Euforia Bola 2026
Hiburan By: Izzi Farhana June 13, 2023 @ 4:06pm

[VIDEO] Bentuk Muka Disangka Sombong, Nikki Palikat Sangkal Persepsi Netizen

Penyanyi Nikki Palikat menjelaskan dirinya sering dianggap mempunyai perwatakan sombong kerana bentuk mukanya.

Penjelasan itu dibuat ketika Nikki diundang sebagai tetamu dalam rancangan Wanita Hari Ini.

Video itu juga dikongsi menerusi akaun TikTok rasmi Wanita Hari Ini.

@whitv3malaysia_official kita bukan sombong tapi tak tahu nak mula je, kalau dah start baru tahu perangai gila semua keluar #whitv3 #fyp #lawak ♬ Hareudang Panas – TehAcaa

Menerusi video tersebut, Nikki berkata sejak lahir sehinggalah di bangku sekolah, dia dilabel sebagai seorang yang sombong hanya kerana bentuk mukanya.

“Lahir-lahir je dah dikatakan sombong. Di bangku sekolah juga dikatakan sombong. Tapi yang menariknya bila orang tu kenal dengan Nikki, rupanya Nikki ni kelakar, Nikki ni gila,” jelas Nikki kepada pengacara.

Meninjau ke ruangan komen video tersebut, rata-rata netizen bersetuju dengan kenyataan Nikki kerana mereka juga mengalami nasib yang sama.

“Sis dah biasa. Jenis muka tak manis kalau tak senyum. Plus introvert nampak je pendiam tapi bila dah ngam dengan someone keluarlah terus true colours dia.

“Betul. Aku pun kawan-kawan kata belum kenal macam sombong and mata aku tu tengok atas bawah. Tapi bila dah kenal, aku ni opposite

“Aku lah tu sampai kalau pergi mana-mana dah kena pesan muka biar sentiasa senyum,” tulis netizen di ruangan komen.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Tue, 16 Oct 2018

Harga Rokok Naik Hujung Bulan

Kali terakhir, syarikat pengeluar rokok menaikkan harga jualan runcit rokok pada November 2015.

Featured Wed, 10 Jun 2026

“Filem Kita Dah Makin Berkualiti”- Beto Kusyairy Seru Penonton Sokong Karya Tempatan Di Pawagam

Beto Kusyairy menyeru orang ramai terus memberikan sokongan terhadap filem tempatan di pawagam.

Hiburan Fri, 29 Mar 2024

Kongsi Video Di IG, Aliff Aziz & Ruhainies Tunai Umrah Bersama?

Alhamdulillah, rezeki tunai umrah di bulan Ramadan😎

Hiburan Sat, 27 Jul 2019

Normala Samsudin Kepingin Sambung Belajar…

Normala bahagia melewati kehidupan sebagai suri rumah tangga. Alhamdulillah!

Featured Fri, 26 Sep 2025

Netizen Pertikai Tindakan Linda Rafar Perlekeh ‘Tittle’ & Individu Jual Selipar – “Level Ni Je Cara Dia Handle Teguran Orang?”

Kapsyen yang ditulis Linda tidak selari dengan foto yang dimuat naik kerana ia seperti membuka aib nya sendiri.

Featured Fri, 17 Apr 2020
error: Content is protected !!