Featured By: Nurul Hana June 13, 2023 @ 2:56pm

Isu Ustaz Wadi Hadir Ke Majlis Resepsi Janna Nick, Caprice Tampil Beri Respons

Kehadiran penceramah Ustaz Wadi Annuar ke majlis resepsi Janna Nick dan Dini Schatzmann pada sabtu lalu telah hangat diperkatakan orang ramai, baru-baru ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Majlis Resepisi Janna Nick & Dini Berlangsung Meriah, Tapi Ada Netizen Komen: “Segan Tengok Ustaz Wadi Baca Doa Di…”

Pempengaruh media sosial dan penyanyi, Caprice tampil memberikan pandangannya terhadap isu terbabit.

Menerusi perkongsian di Instagram, Caprice mempersoalkan tindakan netizen yang tidak senang hati melihat kehadiran Ustaz Wadi ke majlis tersebut untuk membacakan doa.

Caprice memberitahu bahawa niat Ustaz Wadi rapat atau berkawan bersama-sama artis dan ‘influencer’ media sosial sekali gus dapat menjentik hati mereka untuk berubah ke arah yang lebih.

“Kalau anda perasan, Ustaz Wadi memang cuba rapat dengan artis dan influencer. Bagi saya, tiada masalah dan ia sangat bagus. Mana tahu disebabkan Ustaz Wadi jentik hati artis-artis di Malaysia ini untuk cuba ubah ke arah lebih baik. Insya-Allah,” katanya.

Dalam pada itu, Caprice juga mempersoalkan jika bukan Ustaz Wadi, siapa lagi yang layak untuk membacakan bacaan doa di majlis berkenaan.

Kehadiran Ustaz Wadi membaca doa adalah tidak salah sama sekali dan sebagai orang Islam kita perlu sentiasa mendoakan sesama umat Islam yang lain.

“Kalau anda tidak mahu Ustaz Wadi membacakan doa, jadi kamu nak siapa yang perlu baca doa? Bagus lah ada orang yang mahu mendoakan untuk kita.

“Kita semua sebagai umat Islam perlu sentiasa doa terbaik untuk umat Islam yang lain termasuklah yang masih jahat, Insya-Allah,” jelasnya lagi.

Video tersebut telah meraih pelbagai respons wargamaya yang rata-ratanya menyokong kenyataan Caprice.

Malah, ada yang berkongsi pendapat mereka dengan kehadiran Ustaz Wadi ke majlis berkenaan.

“Ala-ala barat? Aduh, Melayu pergi berhenna dan sebagainya tu bukan ikut budaya Hindu? Boleh pulak? Berpelamin tu? Janna nikah ikut cara yang betul kot. Bukan bercium atas pentas tu tanda dah jadi suami isteri. Pelik aku dengan pemikiran netizen media sosial ni.

“Yang komen yang kecam tu adalah ahli syurga? Biarkan je tak perlu layan golongan macam tu. Nak berdebat dengan mereka pun kita ni takkan menang sebab merekalah dijamin tiket syurga kalau nak dibandingkan kita yang jahil ni,” tulis netizen.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Thu, 3 May 2018

5 Tips Jangan Biarkan Haiwan Comel Ini Kurang Kasih Sayang!

Kajian berjaya membuktikan bahawa kucing yang dibela di rumah mampu hidup 4 tahun lebih lama daripada kucing yang dibiarkan di jalanan. Namun, kes pembuangan kucing saban hari, makin meningkat. Mengapa perkara ini terjadi? Maka, kami kongsikan 5 tips untuk memelihara haiwan comel ini.

Hiburan Mon, 18 Mar 2019

‘Saya Maafkan Awak Bro’- Ini Reaksi Tomok Selepas Peminat Mahu Sabotaj Tampil Mohon Maaf

Betul apa yang dikata…buang yang keruh,ambil yang jernih!

Automobile Thu, 3 Oct 2019

HUAWEI Lancar 13 Produk Terbaharu Hari Ini

Wow! So, apa tunggu lagi dapatkan produk terbaru yang pastinya hot dari HUAWEI

Hiburan Tue, 10 Jul 2018

Prank Buah Hati, Patung Maskot Itu Hanya Sewa Bukan Beli

Baru-baru ini, Zara Zya telah membuat kejutan terhadap kekasihnya itu dengan menyarungkan mascot beruang. Video kejutan itu tular dan sejak daripada itu, ramai yang bertanyakan di mana agaknya Zara mendapatkan patung maskot itu ya?

Trending Tue, 14 Jun 2022

“Banyak Benda Tak Sopan Saya Lakukan…” – Fauziah Gous Fokus Buat Kebaikan, Tak Boleh Ubah Masa Lalu

Fouziah Gous mahu fokus buat kebaikan untuk jadi contoh buat anaknya.

Featured Tue, 7 May 2019

Mahu cantik dan langsing di pagi raya, jom bersenam ketika bulan puasa!

Siapa kata bersenam ketika Ramadan tidak boleh

Hiburan Thu, 16 May 2019

‘Kami Masih Baik’- Awi Rafael

Awi memohon maaf kerana terpaksa menarik diri dari perkahwinan.