吉祥物「大吉」是亲戚~

Hiburan Thu, 9 Nov 2023

Tawaran Lakonan ‘Kontang’, Derita Penyakit Kronik, Mak Wan Berniaga Demi Menyara Hidup

Kesian Mak Wan😢 Semoga Mak Wan tabah menghadapi dugaan hidup🤲🏻

Hiburan Thu, 22 Aug 2019
Hiburan Tue, 13 May 2025

[VIDEO] Individu Dakwa Nilam Ortiz Hanya Orang Tengah, Bukan Pengasas Sebenar Produk Minyak Urut?

Isteri Azlan Komeng didakwa menipu resepi jual minyak urut saraf

Hiburan Fri, 1 Mar 2024

AJL38: Masdo Ramal Aina Abdul Juara Lagi?

Agak-agak siapa yang bakal juara AJL38?

Featured Tue, 31 Jul 2018

Kesan Radiasi Telefon Pintar Boleh Buat Remaja Jadi Pelupa

Pendedahan terhadap radiasi daripada telefon pintar selama setahun sudah cukup untuk memberi kesan buruk kepada bahagian otak.

error: Content is protected !!