Euforia Bola 2026
Hiburan By: Aqilah Paharuzi June 15, 2023 @ 8:02pm

Terimbau Segala Kesalahan Ketika Berlakon Kisah Keluarga, Aliff Aziz Mesej Ibu Minta Maaf – “Doa For Me Umi”

Nama pelakon sensasi, Aliff Aziz sebelum ini hangat menjadi perhatian ramai dek kontroversi yang pernah melanda dirinya.

Menerusi sebuah perkongsian, Aliff memuat naik hantaran perbualan WhatsApp bersama ibu tercintanya di Instagran.

Dalam perbualan tersebut, aktor drama rantaian Ku Akad Kau Dengan Bismillah ini memohon maaf kepada ibunya atas segala kesusahan dan kesalahan yang telah dilakukannya.

Menurut Aliff, dia sedang melakukan penggambaran mengenai cerita berkaitan keluarga tiba-tiba terimbau atas kesalahannya terdahulu.

“Umi, abang tengah shooting cerita family so tiba-tiba i think of all my past mistakes to you and ayah bertahun-tahun.

“I know you probably have forgiven me already but I still would want to say i am very sorry for putting you and ayah through so much.

“I hope you find it in your heart to really forgive and doa for me Umi,” tulisnya dalam mesej tersebut.

Sementara itu, ibu Aliff mengakui terharu atas tindakan suami kepada pelakon jelita, Bella Astilah serta mendoakan agar anaknya itu tidak putus harapan kepada Yang Maha Esa.

“Masya-Allah, tabarakallah Allah maha baik jangan putus harapan dengan rahmat dan kasih sayang Allah. Aamiin Allahumma Aamin,” ujar ibunya.

Sebelum ini, Aliff pernah terpalit gosip hangat apabila aktres wanita, Sophia Albarakbah dikhabarkan menggangu rumah tangganya bersama Bella.

Bagaimanapun, segala kemelut telahpun berkahir dan Sophia juga sudah mendedahkan teman lelakinya secara terbuka.

ARTIKEL BERKAITAN: “I Tak Nak Buat Statement Sebab…” – Sophia Albarakbah Tampil Perjelas Kontroversi Ganggu Rumah Tangga Aliff Aziz & Bella Astillah

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Fri, 25 Feb 2022
Trending Wed, 24 Jun 2020
Hiburan Fri, 23 Aug 2019
Hiburan Wed, 30 May 2018

Sasqia – Saya Bukan Jahat!

Sasqia gembira terpilih menerajui drama bersiri 50 episod ‘Koko Coklat’ yang akan ditayangkan di TV3 dan tonton secara serentak kelak. Malah, Sasqia turut teruja dipilih menjayakan filem arahan Syafiq Yusof, ‘Misteri Dilaila’ selaku teraju utama

Hiburan Fri, 23 Feb 2018

Faye自爆遭「踢出F.I.R.」网友怒洗版!

飞(Faye)22日自爆遭踢出F.I.R.(飞儿乐团),陈建宁随后也证实飞离开乐团,突如其来的消息震惊大票歌迷,回顾3个月前闹出合约问题时,飞曾感性发文。如今却无预警遭踢出,令不少网友气得上F.I.R.粉丝专页留言洗版!

Hiburan Mon, 9 Sep 2019
Featured Sat, 12 Apr 2025
Hiburan Thu, 22 Nov 2018

CFU Bongkar Kisah ‘Ditikam’ Rakan Sendiri Dalam Single Ku Takkan Menyerah

Mereka dapat kereta mereka lari, itu yang membuatkan saya betul-betul kecewa…

error: Content is protected !!