Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin June 14, 2023 @ 1:10pm

Sempat Salam Cium Tangan Buat Kali Terakhir, Syamsul Yusof Cerai Puteri Sarah Talak 1

Kemelut rumah tangga antara Syamsul Yusof dan Puteri Sarah Liyana akhirnya terlerai selepas pengarah sensasi itu menceraikan isterinya dengan talak satu tepat jam 12.23 tengah hari tadi di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur.

Syamsul atau nama sebenarnya, Mohd Shamsul Md Yusof, 39, melafazkan cerai talak satu di hadapan Hakim Syarie Akmalluddin Ilyas, selepas mahkamah membenarkan permohonan cerai yang difailkan Sarah atau Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, 38.

Ia mengikut Seksyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984.

Hakim Syarie kemudian mensabitkan berlaku perceraian dan memerintahkan Sarah menjalani tempoh edah selama tiga bulan dan mendaftarkan perceraian mereka.

Terdahulu, sebelum melafazkan cerai itu dan berpisah, Sarah sempat bersalaman dan mencium tangan Syamsul buat kali terakhir dalam keadaan tenang.

Pada 25 Mei lalu, Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur dimaklumkan tiada ruang untuk Syamsul dan Puteri Sarah untuk berdamai dalam kemelut rumah tangga mereka.

Ini kerana Jawatankuasa Pendamai (JKP) yang telah dibentangkan di mahkamah mengesahkan berlaku shiqaq (perbalahan yang berpanjangan) pada pasangan itu dan kewujudan pihak ketiga.

Pada 24 Mac lalu, selepas proses JKP berlangsung di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), Sarah mengatakan proses itu gagal menemui jalan penyelesaian.

Aktres drama bersiri Asmaradana itu berkata, tiada perkara yang perlu dirunding atau dibincangkan lagi memandangkan hatinya telah tertutup untuk berdamai selepas nekad mahu bercerai.

Kemudian pada 18 April lalu, pasangan itu sepatutnya merekodkan persetujuan penyelesaian yang dikatakan telah dicapai dalam satu pertemuan yang mana Syamsul juga akan melafazkan talak terhadap Puteri Sarah pada hari tarikh tersebut.

Bagaimanapun saman terhadap Ira Kazar dan pengurangan jumlah tuntutan nafkah anak antara yang menjadi penghalang kepada penceraian antara Puteri Sarah dan Syamsul.

Dalam prosiding hari ini, Sarah diwakili peguam syarie Datuk Akberdin Abdul Kader manakala Syamsul diwakili peguam syarie Azmi Mohd. Rais.

Untuk rekod Syamsul dan Puteri Sarah berkahwin pada 8 Mac 2014 dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua cahaya mata Syaikhul Islam, 6, dan Summayah, 4.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Sun, 13 Oct 2019
Featured Tue, 7 Mar 2023
Contest Sun, 14 Jul 2019

#ICSYVMYSuaraSiapaTu Minggu Ini Lebih Mencabar?

Saksikan #ICSYVMYSuaraSiapaTu Ahad ini, jam 9 malam okay!

Featured Thu, 16 Feb 2023

“Orang Kata Saya Nak Simpati Tapi…” – Genap 3 Tahun, Fad Masih Terkesan Dengan Pemergian Abam

Yang pernah rasa kehilangan je tahu macam mana sakitnya rasa tu 🥹

Trending Mon, 16 Apr 2018

Pelik! Wedding Dress Unik Alaf Baru Ini Curi Perhatian

Rekaan baju pengantin ini dikatakan unik dan lain daripada lain! Mungkin boleh beri inspirasi untuk yang bakal bergelar raja sehari?

Hiburan Mon, 19 Nov 2018

#Mentor7: ‘Taufiq Patut Diberi Peluang Lagi’ -Siti Nordiana

Saya akan bantu semampu yang boleh untuk dia membina nama dalam industri nyanyian. Dia juga masih ‘hijau’ dan belum miliki apa-apa pengalaman sebelum ini.

Cahaya Mata Thu, 5 Jan 2023

Kuat Demi Anak, Puteri Sarah Ingin Syaikhul Islam & Sumayyah Jadi Doktor

Pelakon sensasi, Puteri Sarah Liyana berkongsi momen anak-anaknya mengenakan uniform sekolah pada hari pertama persekolahan.   View this post on Instagram   A post shared by Puteri Sarah Liyana Megat (@puterisarahliyana) Menerusi hantaran terbabit, Sarah […]

error: Content is protected !!