Euforia Bola 2026
Hiburan By: Maya Basir June 20, 2023 @ 4:17pm

“Saya Terpaling Hina” – Tampil Bela Diri Individu Pertikai Status Anak, Isteri Caprice Dikecam Gara-Gara…

Isteri kepada penyanyi rap dan aktivis, Caprice iaitu Farra Inalis dikecam gara-gara tidak memakai tudung namun mempersoalkan tentang imej dan agama seseorang.

Menerusi perkongsiannya di Instagram Story, perkara itu bermula daripada membalas komen individu yang mempertikaikan status anak Caprice bersempena Hari Bapa.

“Anak orang pun ngaku anak dia. Buat lah anak sendiri bro lebih afdhal. Eh lupa pula masa nikah dulu come in package,” kata individu itu.

Tidak berdiam diri, Inalis membalas imej bertudung individu tersebut tidak mencerminkan keperibadian yang baik.

“Profile bertudung sopan ayu je, tapi sayang semua tu topeng sahaja. Orang macam ni la selalunya mencemarkan image Islam,” balasnya.

Disebabkan kata-kata itu, Inalis dihentam netizen dengan mempersoalkan tindakannya seperti tidak layak untuk menyentuh soal agama.

Namun, dia tidak mahu memanjangkan isu itu dan mengakui dirinya bukan manusia yang sempurna.

“Maka datang lah ostat dan ostajah. Oh, kira yang tak bertudung ni takde hak nak bercakap pasal Islam ya?

“Okok, ramai ostat dengan ostajah sejenis suka berbahas and tunjuk dia terpaling betul dan terpaling baik.

“Ambik lah (trofi). Awak-awak menang. Bukan level saya nak bergaduh dengan orang-orang suci yang dah ada ticket masuk syurga.

“Saya takut sebab saya yang terpaling hina,” ujar Inalis.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Hiburan Wed, 26 Mar 2025

[VIDEO] Mahu Husnul Khatimah, Siti Nurhaliza Pasang Impian Menetap Di Makkah – “Saya Boleh Tumpukan Pada Kerja Amal”

Siti Nurhaliza pasang niat kerana Allah swt, mahu menetap di Makkah fokus kerja amal

Events Tue, 23 Oct 2018

Startupper of the Year Challenge to Support Young Malaysian Entrepreneurs

We have so many talents who deserve the award!

Featured Fri, 9 Dec 2022

[VIDEO] “Suddenly My Handphone ‘Hang'” – Siti Nurhaliza ‘Speechless’ Jumpa Gordon Ramsay

Comel je gelagat Siti Nurhaliza ni ekk 🥰🥰 Macam tu jugak la reaksi kita bila jumpa TokTi 🤪🤩🤣

Trending Wed, 9 Sep 2020
Featured Wed, 15 May 2024
error: Content is protected !!